build smart, Furqan tak mahu geng dengan mama

Sejak mengandungkan anak ke-4 ni, Furqan dah tak mahu kat mama lagi. Sedih tau. Malam jer dapat peluk cium dia sebab nak tidur dengan mama.Terus jadi manja..

Waktu siang, kadang kala tu Furqan asyik bonding dengan abah dia jer. Jealous tau mama.Huhuhu,memang kebiasaannya anak mama 3 orang memang rapat dengan mama. Agaknya dalam perut ni baby girl kot eh.

Kebiasaannya, memang mama akan peluk cium anak-anak mama pada setiap pagi.Dalam satu hari akan peluk cium anak-anak ni.Kadang kala 2 3 kali sehari. Dah menjadi rutin sekarang setelah nampak perubahan. Anak-anak akan dengar nasihat dan takde lah buas sangat. Mereka dengar cakap mama sekarang ni.

anak lelaki, bonding dengan anak

Pembawakan baby dalam perut

Entahlah, adakah ini semua pembawakan dalam baby dalam perut mama? Mungkinkah dalam perut ni baby girl? Hurmm, tak pasti juga. Tetapi sejak mengandung kali ke-4 ini. Kuat betul alahan. Muntah On/Off. Tetapi yang tak tahan nya, tekak ni asyik nak termuntah jer bila buat kerja-kerja rumah tau.

Kain 2 bakul besar tak berlipat langsung. Jangan cakap nak sentuh. Sentuh jer pun, dalam tekak ni nak termuntah. Jadinya, tunggu lah kat situ kain baju semuanya. Sorry abang.. nak tunggu abang cuti jer.Nanti abang pula sambung lipat yer.

Kadang kala, nak siang ikan pun, anak tekak ni asyik loya jer. Sempatlah berehat sekejap dari memasak, bagi mengurangkan loya tu melarat-larat. Kalau dah muntah, mau muntah tak henti punya. Sampai muntah hijau nanti. Macam pagi haritu, 6 kali muntah tanpa henti. Bayangkan betapa seksanya ni. Lembik seharian..

Erm,, berbalik kepada Furqan dah tak mahu geng dengan mama lagi ni. Payah juga, mama rindu tau nak bermain dengan Furqan. Masa tidur jer, dia peluk mama ketat-ketat.Hahaha~ tu jer moment indah. Sayang sangat Furqan ni, sebab dia lah satu-satunya anak lelaki mama dan abah ada. Bersyukur sangat dikurniakan anak lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!