petrosains kuantan,Play smart petrosains
lifestyle, parenting

Aktiviti Hujung Minggu di Petrosains Playsmart

Aktiviti pada hari Jumaat (semalam) bersama anak-anak di PETROSAINS,Kuantan.Bangun jer pagi,suami dah bagi tahu siap-siap dekat anak-anak (Sara,Soffea dan Furqan).Apalagi dorang niii,menjerit sakan lah.Ehehehe.. sesekali ajak pula ke tempat macam ni.Belajar sambil bermain..


Petrosains Playsmart,Kompleks Yayasan Pahang

Sebenarnya ramai yang tak tahu akan kewujudan tempat ni.Termasuklah Ina sendiri tau.Hahaha~ Mana tidaknya,biasa weekend jer.Ajak anak-anak masuk mall tengok wayang dan window shopping.Huuuu~ Gitulah. Tapi kan,sebelum ni dah pergi ke Petrosains ni.Tapi macam tak seronok haritu..agaknya mungkin pergi sekejap kot.Tetapi kali ni,lama juga ajak anak-anak duk dalam tuuu.Heeeee.. Excited sangat-sangat kali ni tauu.

Jika tak silap Ina,Petrosains ni dibuka dari tahun 2017 lagi.Masa tu,Sara sekolah PASTI Hidayah.Sekolahnya ada lakukan lawatan disana.Lawatan itu hanya untuk pelajar sahaja.

petrosains,uji tangkas anak-anak,speedy
Furqan dah siap siaga nak ketuk mana satu

Tengok tu.. masing-masing teruja betul dengan permainan ni tau.Kalau tak silap nama permainan ini adalah speedsmart. Permainan ini memang betul-betul menguji ketangkasan anak-anak. Anak-anak kena ketuk bebola yang mengeluarkan warna yang sama.Jika betul,bebola warna tu akan hilang.Permainan ini juga mempunyai masa. Ina pun join juga anak-anak main ni.. heee.Bestlahh.

backhoe game,play smart petrosains
yang sorang tu nak naik macam buaian kat rantai

Bergambar terlebih dahulu di depan props ni.Cantik sangat niii.. Ehh,ni bukanlah Props lah Sara. Itu backhoe ada waktu rehat dia,sekarang backhoe ni tengah berehat dahulu.Tak pasti samada untuk sejukkan enjin dia ke apa..heeee.

Backhoe di Play Smart

backhoe play smart petrosains,Petrosains kuantan
susah nak handle gear backhoe niii

Okay,setelah menunggu backhoe nih.Lebih kurang jam 11.00 pagi,backhoe ini baru boleh digunakan.Best juga main backhoe,macam betul-betul.Banyak gear (3 gear) nak kena handle.Hihihihi…

Betul-betul seronok ni tau nak handle backhoe ni.Nak gerakkan backhoe,nak pusingkan kanan kiri,dan nak angkat dan ambil pasir tuuu.Tuuu tengok tu,beratur masing-masing menunggu giliran yea. Hee.. Ikutkan 3 orang anak Ina yang nak test main.Tetapi tak sempat..hee

build smart
Furqan nak bina senapang,katanya
build smart petrosains
Sara pula nak bina istana
build smart
Soffea nak bina bongkah
wefie la sekejap..

Giant Storm

Giant storm ni seronok sangat-sangat.Dalam bilik ni hanya 4 orang sahaja dibenarkan masuk.Hanya perlu tekan suis ON,dalam masa 5 saat RIBUT akan bermula.Bertekanan kuat pada permulaan ribut! Tengoklah video Ina tuu.Itu kali ke-2 anak-anak masuk ke dalam.Kali pertama,Ina join sekali.Heee…nasib baik tudung tak berterbangan.Ahaks!! Bayangkanlah..Jika betul-betul ribut macam tu..haihh,takutnya.Silap-silap ni,boleh terbang orangnya..

Lokasi : Petrosains Playsmart,Kompleks Yayasan Pahang

AlamatPerbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kemunting, Tanah Putih25100 Kuantan
Telefon09-514 2290
Laman Webhttp://www.petrosains.com.my/
StatusDitutup sehingga Selasa 9:00 PG – 5:00 PTG
JamSel – Sab:9:00 PG – 5:00 PTG

Pastikan korang bawa kamera dan buatlah rakaman.Memang seronok sangat aktiviti kat sini.Kami suami isteri pun seronok habis join aktiviti kat sini bersama anak-anak.Jangan risau,tiket FREE! Kat Kuantan jerrrr ni.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

2 Comments

  1. Avatar

    Tak tau pulak kat pahang pun ada petrosains. Seronok lah bebudak tu kan

    1. Nor Azlina

      haah. Mak budak pun tumpang main sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *