beraya di kampung,duit raya dari kelab bloggerben ashaari,kbba9
lifestyle, parenting

Dapat Juga Sara Merasai Suasana Balik Kampung!

Syawal ke-4,akhirnya barulah tertunai hajat si sulung nak merasai suasana balik beraya di kampung.Nak rasai sendiri pengalaman harungi jalan jammed tu semua.

Bersama adik bongsu

Boleh pula terbabas bangun awal pagi,makanya bersiap dalam kereta sahaja lah.Hihihi..,mekap pun tak beria sangat.Sedih kita. Macam biasalah,tugasan isteri macam-macam.Nak kena siapkan anak-anak terlebih dahulu.

Muka Ina ni sekarang tengah downtime peeling. 3 hari nak raya Ina buat treatment sulam bedak.Hihihi.. Alhamdulillah.Takdelah teruk mana pun menggelupas kulit ni.Kulit takde dah kering dan berminyak seperti sebelum ini.Ya allah,sukanya! Tapi kan,ikutkan memang tak disyorkan langsung untuk lakukan treatment dermapen ni dikala syawal menjelang.Sebenarnya Ina yang request pada beautician tu supaya guna microneedle untuk proses sulam bedak.Ahaks!

Singgah Beraya di Pekan,Pahang

Muka tersenyum selepas dapat makan ketupat palas Pekan.
Muka ada senyum,selepas dapat makan ketupat palas Pekan

Huihh,tak sangka betul.Dalam perjalanan nak ke Bera,Pahang.Kawan suami ajak beraya di Pekan.Ya allah, terharu pula dah rasanya.Makan pagi kami di Pekan.Wallah! Memang sedap pula. Tuan rumah masak bihoon goreng. Dan juadah lain ketupat tu.Pergh! Sehingga sekarang ni,disaat menaip entri ni,keenakan ketupat tu masih terasa di dalam tekak.Alahai~ sedapnya. Lembut pula ketupat tu cicah bersama serunding.Best sangat-sangat.

Agaknya lah,tuan rumah ni pun sama cerewet dengan Ina.Hahahaa~ memang 10 bintang lah ketupat tu.Lembut dan secukup rasa.Tak terasa kejung langsung. Haihhh,, rindu pula dengan ketupat Pekan.

Setelah 3 jam disana,suami pun dah puas bersembang dengan kawan lama dia dulu.Kami beransur pulang,meneruskan destinasi ke Bera.

Bermula la perjalanan Kami…

Kami bertolak jam 1 tengahari.Mengikuti jalan Paloh Hinai-Tasik Chini-Chenor. Melalui jalan perkampungan.Best sangat! Sepanjang perjalanan tu,banyak betul haiwan yang kami jumpa.Haahah.Dari yang kecil sehinggalah yang besar tu.Paling rare jumpa kerbau.Pada mula tu,ingatkan seladang tadi.HIhihi.Rupanya bukanlah.Seladang lagi besar,dan menakutkan. Kalau betul jumpa,tak tahulah,seladang tu kan liar.Silap-silap,kena kejar nanti.

kerbau,buffalo,kerbau di sepanjang jalan Bera
Kerbau oo kerbau.. kenapa lah kau menyorok.Ingat orang ak nampak ker??

Ahaks! Untuk gambar-gambar n.Kami berhenti di tepi jalan tau.Punyalah nak bergambar tu.Hahaha~ Nasib baiklah cik suami sporting layankan hobi isteri dia ni.Semua benda dia nak snap photo dengan kamera kesayangan Sony Alpha a5000 dia.Huhuhuhu..

Ikutkan,memang lah bahaya.Berhenti tepi jalan,dan turun kereta semata untuk bergambar dengan kerbau ni.Tapi apakan daya.Takde rezeki nak dapat shoot yang cantik.Ala,lagipun bukanlah kerbau ternakan pun ni.Liar! Tengoklah lah tu,kerbau tu menyorok dalam semak samun tau.Nak elak gambar dia kena VIRAL dalam laman sosial media lah tuuu.Ahaks!

Laluan yang kami gunakan ni,tak sunyi pun.Banyak kenderaan yang melintas sini.Jadinya,memang tak takutlah.Jalan pun tak rata kat sini.Banyak selekoh maut weii. Haihh,tak tahulah waze ni bawak ceruk mana entahnya. Haaaa,mujurlah ada lah juga line internet dalam hutan ni.Adik bongsu yang suruh ikut jalan guna waze.

Bandar Bera,32

Jam 4 petang,kami tiba di Bera,Pahang. Segar betul udara di kampung-kampung ni.Syok sangat! Air pun sejuk.Fresh jer badan ni selepas mandi. Rumah pak saudara ni rumah felda gitu. Tersusun cantik rumah-rumah disini.Semuanya dah maju,tak de lagi rumah papan seperti tahun 90-an.Sekarang masing-masing peneroka dah mempunyai rumah batu yang di hias cantik.Banglo pun ada kat sini tau.

pulang beraya di kampung,BERA PAHANG
Tok Saudara bersama cucu saudara

cucu,tok saudara,pulang beraya
kemain seronok lagi Furqan n makan..

Furqan ni memang pantang nampak biskut raya.Jika datang beraya,tanpa dipelawa.Dia dah buka penutup balang biskut raya.Adeiii~ bukan tak ajar anak tau.Budak-budak,walaupun sudah diajar,tetap dibuatnya.Haihh, tu yang malas nak beraya sangat.Mama jer yang letih kang duk terjerit-jerit kat rumah orang nanti.

Okay,sampai sini saja lah cerita suasana beraya di Kampung iaitu di Bera,Pahang kampung tok saudara Sara merangkap pak saudara Ina sendiri.Jika nak ikutkan,kami laki bini memang takde kampung.Kami dapat menumpang beraya di kampung pun,sudah kira bersyukur.Huhuhu~~ Sedih kan? Kesian pula anak-anak yang nak rasai suasana pulang beraya di kampung tu.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *