parenting

3 Tahun pakai pampers lagi??

Masih pakai pampers lagi | Bab ni, isu anak masih menggunakan pampers dikala umur mencecah 3 tahun agak hangat diperkatakan.

Kali ini, anak Ina yang bongsu (ececeh, walhal dalam perut masih ada sorang lagi tuu). Furqan masih menggunakan pampers tatkala berusia 3 tahun 2 bulan. Jika nak dibandingkan dengan Soffea seawal berusia 2 tahun 6 bulan dah tak lagi menggunakan pampers.Berbeza kan?

cakkkk… Furqan masih menggunakan pampers lagi ni.

Kali ni, Furqan pula dalam proses pisahkan pampers.Bukan lah tak didik anak supaya buang air besar dan kecil di dalam tandas. Tetapi di saat ini, Ina tak berapa sihat. Dengan masalah uri di bawah. Yang buatkan Ina cepat penat dan kadang kala terasa perut ni sakit-sakit. Alhamdulillah, walaupun uri di bawah tiada pula setakat ini turun darah. Kalau dah bleeding, jawabnya ke hospital la ditahan wad sehingga bersalin.

Jika diikutkan akan masalah ini, seolah kecil sahaja kan? Tetapi bagi Ina, agak sensitif bila ada yang pertikaikan.Huhuhu~ bukan senang nak train anak tak menggunakan pampers tau tak? 5 minit sekali kena bawa anak ke tandas, silap-silap boleh demam tau.Ehehehe.. Itu pengalaman lalu Ina lah semasa dengan Soffea.

Sebenarnya, isu pisahkan pampers ni tak menjadi masalah jika tiada sebarang tekanan dari mana-mana pihak.Kebiasaannya, makcik pakcik bawang la yang kerap ungkit.

Dari sudut lain pula, tak perlu lah nak paksa anak sekalipun untuk berpisah pampers.Sebaliknya ikut je flow anak-anak. Seperti Ina sendiri, anak sulung (Sara) berumur 5 tahun barulah bebas pampers (sebab nak sekolah tadika), manakala yang kedua Soffea (sendiri tunjuk panties nak pakai katanya).

Okay.. korang nahh ini dia tips anak-anak berpisah pampers seawal 7 hari. Selamat mencuba tips ini.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *