Bird nest,kinohimitsu,berapa peratus kandungan bird nest
kesihatan lifestyle

Kinohimitsu Snow Lotus Bird Nest

Lama tak cerita mengenai supplement kan di blog ni? Kali ini Ina telah mencuba Kinohimitsu Snow Lotus bird nest .Alhamdulillah,banyak perubahan terhadap kesihatan apabila mengamalkan bird nest ni.


Kinohimitsu Snow Lotus Bird Nest

Disebabkan sebelum ini pernah mengamalkan bird nest.Kini Ina bertukar kepada brand Kinohimitsu pula.Salah satunya ia mudah didapati di drugstore iaitu Guardian.

Pasal stok? Jangan risau yea.Stok sentiasa ada jika di drugstore sana.Tambahan lagi,dengan membeli di Guardian,akan ada offer disana.Itu antara sebab Ina suka membeli di Guardian.

Kandungan Bird Nest

Oh yea,berbalik kepada Kinohimitsu Snow Lotus ni.Ina sangat berpuashati.Kandungan peratus bird nest mempunyai 28% . Bermakna banyak lah juga kandungan bird nest dalam setiap botol.

Untuk pengetahuan korang,bagi memilih produk berasaskan bird nest yang terbaik adalah pada kandungan. Semakin banyak peratus bird nest yang terdapat dalam sesuatu produk,maka baiklah akan produk tersebut yakni keberkesanannya.

Berbeza Harga

Seperti di beritahu mengenai kandungan bird nest tersebut.Semakin banyak kandungan bird nest,harga akan semakin tinggi.Seperti Kinohimitsu Snow Lotus bird nest ia berharga RM 44.98 selepas diskaun di laman web Guardian.

Hasil Mengamalkan Kinohimitsu Snow Lotus Bird Nest

Baru sahaja mengamalkan sekotak Kinohimitsu Snow Lotus bird nest ini.Hasilnya sangat memuaskan terhadap kesihatan anak sulong Ina iaitu Sara. Semasa ekzema flare tu,memang takut sangat tengok kulit dia.Macam melepuh kulit seperti terbakar.Dan alhamdulillah,cepat sembuh dengan bird nest ni. Dan lagi, kulit dia pun nampak toink-toink..erkkk. Jealous nye mama.

kandungan bird nest,bird nest minuman
bird nest

Korang yang kurang berkemampuan,tetapi dalam masa yang sama nak merasai akan khasiat bird nest.Di nasihatkan ambil jenis macam ni.Kalau yang jenis raw,boleh mencecah ratusan ringgit dan ada juga ribuan ringgit mengikut gred bird nest tersebut.Huuuuhhh! Jadi,ini lah yang sesuai dan mesra poket bird nest.Ahaks!! Lagipun kan,kalau jenis raw,lagi leceh.Nak kena kukus bird nest, sebelum tu nak kena teliti buang bulu burung walet.Errrkk,memang kena teliti betul lah..

Rasa Kinohimitsu Snow Lotus

Paling best.Tekak Ina pun boleh terima yang ini.Tak manis sangat,walau ada campuran rock sugar dan honey.Kat gambar atas tu bird nest yang Ina tuangkan dalam bekas.Yang bintik coklat tu adalah campuran snow lotus.Okay,puashati! Akan repeat lagi brand ini.

botol kaca bird nest,guardian bird nest
75ml setiap botol

1 botol kaca ni adalah bersaiz 75ml,lebih kurang saiz botol jem kaca yang kecil tu.Sekotak ada 6 botol. Dan cara makan bird nest ini Ina jarakkan 2 hari sekali.Tetapi untuk masalah anak tu,setiap hari makan.


Nampaknya bulan ini kena tambah lagi budget untuk kesihatan kami seisi keluarga.Takpelah kan.. demi kesihatan.Apapun sanggup..

Kalau korang nak beli secara online pun boleh Kinohimitsu ini .

Cara mengetahui samada bird nest FAKE!

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *