gambar ayam goreng berempah mamak style, ayam goreng macam kat kedai mamak tu,ayam goreng rangup,cara nak buat ayam tu rangup macam kedai mamak
resipi

AYAM BEREMPAH MAMAK STYLE!

Sebelum pergi kerja,suami dah beli bahan-bahan untuk menu berbuka iaitu ayam berempah.Kali ni,Ina nak masak ayam berempah MAMAK style lah pula.

Nak masak ayam berempah ni tak susah pun.Okay,next step untuk bahan-bahan masak ayam berempah Mamak Style! Kali ini memang tak gunakan langsung jintan manis dan ketumbar.

Ayam Berempah MAMAK Style!

1 Kg Ayam

2 ulas bawang ros (bawang india) ( tumbuk halus)

6 Ulas bawang putih ( tumbuk halus)

1 Inci Halia ( tumbuk halus )

3 Kuntum bunga lawang ( tumbuk halus)

2 puntung Kulit kayu manis ( tumbuk halus )

Daun Kari ( Ikut suka ) Makin banyak,lagi sedap bau

1 Biji telur ayam

2 Sudu Besar makan Rempah kari ( Ina gunakan rempah kari Adabi )

2 Sudu Besar Kunyit serbuk ( Adabi )

2 Sudu Besar makan Cili kisar yang di blender ( atau paste cili boh ) nak pedas,sila lebihkan

1/2 Sudu Besar makan Garam ( ikut tahap masin yang bersesuaian)

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Ayam Berempah MAMAK Style!

ayam goreng,masakan mamak,ayam berempah,ayam goreng macam kedai mamak
AYAM BEREMPAH MAMAK STYLE (perap)

  1. Ayam dibasuh bersih terlebih dahulu dan keringkan ayam betul-betul yea.
  2. Masukkan bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang, serbuk kunyit,cili boh,daun kari,serbuk kari dan telur.
  3. Gaulkan biar ia sebati dan tambah garam.
  4. Perapkan ayam tadi selama 3-4 jam. Semakin lama perapan,makin sedap.Segala rempah akan mesra/sebati sehingga terasa ke tulang ayam.Gulp!! Terliur pula nii,teringat semalam makan.
  5. Jika korang nak perap ayam sejam pun,takpe.Tapi kurang umph lah.Boleh jerr.
  6. Simpan di dalam peti perapan ayam tadi.
  7. Selepas cukup masa perapan tadi,terus boleh goreng.
  8. Panaskan kuali ( kalau nak guna periuk,lagi bagus,lagi dalam dan cepat ayam tu masak sebab terendam ) Masukkan minyak dengan banyak supaya ayam tadi mudah di goreng.
  9. Semasa goreng tu,memang akan naik bau rempah-rempah perapan tu tadi.Sedap! Tak percaya. Cubalah yea. Ingat tau.. nak sedap perapkan ayam tu lama.

ayam goreng mamak,cara nak masak ayam goreng mamak style, rempah mamak,cara nak masak ayam goreng mamak
ZOOM in

Ina sukakan warna perapan macam dalam gambar ni. Tapi kalau korang nak bahan perapan ayam lebih warna merah dan gelap lagi,cuma tambahkan cili boh atau cili kisar tu lebih.

bahan perapan ayam goreng mamak style
Ayam goreng berempah MAMAK style dalam kuali


Masa ni,tak payah nak cakap lah,semerbak bau bahan perapan tu.Rempah-rempah yang buat sendiri tu dengan daun kari lagi.Emmmm… sedap teruk bau masa ni tau.

 gambar ayam goreng berempah mamak style, ayam goreng macam kat kedai mamak tu,ayam goreng rangup,cara nak buat ayam tu rangup macam kedai mamak
AYAM goreng berempah is Doneeee!

Selamat mencuba! Resipi ni tercipta sebab kat dapur ada banyak bunga lawang dan kulit kayu manis.Hahahaha~ Tak fail pun rasa sebenarnya.Rangup pun yea jugak.


Suami Ina yang tak sukakan masakan style mamak,boleh dia kata sedap.Macam kat kedai mamak,ahaks!! Sahur pun dia berselera,walaupun sahur pagi tadi isteri dia masak rentung ayam goreng tuu.Hiii,sorry abang yea.

Resipi lain :

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!