trampoline,untuk anak anak suka melompat,dewasa workout
lifestyle parenting

Bila Sofa mama patah,Mama Gantikan dengan Trampoline untuk anak-anak Melompat

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini,anak-anak semakin aktif.Tak larat dah melayan karenah mereka.Maklumlah mempunyai 3 orang anak.Kadang-kadang,stress juga.Dan terkini,sofa rumah pula yang patah.Adeii~ nak masuk tahun baru ni.Anak nak sekolah,boleh pula sofa patah.

Di sebabkan anak-anak ina yang suka melompat ni.Makanya,ina belikan mereka trampoline.Ahaks!! Jimatlah sedikit duit. Semua boleh guna jika teringin nak melompat tu hah.Dewasa pun boleh guna..hihihi. Jika stress,lompatlah sepuas hati.Ekekeke..

Bukanlah apa pun,sebelum ni.Memang sudah belikan pelbagai mainan untuk anak-anak.Tapi sayangnya,semua tak bertahan.Itu baru ada 2 orang anak perempuan dan seorang lelaki (yang lelaki tu baru berumur 2 tahun).Tetapi.. agak lasak.Dia lah juga yang ajar kakak-kakak tu semua main macam-macam.Setiap hari,waktu siang sahaja.. 4 kali menyapu rumah.Adeiii~ belum masuk waktu malam lagi.Malam,abah di pula lah yang menyapu.. ehehe.

hilangkan stress dengan trampoline

Akhirnya,malam selasa.Barulah tergerak hati nak belikan anak-anak trampoline ni.Dan ina memilih untuk membeli di atas talian iaitu menggunakan website 11street. Sebenarnya kan,dah lama duk perhati jer trampoline ni tau.Agak lama weiii! Jenis ina macam nak beli sesuatu tu,peram dulu lama-lama.HIhihi.. Bila terasa ingin memerlukan sangat.Barulah buat tempahan online.Heeee.. Iyalah,kan duit susah nak cari.Ehehehe..

Puas juga nak memilih kat website tu sebenarnya.Eheheh.Dah jadi rambang mata pula bila tengok pelbagai saiz trampoline ni.Ina memilih saiz 38 inci.Erm,kebetulan tengok ada sale,cepat-cepatlah grab satu.Harga asalnya RM 399.00 Seunit.Tetapi Year End Sales,harga trampoline jadi RM 94.00 (belum termasuk postage).Jadi,pejam kan mata terus semasa online transfer tu.Hihihhi.. Jangkaan Ina,mungkin lama nak sampai barang tersebut.Tetapi terkejut pula,bila trampoline sampai selepas 2 hari jer.Agak terkejut! Laju pula servis dia.Jika tak silap menggunakan kurier skynet lori.Kotak besar dan nipis.. berat juga semasa sampai tu barang.

beli trampoline

Tadaa! Siap pasang trampoline tengahari tu.Sara adalah orang pertama yang mencuba.Erkk? Tak sabar betul dia ni. Kemain seronok..


Antara perbualan kami :


Ina : Sara,Soffea dan Furqan.Meh sini kejap.Kalau rasa nak melompat ke apa.Lompat kat trampoline je tau.Jangan melompat kat sofa atau katil.


Anak-anak : Baiklah mama.

Setiap kali Sara berkata bosan duduk di rumah,mama akan menyuruh melompat.Hahahaah.. kejam tak ye? Setiap minit pula tu.Termasuklah adik-adik dia yang lain.Eekekeke..

Yang paling kelakar,malam tadi anak-anak semuanya tidur awal.Penat sangatlah kot.Asyik melompat atas trampoline tu.Hahahaha.. Mudah sikit kerja mama.

Selesai kerja mama kan? Dan mama dan abah pun,boleh juga melompat atas trampoline ni juga.Had berat pun,sehingga 100kg.Ehehehe..Demi kesihatan juga ni tau trampoline niii haa. Tapi kan,Ina ni jenis penakut.Risau pula patah.. walaupun berat mencecah 49kg jer.Takut tetap ada.. ehehe.Kang jadi nangka buruk..gedebukk!

Bolehlah mama gantikan workout tu dengan melompat pula.Bergilir-gilir..kata orang.Lagipun siku ina ni,dah melecet.Sebab workout (plank) atas karpet jer.Masih belum lagi mat yang sesuai untuk workout tu.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

2 Comments

  1. Avatar

    hah lagi senang bila ad trampoline ni kan..diaornag melompat dekat sini je

  2. Avatar

    bagusla maknye..terus belikan trampoline..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *