ragam anak,anak membesar,kanak-kanak,perkembangan anak

Semenjak menginjak 3 tahun.Soffea sangat cerewet tentang pakaian.Aduhhh! Stress mama nakkkk! Boleh migrain di buatnya.Tetapi begitulah,nasib seorang ibu tentang melayan karenah anak-anak yang kian membesar.Kalau tidak sabar…,boleh menjadi kes dera.


Kerap Menukar Pakaian



Yea.Soffea seorang yang jenis pembersih.Entah lah nak kata.Tetapi over lah si Soffea ni tau.Pagi sahaja berapa dah dia pakai baju.Ermm,,bila diingatkan kembali.Mama kira,untuk pagi sahaja.Sudah 3 helai… belum masuk tengahari lagi tau pakaian dia.Huwaaaaa~~~


Jam 11.30 pagi nak keluar ambil kakak Sara.Soffea tukar lagi satu baju.Huhaiii.Mama pernah stress dengan Soffea tau.Sampai satu tahap mama kunci bilik “princess”..ehehehe.

Bilik yang tak digunakan ..asalnya bilik anak-anak.Tetapi dorang ni asyik takut jer.Kul 1 2 pagi..,bangun menangis ketuk bilik..huhuhu.Jadinya..,bilik ini di kosongkan,hanya almari baju dan katil kosong sahaja. 



Total sehari 8 helai dia tukar baju tau.Huhaiii! Tetapi sekarang ni..,dah kurang dari 8 helai Soffea tukar pakaian.Alasan Soffea, badan gatal lah mama.Ermmm..

Itu belum masuk baju-baju suami,ina dan 2 orang lagi anak ina yang lain.Bayangkan..




Pembersih



Okay..,ini lagi satu.Mengenai baju..,satu hal dah.Sekarang ni pula.Dia suka mandi.Ermm..,kalau dibiarkan.Boleh demam.


Soffea : “Mama,yaya nak mandi lah.Panas ni.. Badan yaya buchuk lah mama.”

Mama ni pun,pergi lah mandikan Soffea.Huhuhuhu… yang paling geram.Ina tengah memasak pun di ajak mandi.Huhhhh! Sabar jer lah.


Kadang-kala setengah jam sekali dia nak mandi huuuuh..



Pendek kata..menjadi seorang ibu perlu lah mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam melayan karenah anak-anak.Ini karenah Soffea sahaja.Belum masuk yang bongsu lelaki yang bakal mencecah usia 2 tahun dan kakak sulong,Sara tu.Lagi lah stress.. Suami ina? Naik aje tekanan darah tinggi.Hermm..  


Ina? Nak berjalan ke mana sekalipun.Rela angkut anak-anak bersama.Tak sanggup nak berenggang nak bagi orang jaga walaupun sekejap.Kita sebagai ibu,memang faham sangat perangai anak-anak ni.Orang yang tak sanggup jaga,mungkin akan buat sesuatu kat anak kita.Sabar jerlahh.. mungkin ada hikmah dahulu ina mengambil langkah untuk berhenti kerja dan bergelar sebagai suri rumah.



2 thoughts on “8 Kali Sehari Soffea Tukar Pakaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!