Be Happy

 

mengandung

Assalamualaikum..

Sudah terjawab akhirnya.Kisahnya boleh baca di Sara nak baby lagi .  Agak lama juga ina mengalami kesakitan ini.Hampir 2 minggu juga..akhirnya dapat jawapan.Yang mana mampu membuatkan orang ramai terkejut.

Ada Baby?

Suspen tak kisahnya? Ehehehe.. Propa jer lebih tu.Huhuuh.. Smpai diri ina sendiri pun tertipu juga.Hahaha.. Adeiii! Patut Mr.Z kata bukan pregnant pun.

Gila tak suspen kan? Perut ina pula buncit.Sebiji orang mengandung 3 minggu..ehehe.Sara yang berusia 6 tahun tu,asyik duk bertanyakan akan perut mama yang buncit.Dengan reaksi wajah dia tu.Asyik tersengih sahaja.Dah macam kerang busuk haa.

Lagi-lagi,dia kerap bertanya.Mama kenapa tak workout? Mama tak takut buncit ke perut? Erkk.. Iya,memang ina aktif workout.Tetapi sejak kebelakangan ini,perut tidak selesa langsung.Sakit jer perut.Berangin dan kembung..

Macam ada Baby

Hahaha..yang ni paling lucu sangat tau.Setiap malam,Sara sapukan losyen di perut mama.Dia yang offer diri untuk sapu losyen.Katanya,kesian baby kat dalam perut tu.Puas dah bagitahu Sara,mama sakit jer perut ni.

Tekak mengidam

Kali ni melampau sangat! Kalah orang pregnant tau.Hihihi.Tekak nak makan kari kambing.Haaa? Tak ke pelik.Dengan keadaan perut yang semakin membuncit.. sakit tau perut.Tidur malam serba tak kena.Mengiring sakit.. terlentang sahaja yang okay.

Ohhh,ya.Kebetulan kali ini di uji kesihatan silih berganti penyakit.Pada mulanya di serang sakit mata.Mata sangat sensitif,gatal-gatal mata dan bengkak.Setelah beberapa hari  di susuli pula batuk dan selsema.Demam di sertai cirit-birit yang kritikal.Mungkin tubuh badan ina ni kekurangan vitamin dan juga kurang berehat.Asyik 24 jam depan skrin komputer sahaja nihh..urrm

Tekak pula menjadi payau,sebiji lah macam apa entah.Macam-macam mengidam.Nak makan masam..erkk! Apakah ini? Seluar jeans pula semakin ketat.Tak bernyawa bila mengenakan jeans itu.Walaupun saiz pinggang 27 (dari zaman bujang sehinggalah anak 3 orang pun..ehehe).Psttt! Saje nak bagi korang jealous sikit..Muehehehe.. Ahaks! Sorry.

2 minggu sakit perut

Jangan tak tahu.2 minggu ina merana sakit perut tau.Huhuhuhu…,sedih sangat tau! Perut buncit tanpa isi.Ni sebab gara-gara sikap degil ina yang suka makan pedas.Dah lah musim sejuk dan tengkujuh.Faham-fahamlah yer.Perut memang sensitif jika musim begini.Bayangkan,lembu pun boleh kembung perut.Ini kan pula manusia.Ehh..apa pula kena mengena lembu dengan ina ni erkk?

PERIOD..Dan Orang yang kecewa ialah..

Sakit perut ni lain macam.2 minggu menanggung kesakitan perut.Akhirnya selesai juga.Pagi jumaat tu juga,selepas solat subuh.Semasa nak mandi pagi tu,tanda-tanda period dah datang.Adehhh! Lega sedikit.Siap bagitau pada Mr.Z (Suami) lagi tuu.. dah berjaya period.Ahaks! Yerlah.. terjawab juga kan? Perut buncit selama ni.Menderita lagi.. asyik berteka-teki betul ke tidak mengandung ni.

Pssst! Korang rasa lah kan. Siapa agaknya orang pertama kecewa apabila ina period? Hihihi..Tuuu,,si Sara. Bila ina bagitahu dia,Sara.Mama buncit jerlah.Bukan nya ada baby kat dalam perut ni.Cuma banyak ada najis sahaja.Lama mama tak membuang lah niii.

Cirit-Birit Kritikal

Ya allah,,Ina ingatkan kesihatan semakin beransur pulih.Rupanya tidak sama sekali.Di sebalik period yang datang pada jumaat lepas.Cirit-birit pula yang ON..Adeiii~ lembik dah rasanya diri ni.Asyik keluar masuk ke tandas.

Kebiasaannya,jika ina amalkan minum teh pekat.Masalah cirit birit selesai.Tetapi tidak sama sekali.Bayangkan..semakin teruk pula ina ni ha..

Cirit-birit bukan yang biasa-biasa ni.Situasi yang tak dapat ina bayangkan ketika itu ialah semasa ina on the way nak memasak di dapur.

Ya allah! Baru jer nak masukkan beras ke dalam periuk nasi,tup-tup dah terberak! Aduii.. secara tiba-tiba pula sistem perkumuhan tak dapat di kawal.Pufffff!!! Habis kat sini juga,sambil berlari ke arah tandas.Huuuuhhh! Seram.. Sudahlah lagi period lagi ni.

Berlaku macam ni,tengah tidur pun berulang ke tandas jam 2-3 pagi..

SOCMEDIA

Masa ni kan.. socmedia semua ina OFF! Jadi serabut sangat-sangat. Memang tak larat sangat nak usik gadget.Kepala pun dah tak boleh fikir waras masa ni.Dalam hati,rasa macam hari last jer.Rasa macam nak mati pula.Iyerlah! Sistme perkumuhan tak boleh kawal sangat.

Pemakanan

Sebelum berlaku kes cirit birit ini .., ada ina makan di restoran tersebut.Musim hujan… ina dah tak sihat ketika itu.Itulah yang suami mengajak untuk makan malam di luar.

Strategi marketing.. pengiklanan secara besar-besaran.Kami laki bini pun tak terlepas untuk mencuba ke restoran terbabit.Kualiti makanan memang tak terjaga.Harga murah tetapi itulah,di sebabkan  murah ramai pula pelanggan.Dan ina dah serik ke restoran tersebut.Cirit birit ON OFF.. Bukan cirit birit biasa,tetapi luarbiasa punya.Mujurlah hari ke 4 cirit birit dah pulih.Jika tidak,kena serah diri ke hospital juga ni.Tak larat..,dehidrasi mungkin.

 

2 thoughts on “Bukan Mengandung dan Ada Yang Kecewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!