baby,Petua dapat baby boy
ibu mengandung parenting

Kuat Betul Alahan…

Kandungan kali ke-4, alahan bukan biasa-biasa. Kuat sangat alahan kali ini iaitu kuat makan,kuat tidur dan mual sepanjang hari. Badan rasa letih jer tau.

Alhamdulillah, semalam baru sahaja checkup di Klinik WYKO di kuantan. Repeat scan bagi mengesahkan samada betul ataupun tidak bahawa kandungan belum gugur.

Sebagai ibu,naluri keibuan itu kuat yang mengatakan kandungan selamat.Alhamdulillah,syukur sangat Ya Allah. Semasa checkup semalam,kandungan sudah berusia 8 minggu 4 hari. Tak sangka pula,ini adalah kandungan yang ke empat di usia 32 tahun.

Alahan yang Kuat

Semasa kandungan 5 minggu, tanda-tanda keguguran jelas kelihatan iaitu bleeding dan spotting. Pendarahan tidak terlalu banyak, cuma 1 pad itu hampir penuh. Dan kadang kala pedarahan tersebut datang bersama sakit punggung.Tetapi dalam masa yang sama,alahan masih kuat.Sehinggakan tak larat sangat tubuh badan Ina ni tau. 6 kali muntah tanpa henti di dalam tandas. Terasa seolah urat perut ditarik-tarik semasa muntah tersebut.

Kali ini alahan sangat kuat, adakala terasa mual. Rasa lapar sentiasa,tekak pahit seperti meminta makanan dan paling tak best adalah mata Ina tak boleh tengok skrin komputer.Menaip entri pun tak boleh,apatah lagi membaca entri blog.Terus rasa mengelegak di dalam tekak ni ( seperti macam mesin basuh, berpusing dalam tekak ni) .

Pada awal mengandung gigi dah sensitif. Tak boleh di gosok langsung. Tetapi mujurlah sebelah kanan sahaja. Dan nasib baik juga gigi sensitif ni tak berlarutan lama,jika tak busuklah tak menggosok gigi.Hahahaha.

Mengidam

Mengandung kali ni,di minggu ke-5 tekak asyik nak makan Mee Kari. Taknak Mee Kari orang lain. Nak juga makan Mee Kari yang di jual oleh warung KUYOE . 

Selagi tak dapat makan Mee Kari KUYOE tu, asyik termimpi- mimpi makan. Kebetulan hari nak makan tu, jualan dia dah habis. Huhuhu,nak menangis tau bila tau dah habis. Dalam tekak ni pula, entah beberapa kali asyik menelan air liur. Air liur seperti ingin menitis jer. Keesokan harinya, beli 2 bungkus makan. Kemudian 2 hari berturut beli Mee Kari tersebut.

Kalau ikutkan mengidam, tekak ni pahit nak makan Tomyam pula. Nak juga kedai yang biasa makan tu. Malam tu juga suami tolong bawa,tunaikan hajat ibu mengandung ni. Kedai yang Ina nak sangat makan masakan dia adalah tukang masak orang siam.Jadinya Tomyam memang sedaplah. Pedas pekat kaw kuahnya! Pedas.. ehehe. Bleeding lagi selepas makan tomyam tu.Baby dalam perut kuat makan pedas tau.

Sekarang ni pula,sejak kandungan memasuki 7 minggu. Suka betul makan ulam-ulaman beserta sambal belacan. Segala sayur, habis di celur dan di makan bersama nasi. Kadangkala makan ratah baby timun bersama sambal belacan je.Rangup betul, sayur jadi manis pula dah. 1st time makan ulam,sebelum mengandung memang langsung tak sentuh ulam tau. Pembawakan baby betul lah,suka makan ulam-ulaman.

Kuat Rahim

Semalam doktor WYKO bekalkan ubat kuatkan rahim iaitu DUPHASTON. Ubat ni paling mahal, sekarang dah RM 85 satu kotak. Satu kotak tu ada satu papan ubat. Memang berkesan sangat kalau menguatkan rahim ni. Harini pun dah takde bleeding mahupun spotting lagi jika Ina penat sekalipun. Total keseluruhan bagi mendapatkan rawatan di WYKO adalah sebanyak RM 160.00 ( Cas termasuk scan dan 3 ubatan ).

Selain ubat kuat rahim, doktor bekalkan juga asid folic dan b complex. Kesemua ubat ni penting untuk pertumbuhan janin. Sepanjang mengandung, memang Ina tak pernah miss makan ubat. Lagi-lagi Ina ni HB Low. Paling tinggi pun 10 je hb Ina tau. Huhuhu.. Alhamdulillah, bersalin memang tak drop langsung. Tetapi risau semasa berpantang lah. Pernah jatuh terduduk akibat gelap mata. Mujurlah masa tu tak pegang baby.

Kuasa Allah

Mesti ada yang terkejut. Dari cerita Ina,macam baby dah takde kan? sebab asyik bleeding tetapi tidak. Dari kandungan no 2 lagi, pernah bleeding sehingga 1 bulan.Dari darah fresh dan ketulan darah lagi yang keluar. Tetapi bukan keguguran.Soffea pun dah berusia 4 tahun. Doktor pun sahkan bukan masalah Uri di bawah.

Semoga kandungan kali ini selamat sehingga kelahiran.. aamiin Ya Rabal Alamiin.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

1 Comment

  1. Avatar

    Tahniah semoga dipermudahkan semasa mengandung kali ke 4 ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *