• semperit klasik,cara buat semperit,belajar buat semperit,semprit mudah,sukatan cawan biskut raya
    Biskut Raya,  resipi

    Semperit Klasik

    Haritu dah buat biskut dahlia.Petang semalam nak habiskan stok butter yang ada di dalam peti.Maka,terhasil lah semperit.Lagipun ceri pun masih banyak. Bahan-bahan Semperit Klasik (Sukatan cawan) 250gm buttercup ( tak kisah jenama,asalkan butter) 2 biji telur (kuning sahaja) 3/4 cawan gula aising 1 Cawan Tepung gandum 1 Cawan Tepung Kastard 1 Cawan Tepung Beras 1 Cawan Tepung Jagung 1Sk Esen Vanilla Ceri Merah ( dipotong halus) acuan semperit pecah 16 Cara-cara Buat Semperit Klasik Ambil telur kuning sahaja 2biji ( telur putih asingkan ). Masukkan butter yang telah dikeluarkan dari peti ais (defrost) Masukkan gula,telur dan butter pukul dengan menggunakan senduk sahaja.Memadai dengan pukul manja sahaja. Bila dah sebati bahan…

  • kerabu kaki ayam masam dan pedas
    resipi

    Kerabu Kaki Ayam Extra Masam dan Pedas!

    Alhamdulillah,sudah lama sangat teringin nak masak sendiri sebenarnya kerabu kaki ayam ni.Sebabnya,beberapa bulan yang lepas beli kerabu kaki ayam ni di Festival food thai.Rm 5 Sebungkus,tetapi tak cukup weiiii. . Kerabu Kaki Ayam Bahan-bahan Kerabu Kaki Ayam Kaki ayam ( 15 ketul ) Sayur Kacang ( 1 batang ) Cili Padi ( 2 tangkai ) Bawang Merah ( 2 ulas ) Bawang Putih ( 3 Ulas ) Tomato ( 1 biji ) Sos Ikan ( 3 Sudu Besar) Limau Kasturi ( 4 Biji ) Kalau taknak masam,kurangkan limau kepada sebiji. Minyak masak Cara Buat Kerabu Kaki Ayam Pastikan kaki ayam direbus terlebih dahulu. ( nak cepat,masukkan dalam pressure cooker.Siap cepat!…

  • biskur raya,biskut dahlia
    lifestyle,  resipi

    Resipi Biskut DAHLIA MEKAR (Sukatan Cawan)

    Assalamualaikum.. Sejak semalam beli tepung kastard.Soffea dan Furqan menangis nakkan kuih semperit pada plastik tersebut.Makanya,petang ni juga,gigih mama siapkan tempahan dari mulut anak-anak,iaitu biskut raya Dahlia. Resipi Biskut DAHLIA MEKAR (Sukatan Cawan) Bahan-bahan 1 cawan butter ( kalau guna mentega tak sesuai,mentega hanya sesuai untuk kek) 1 cawan gula kastor ( jika nak kurang manis, jadikan 3/4 cawan ) 2 biji kuning telur 2 cawan tepung kastard 1 cawan tepung gandum (diayak) 1 cawan tepung ubi (diayak) 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak) 1 sudu teh esen vanila hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan Cara Buat Biskut Dahlia Mekar Masukkan gula…

  • petrosains kuantan,Play smart petrosains
    lifestyle,  parenting

    Aktiviti Hujung Minggu di Petrosains Playsmart

    Aktiviti pada hari Jumaat (semalam) bersama anak-anak di PETROSAINS,Kuantan.Bangun jer pagi,suami dah bagi tahu siap-siap dekat anak-anak (Sara,Soffea dan Furqan).Apalagi dorang niii,menjerit sakan lah.Ehehehe.. sesekali ajak pula ke tempat macam ni.Belajar sambil bermain.. Petrosains Playsmart,Kompleks Yayasan Pahang Sebenarnya ramai yang tak tahu akan kewujudan tempat ni.Termasuklah Ina sendiri tau.Hahaha~ Mana tidaknya,biasa weekend jer.Ajak anak-anak masuk mall tengok wayang dan window shopping.Huuuu~ Gitulah. Tapi kan,sebelum ni dah pergi ke Petrosains ni.Tapi macam tak seronok haritu..agaknya mungkin pergi sekejap kot.Tetapi kali ni,lama juga ajak anak-anak duk dalam tuuu.Heeeee.. Excited sangat-sangat kali ni tauu. Jika tak silap Ina,Petrosains ni dibuka dari tahun 2017 lagi.Masa tu,Sara sekolah PASTI Hidayah.Sekolahnya ada lakukan lawatan disana.Lawatan itu…

  • ekzema,anak ekzema
    parenting,  parenting blogger

    Ohhh,EKZEMA anakku ini

    Ohhh,EKZEMA anakku ini | Sungguh tak sangka,sebenarnya Sara anak sulung Ina yang kini berusia 7 tahun baru sahaja disahkan mempunyai penyakit kulit iaitu Ekzema. Sebenarnya,di usia 6 bulan lagi Sara sudah pun mempunyai alergik telur.Satu hari itu,ada benjolan semacam bisul yang timbul di permukaan kulit pada bahagian belakang leher Sara.Waktu itu,Ina tak kisah sangat lah.Kan.. bisul jer.Tunggu dia pecah sendiri.Ketika itu,langsung tak tahu lagi bahawa Sara ni alergik terhadap telur.Dan satu hari,Sara ni makan banyak telur rebus..(makan pun sebab menghadiri kenduri kahwin,jadi memang banyak la dia ni habiskan telur tuu). Keesokan harinya,benjolan seperti bisul itu bernanah dan semakin membesar.Kesian pula, semasa Sara berusia 6 bulan.Ina memang sedikit sibuk,mengejar duniawi.Aktif berniaga..…

  • beauty,  lifestyle,  Review/Sponsor

    Gel Mandian Enchaunteur PARIS ADORE Yang Menenangkan

    Assalamualaikum.. Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan…

  • product review,sponsored post,sponsorship,collaboration blogger
    beauty,  tips

    Elak kulit kusam | Amalkan tips kecantikan (rutin penjagaan) wajah ini

    Assalamualaikum Terpanggil untuk menulis tips ini.Tips bagaimana ingin dapatkan kulit bersih dan tidak kusam. Sebenarnya,nak dapatkan kulit bersih bebas jerawat mudah aje.Semua bermula dari sikap kita,samada malas atau rajin untuk membelai kulit setiap hari.Jika rajin,dapatlah memiliki kulit flawless bak kulit tomato ni.Tetapi jika sikap malas lebih menguasai diri,blackhead dan whitead ada di muka.Janganlah pula merungut..ehhehe. Walau kulit Ina tak putih.Tetapi Ina ada satu tips perkongsian yang ingin dikongsikan kepada korang semua.Antaranya ialah: Rutin penjagaan kulit agar bersih Pore Purifying Serum Clenser : Pencuci muka yang Ina gunakan sekarang.Rasanya,ini adalah pencuci muka yang Ina paling berkesan setakat ini.Ia bertindak 2In1,pencuci muka yang begitu berkesan dalam mencuci sisa mekap pada wajah. Scrub…

  • sesi persekolahan darjah satu
    parenting

    Sara di Hari Pertama Persekolahan

    Alhamdulillah.. hari ini sudah memasuki hari ke-2 sesi persekolahan Sara.Semalam kami (suami isteri) hantar Sara ke sekolah tepat jam 7.15pagi,hihih.Itupun sudah jam (sesak) jalan di depan perumahan berhampiran sekolah Sekolah Kebangsaan Pelindung,Kuantan. Berdebar sebenarnya Ina ni ha,sebab semalam adalah hari pertama juga Sara memasuki ke darjah satu.Risau sangat-sangat..,ehehe.Abah dia langsung tak de apa reaksi.Agaknya semua title ayah-ayah macam ni erk?? Dia rileks aje,langsung tak menggelabah.Mama jer kecut perut ni,dalam kepala sentiasa fikir ( anak nak ke tandas,waktu rehat anak dan paling risau sekali adalah risau jika Sara tu tersilap masuk kelas).Oh,tidak! Hahaha~ Ini kisah Ina waktu kecil.Cikgu beri arahan supaya masuk ke kelas masing-masing,yang Ina ni pula masuk ke kelas…

  • air terjun,pemandangan di air terjun,air terjun maran
    lifestyle,  parenting

    Mandi-Manda di Air Terjun,Teladas Maran

    Assalamualaikum.. Cerita dah basi ni,tetapi biarlah kan.Sebagai kenangan Ina bersama keluarga dan ipar duai.Suami Ina tak join sesi perkelahan kami ni oleh sebab sibuk dengan bekerja.Heehh.. Lokasi kami berkelah kali ini ialah di Air Terjun Teladas,Maran Pahang. Tersesat di Air Terjun Jerangkang Ini adalah pertama kali dalam hidup,pergi berkelah di Air Terjun yang boleh dikatakan agak jauh.Heehh~ Jika terdahulu,hanya berkelah di air terjun panching sahaja.Tetapi.. sejak mempunyai kes kematian disitu,kami mematahkan plan untuk kesana serta memilih lokasi Air Terjun,Teladas Maran sebagai lokasi berkelah kami. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang sejam.Oleh sebab,sebelum ini kami tersesat jalan.Erm,biasalah tempat yang tak pernah kami terokai,memang akan tersesat punya.Guna google maps pula.. tak berupdate,sudahnya…

  • susu untuk ibu menyusu,susu untuk ibu hamil,susu kambing untuk mengandung
    lifestyle,  parenting

    Syoknyaa.. Penghantaran Pantas dengan LAZZ Delivery

    Assalamualaikum.. Penghantaran Pantas Dengan LAZZ delivery | Sudah memasuki 2 tahun Ina menyusukan Furqan.Ehem,sebenarnya semasa mengandung lagi,sudah berniat ingin menyusukan anak sehingga 3 tahun usianya.Dan sehinggalah Furqan mencecah usia 2 tahun ketika entri ini di tulis,susu badan masih lagi banyak.Allah kabulkan jua hajat ina terdahulu,alhamdulillah.Rezeki anak masih ada.. Kenapa Perlu Berhenti menyusu? Ketika anak memerlukan.. Ohh,yang ni Ina paling tidak suka.Ada segelintir ibu-ibu memaksa supaya Ina stop menyusu anak,sebab faktor usia Furqan sudah memasuki usia 2 tahun.Tetapi bagi Ina sendiri,buat ape nak stop menyusu badan.. sedangkan susu masih banyak.Sehinggakan breast masih mengalami bengkak susu. Ada pula friendlist Ina di socmedia,gara-gara stop menyusu badan secara mengejut di saat susu badan masih…