Uncategorized

AWAS!! PETANDA KANSER PROSTAT

Assalamualaikum.. pagi tadi terbaca status kawan di alam maya fesbuk berkenaan kanser prostat.. Ya allah.Takut pula bila membacanya.. Lelaki pun tidak terlepas dengan penyakit NO 1 ini.. okay.Kupasannya boleh baca entri dibawah.

    • PROSTAT
    •  
    • Menurut Dr. Tan Khon Eu, Pakar Pembedahan Am Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), prostat adalah kelenjar yang bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki & mengelilingi salur kencing atau dikenali sebagai urethra.

      Prostat berfungsi menghasilkan cecair beralkali untuk air mani.

      Kelenjar prostat juga tidak berbeza seperti kelenjar lain yang berisiko menghadapi penyakit & masalah tertentu. 

      Antara penyakit & masalah utamanya ialah Benign Prostatic Hyperplasia atau Pembesaran Kelenjar Prostat & Kanser Prostat

      Pembesaran Kelenjar Prostat (BPH)
      Disebabkan oleh rangsangan testosteron
      Biasanya berisiko pada golongan lelaki berumur 40 tahun & ke atas

      Mengikut perangkaan, lebih 50% lelaki pada peringkat umur 40-an menghadapi masalah ini dan peratusan meningkat ke 75% pada lelaki yang berumur 80 tahun dan ke atas
      Menyebabkan salur kencing yang melalui kelenjar prostat sempit
      Kerap mengalami kesukaran dalam membuang air kecil
      Tanda-Tanda BPH
      • Aliran kencing yang kurang baik
      • Kerap membuang air kecil
      • Tidak dapat mengoongkan pundi kencing selepas membuang air
      • Air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air
      • Kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air
      • Sekiranya tidak dirawat,
      Menyebabkan salur kencing tersumbat & tidak dapat membuang air kecil secara normal
      • Tekanan yang tinggi di dalam pundi kencing boleh menyebabkan risiko buah pinggang bengkak & gagal berfungsi
      • Pembentukan batu karang
      • Berisiko mendapat penyakit hernia
      • Perlu kerap ke tandas untuk buang air kecil
      • Menganggu kegiatan sosial seperti menonton wayang
      • Menganggu masa tidur & menyebabkan keletihan

      Pengesahan

      Pemeriksaan fizikal
      • Pemeriksaan melalui dubur untuk mengesahkan bahawa kelenjar prostat sudah membesar
      • Kelemahan aliran air kencing akan diukur menggunakan alat khas
      Ujian darah
      • Menentukan fungsi buah pinggang
      • Saringan antigen kanser prostat

      Rawatan

      • Pengambilan ubat-ubatan
      • Jenis lapha-2-blocker – mengurangkan saiz kelenjar prostat
      • Jenis 5-alpha reductase – membantutkan pembesaran saiz kelenjar prostat dengan mengurangkan penghasilan hormon tetosteron
      Pembedahan
      • Transurethral resection of prostate (TURP)
      • Salur kencing yang menjadi sempit akan dibedah
      • Dijalankan secara endoskopi – teropong khas dimasukkan ke dalam salur kencing.
      • Komplikasi pembedahan – pendarahan, masalah pancutan air mani serta mati pucuk
      • Penggunaan gelombang mikro
      • Memusnahkan tisu prostat
      • Kanser Prostat
      Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi & bertambah tanpa dapat dikawal. Lelaki yang berusia lebih 45 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat. Kanser prostat tidak menyebabkan tanda-tanda yang kerap jika dibandingkan dengan BPH.
      Faktor-Faktor Risiko Kanser Prostat
      • Umur melebihi 65 tahun
      • Merupakan faktor utama
      • Keturunan
      • Perubahan nyata kelenjar prostat
      • Perubahan gen-gen tertentu
      • Risiko lebih tinggi
      • BangsaLelaki berkulit hitam berisiko tinggi berbanding lelaki berkulit putih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *