Be Happy

dettol wipes,dettol pencuci lantai

Buat pertama kali pertama nak mencuba anti bakteria proskin dari DETTOL yang terbaru ni.Biasa beli untuk kegunaan semasa berpantang jer bagi penjagaan diri semasa berpantang.Dengar cerita produk Dettol ni bagus dalam perlindungan dan menghapus daripada kuman dan bakteria bagi melindungi keluarga.

dettol,hygiene,handwash,bodywash,wipes
DETTOL




Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah,umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Bagaimana Kuman Merebak Ketika Di Bazar Ramadan

Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Nak Lindungi Seisi Keluarga daripada Kuman dan Bakteria?

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Perlindungan dari DETTOL untuk Seisi Keluarga

Bagaimana DETTOL dapat melindungi Pada bulan Ramadan ini ?

  1. Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  2. Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air
  3. Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman korang sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

kuman dan bakteria merebak melalui sentuhan,dettol handwash,dettol body wash,dettol wipes
Mencuci tangan dengan Dettol Hand Wash

Ini set perlindungan kami seisi keluarga.Terima kasih DETTOL! lepasni nak bersalaman dengan sesiapa sahaja dah tak perlu risau lagi. Tissue wipes ni akan sentiasa ada dalam handbag mama.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis
kuman yang berbahaya.

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Keluarga serta sahabat handai.Jadi dengan adanya Dettol,kita jadi lebih yakin.

dettol melindungi,agihan dettol secara percuma di bazar ramadan lembah klang
Agihan produk DETTOL kepada orang awam di Bazar Ramadan.

Agihan Sabun Tangan Dettol di 20 Buah Bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan
melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

INFO Dettol

  1. Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai.
  2. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan
    keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.
  3. Dettol turut menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun,pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.

dettol for family, protect your family with dettol
Perlindungan seisi keluarga dengan Dettol


Okay,Ina nak bagitau.Start dari harini iaitu ( 22 May 2019 – 16 June 2019 ) akan berlangsungnya giveaway di laman socmedia ( Facebook ). Ina nak cari 3 pemenang bertuah untuk 3 item diatas ni. Semoga berjaya korang.

Korang nak dapatkan produk Dettol ini,boleh terus ke watson,guardian dan pasaraya yang terdekat.

Baca entri lain :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!