Nur Wardina Soffea,Amalan mudha bersalin
lifestyle,  Tip parenting

Di Ejek Bisu Dan Sekarang Macam Bertih Jagung Mulutnya

Assalamu’alaikum..


Sindrom speech delay,anak 2 tahun tak boleh bercakap

 

Di Ejek Bisu

Ada makcik bawang yang memanggil anak ina ni bisu.Kesian tau.Nur Wardina Soffea ketika ini berusia 2 tahun.Sedih pada mulanya.Yang paling beremosi ketika ini adalah suami ina sendiri.Dia lah pantang pabila orang sekeliling menggelarkan anaknya bisu.Ehehehe..Ina? Rileks aja.Nak marah macam mana kan? Dah mulut manusia.Kadang kala orang yang terdekat sendiri pun kata Soffea sendiri takde mulut.Huhuhu.. 

Sebab ina tau perkembangan Soffea ni macam mana.24 jam ina bersama anak-anak.Dan ina juga tau,Soffea ni dia seorang pemalu.Jika ada tetamu atau ina sekeluarga pergi bertandang ke rumah tetamu.Mesti mulut Soffea ni terkatup rapi.Sepatah apa pun dia takkan bercakap lagi-lagi dengan orang yang tak dikenali.Ehehehe..




Memasuki Usia 2 Tahun 6 Bulan 




Yup,Mungkin agak lambat Soffea boleh bercakap di depan orang.Mungkin juga dia tidak mempunyai keyaknan diri.Dan kini,pabila menginjak ke usia 2 tahun 6 bulan.Mulutnya..Ya Allah,tak larat mama nak melayan mulut kamu.Macam bertih jagung..Fuhh! Bayangkan lah macam mana.Celik jer mata dia.Soffea akan bertanya. Antara soalan yang Soffea sering tanya..


“Mama,Soffea Lapar ni.Apa kita nak makan ni nanti?”

“Mama,Kenapa orang dalam Tv tu cakap macam tu?”

“Mama,Jom mandi.Soffea dah busuk ni”

“Mama,Soffea dah mandi ke belum ni? Rasa macam busuk aje?”

“Mama,abah mana?”

“Mama,Soffea lapar lahh..”


Hahhh,ni lah antara ayat-ayat dia.Dan lagi parah,jika dia kusyuk menonton Tv.Semua dia nak bertanya kat mama.Sedangkan mama sendiri pun takde jawapan untuk soalan dia tu tau.




Dan sekarang bila Soffea pandai bercakap.Barulah mulut-mulut makcik bawang tu senyap.Terdiam..Haihh. Tetapi kan,Soffea ni allah bagi dia pakej sekali dengan pandai uruskan diri tanpa perlu memakai pampers ketika usia 2 tahun 6 bulan.Alhamdulillah sangat.Syukur..,allah bagi double kejayaan untuk Soffea.




Tips Bagi Anak Yang Lambat Bercakap

 

1. Kerapkan bercerita kepada anak-anak

-Biasa sebelum tidur,ina akan minta anak-anak cerita hari mereka kepada Ina.Dan ini juga membantu anak-anak tidur lebih lena.Mungkin stress anak-anak dapat di lepaskan juga.
 
 

2. Banyak bertanya aktiviti mereka

-Ina sukakan anak-anak recalled terlebih dahulu apa yang mereka lakukan dalam aktiviti seharian.Secara tak langsung ini pun membantu anak-anak dalam proses mengingati serta menyusun ayat.




Hanya 2 tips ini sahaja yang ina amalkan.Selebihnya,jangan pernah paksa anak-anak supaya bercakap.Elakkan anak-anak stress dan ia akan bertambah teruk lagi keadaan.

Tips lain : Latih Anak Bercakap


3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *