lifestyle

Aktiviti Weekend Kami.. dunia permotoran Kereta

Bila diingatkan kembali.Dulu la, masa zaman bercinta dengan encik suami..Suami terlalu obses dengan sukan permotoran ini.. (pernah sekali tu, suami drive kereta kancil yang telah diubahsuai dengan tahap kelajuan..huiiihh.. rasa nak menangis dan menyesal sangat sebab ikut dia.Meter habis pusing..rasa macam last je perkenalan masa tuu) iaitu main kereta.Setting enjin,turbo,sport rim, modified sana sini kereta.Dari si kecil  Purple sampai la si hitam ni  hahaha.

Sekarang dah mempunyai anak ..aktiviti kini diperlahankan.Every weekend mesti kami sekeluarga berkumpul disini untuk aktiviti sebegini.Pelbagai jenis kereta,dari kereta kancil , satria, wira . old school pun ada tau dan 4×4 pun ada yang tunjuk aksi disini.Memang seronok, pelbagai jenis kereta yang telah di ubahsuai.Dan juga pelbagai lapisan umur dan bangsa berkumpul disini.

Ina suka sangat bab bab macam ni tau.Sebelum ina pencen kerja (ehehehe..iya..pencen.Sebab sekarang ni dah jadi housewife sepenuh masa 24jam nonstop! ). Dari zaman anak dara pergi mana mana interview kerja swasta, mesti dapat panggilan dari syarikat sale motor laa..bahagian sparepart kereta,dan juga penah bekerja di kedai tayar (Pelbagai jenis tayar)..

Sebelum ina berhenti kerja, ina bekerja di workshop kereta.Macam macam belajar tentang kereta..dekat situ juga dah jadi macam Service Advisor.Kena mengenal semua permasalahan kereta jika rosak disebabkan apa dan kena berkomunikasi dengan customer.Pelbagai la.. dari minyak hitam sampai kepada enjin dan skru kena mengenal.Penat otak! tapi syokk

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *