biskur raya,biskut dahlia
lifestyle,  resipi

Resipi Biskut DAHLIA MEKAR (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum..

Sejak semalam beli tepung kastard.Soffea dan Furqan menangis nakkan kuih semperit pada plastik tersebut.Makanya,petang ni juga,gigih mama siapkan tempahan dari mulut anak-anak,iaitu biskut raya Dahlia.

Resipi Biskut DAHLIA MEKAR (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan


1 cawan butter ( kalau guna mentega tak sesuai,mentega hanya sesuai untuk kek)
1 cawan gula kastor ( jika nak kurang manis, jadikan 3/4 cawan )
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung ubi (diayak)
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila

hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan

Cara Buat Biskut Dahlia Mekar

biskur raya,biskut dahlia
DAHLIA
  1. Masukkan gula dan mentega,just pukul manja jer.Memadai ia sebati.. (jangan putar,overbeat jadinya)
  2. Campurkan telur dan esen vanilla.Ayak ketiga-tiga tepung.
    Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.
    Uli sampai sebati.
  3. Tambah tepung jagung jika masih lembik
    Sapu dulang dengan marjerin ( jika tray hitam,dah tak payah sapu lagi)
  4. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  5. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.

Petua lain Biskut Raya

  1. Jika menggunakan oven yang mempunyai kipas,pastikan ON Kipas oven.Ini supaya biskut cepat masak dengan sekata.
  2. Gunakan api atas dan bawah.
  3. Jangan pukul bahan-bahan dengan mixer,memadai dengan menggunakan senduk kayu.Pukul manja sahaja..
  4. Petua tak nak bunga dahlia jatuh,jangan masukkan sekali telur putih didalam adunan doh.

Cara mengenali antara biskut dahlia dengan semperit ialah perbezaan dari bahan-bahan.Dahlia mempunyai bahan seperti tepung ubi manakala semperit tidak ada.

siap berbaris untuk tempahan

Dengan menggunakan resipi diatas inilah Ina berbisnes pada 2 tahun lepas.Korang jika nak mulakan beisnes,pastikan buat sample terlebih dahulu sebelum menjual.Bagi suami atau keluarga rasa dahulu.Jika ada sebarang komen dari mereka,jangan berkecil hati.Nak jadi orang bisnes,hati kena kental.Dari situ lah kita dapat hasilkan produk yang berkualiti nanti.Hehehe.. selamat berbisnes yaa.! Moga maju jaya hendaknya.

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata yang aktif dan bijak membesar.Juga seorang isteri yang positif.Suka mengambil gambar dengan menggunakan kamera Sony Alpha dan berkongsi pendapat dan pengalaman melalui ruangan blog.Amat tertarik tentang kecantikan.Sebarang pertanyaan Email : norazlina181@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *