lifestyle

2 Minggu Lagi Nak Beraya..Persiapan?

Dah tak lama lagi,umat islam bakal menyambut lebaran.Huhh.. Kedengaran lagu-lagu raya telah mula di putarkan di corong-corong radio.Sebak mengenangkan..

Eh,,sebak la mengenangkan kerana bulan ramadan dah tak lama lagi bakal meninggalkan kita semua.Rasa macan terlalu cepatnya waktu berlalu pergi.Herrrmmm..

 

Fasa ke -2 berpuasa minggu pengampunan dosa

Fasa kedua ramadan di mana fasa pengampunan berlaku.Oleh itu,masih sempat lagi kita semua mengimarahkan masjid masjid.Masih sempat lagi untuk bersedekah,membaca al quran dan banyakkan berdoa sepanjang hari di bulan ramadan.

 

Besederhana dalam memyambut  Raya

Raya kali ini,sangat-sangat takda apa sambutan.Biskut raya entah buat ke tidak.Puasa 15,sepatutnya sudah 3jenis Ina dah siapkan seperti tahun lalu.Tetapi tahun ini,tiada tanda lagi menunjukkan biskut raya akan dibuat.Huhhhh! Bukan nak mogok sebab Bonus takde.Mustahil lah,sebab Ina dan suami sudah 4tahun tidak merasa segala bonus.Harapkan rezeki dari Allah sahaja..Allah akan turunkan kepada sesiapa sahaja kepada umat nya yang dikehendakinya.

Alhamdulillah,bulan ramadan ni paling murah rezeki kami sekeluarga.Rezeki berblogging.Cuma masa agak terlalu sibuk.Tak sempat nak buat semua itu. Tahun ni memang tunjuk-tunjuk sahaja.

Baju raya anak-anak Ina suka beli last minit.Ehehehe..Sebab suka suasana tu.Suka kemeriahan ambang Raya tu.Seronok tengok gelagat orang ramai shopping.Saja kan,ina cari pasal? Saja nak makan jem.Tapi Ina suka shopping malam lah. Jam 2 3 pagi baru balik rumah.Sehinggakan jiran sebelah duk mengintai tau.Siap jiran sebelah buat siram siram pokok time tu.Huhuhuhu.

Tahun ni,kena beli kasut raya anak bujang Ina.Tahun lepas dia masih kecil.Tahun ni dia dah pandai berjalan.Nak kena cari kasut transformers ni.. Maklumlah,anak bujang lelaki sorang je.Tehehehe,apa salahnya nak melabur lebih sedikit untuk dia.2 orang lagi anak dara,abah dia pula beli barang dorang. Baju melayu suami sudah ada yang sponsor.Ina pula? tunggu suami yang sponsor.Tehehee.. Sedia ada dah 2pasang baju kebaya.Ikutkan banyak benda nak shopping.Time camni la juga handbag rosak..huhuhu.

Jom layan lagu raya ni..
nyanyian dari Artis Sony : Syima,Amy Mastura,A to Z,Noraniza Idris

Warna Warni di Aildilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *