Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam subuh.. harini hari ke – 2 bermalam dirumah ibu saudara ina di Balok Baru. Suami outstation, nak tinggal di rumah ..berdua dengan iman.. takut ada,bosan pun yea jugak. Hmm kekdahnya menumpang jela di rumah beliau (ibu saudara).. anaknya pun ramai.Boleh la berkawan dengan iman(tidakla bosan).. iman ni jenisnya, tidak boleh jika sunyi dirumah (nanti ina nak solat @ ke tandas , asyik menangis aje).

Berbalik pada tajuk entri, ina nak flashback kenangan berpuasa  12 tahun yg lalu di rumah sepupu [ ala-ala sambungan entri lepas] .. Dulu kan ina berniaga di bazar ramadhan,tenaga mesti kena Extra waktu tu. Tapi memasuki jam 2 petang je,tenaga dah di tahap merbahaya [ hihihihihi.. menggeletar masa tu, dengan perut berkeroncong ]· Sepupu ina? Dia okay jee.. ina tanya lah.”Awak makan apa sampai kekal bertenaga ni ye”?

Esok harinya dia tunjuklah ubat yang dia makan tu, entah apa ke namanya.. harga ratusan laa. Ina tak tau apa nama ubat tu[ memang Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia : KKM memang tiada] Iyalah,,masa tu budak lagi kan ina ni,rasanya kalau orang bagi dadah.. ina makan kot,masa tu naive kan,janji bole kenyangkan perut serta bertenaga di siang hari pada bulan ramadhan.Untuk kurus yea jugak dan bila makan ( ubat ni berbentuk tablet ) .. mak aihhh, nak menelannya sangkut kat tekak pula [besar gedabak].

Kenangan Menjual di Bazar Ramadan,Kemaman

Alhamdulillah,sangat seronok ketika ini.Semasa bulan ramadhan 12 tahun yang lepas.Ina berusia 16 tahun tika itu,dan kakak pula 17 tahun.Kami adik beradik yang jaraknya adalah setahun seorang.Abang pula 18,dan dia sudah pun masuk ke alam kolej.

Jadinya,kami berdua sahaja pergi membantu pak saudara dan isterinya berniaga.Dia pun ada anaknya sendiri,yang beza pun tak jauh beza dari kami.

Ikutkan,tak lepas juga mak nak beri kami ni lepas ke Kemaman sana tu.Tetapi,oleh kerana kami berkelakuan baik sebelum ke Kemaman.Ehehehehe.. bodek la mak.Apa lagi,jadinya diizinkan pergi ke Kemaman selama sebulan bagi membantu bisnes mereka.Tolong menjual jerr.. dan paling banyak,kami bekerja di belakang tabir sebagai pemotong sayur dan tukang bungkus sos murtabak.

Jualan murtabak,sangat mendapat perhatian orang disana.Bukan sebab ada ramai anak dara.Tetapi resipi murtabak pak saudara,memang best.Resipi turun temurun dari arwah aki.Arwah aki pun,meniaga roti canai dan murtabak dahulu,tersohor di Kg Awah satu ketika dahulu.Selepas orang khianat bisnes arwah aki.Tak lama tu,tutup terus.Kedai asyik tutup jer orang nampak.

Pendapatan di Bazar Ramadhan

Seawal jam 8 pagi,kerja kami memotong sayur kobis,lobak dan bawang merah.Daging dan bahagian rempah pula dibuat oleh pak saudara Ina.Kerja Ina tak lah banyak,tetapi nak siapkan tu.Memang menangis lah,ahahaha.Tetapi bila dengar lagu raya,syahdu,terus laju jer siapkan kerja segala.Terasa rindu pula dengan keluarga..

Pendapatan hasil jualan,taklah banyak.Adalah dalam RM 1xx.xx (Remaja macam ina,dah seronok sangat pegang duit banyak tu) dan baju raya mak saudara dan pak saudara belikan semua kelengkapan.best,seronok sangat masa tu.

bergambar di air terjun,mandi manda di air terjun,waterfall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!