resipi

biskut mazola

assalamualaikum dan selamat malam.. baru je balik dari cod barang customer nie. huhhh… penat.Entri kali ini,kita main masak-masak yea.. heee. Tekak teringin benor nak makan biskut kacang ni tau.. Tengok dekat kedai, RM 19.00 sebalang.iTU pun tidak cukup 50 keping.. hmmm. bila terpikirkan harga cenggitu.Of course la buat sendiri. Petang tu jugak, beli bahan-bahan…baru habis duit tak sampai rm 10.Sanggup buat, sebab benda senang. Lagi pun ina ada extra tenaga sejak amalkan shaklee..serius tak tipuuu..



BISKUT KACANG 

PROJEK PETANG SEMALAM

BAHAN BAHAN :

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1/2 CAWAN GULA PASIR (sila blender)

MINYAK MAZOLA ( ina modified, gantikan dengan minyak zaitun @ paling bajet minyak masak)

2 CAWAN KACANG TANAH 

1 SUDU KECIL BAKING POWDER

 

HIASAN 

SEDIKIT KACANG TANAH  UNTUK HIASAN

1 BIJI KUNING TELUR

SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARA CARANYA:

1. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak  bersama gula.

2. Gaulkan bersama kacang yang telah dikisar (jangan terlalu hancur, sebab tak best nanti,, takde bunyi krap krup krap).

3. Masukkan minyak ikut keras. Agak-agak adunan boleh diterap acuannya. (ina buat bulat-bulat je)

4. Sapukan kuning telur  + pewarna kuning (atas biskut yang sudah diterap tadi.)

5.Sapukan mentega diatas dulang pembakar.

6. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit..gunakan  api atas bawah ( yang ni oven eletrik).

 

 

 

okay… siap sudah biskut kacang..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *