• resipi

    Rahsia Cempedak Goreng Rangup!

    Assalamualaikum..kepada pengunjung blog ina.Hai.. korang.Entri kali ini nak share resipi Cempedak Goreng.Telan air liur tengok kawan-kawan di sosial media asyik up cempedak goreng.Haishhh~ nak tunggu cempedak rumah mertua,memang tahun ni takde rezeki.Mana tidaknya..,asyik kera ajer yang makan cempedak tu.Huhuhu. tahun lepas cempedak menjadi.Isi cempedak pun penuh dan tiada ulat.Ehehehe..berdasarkan hasil 2 tahun lepas.Teruk cempedak tu sekali dengan ulat dan lagi isi pun tak banyak.     okaylah..berbalik kepada tajuk entri.Ina nak kongsi kan resipi Cempedak goreng.Mungkin ada yang tau resipi ni kan? Bukan susah pun nak bikin.Petik cari jer dah boleh buat.Tetapi kan nak garing tu macam mana? Ada yang buat,macam jejemput rupanya.Tak garing langsung.Tetapi kalau ada yang sukakan jenis…

  • resipi

    Resipi : Cekodok Pisang Kembung

     Dahulu,semasa Ina bujang.Langsung tak pernah memasak cekodok pisang.Yup..memang langsung tak tahu.Sebab dalam keluarga ina,semuanya suka makan jejemput ‘bodoh’ ataupun lebih dikenali sebagai jejemput daun kucai..huuuh.  Lepas berkahwin barulah kenal cekodok pisang ni..eheheh.Itu pun resah gelisah di dalam hati ni hah duk terfikir..,macam mana lah nanti nak memasak cekodok  pisang untuk suami.Favourite suami pula tuu.. huuuu.Menangis tau..,telefon tanya mak macam mana nak buat cekodok pisang tuu..Sekarang ni,,dah mempunyai anak 3.Semakin tak kekok lah nak memasak cekodok pisang ni.Ehehehe..kat bawah ni,Ina sediakan sekali resipi Cekodok Pisang. Resipi CEKODOK PISANG KEMBUNG     Bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Kembung   1 ikat pisang Emas 3 atau 4 cawan Tepung Gandum (Ina gunakan tepung cap…

  • Biskut Raya,  resipi

    Biskut Cornflake Madu Berlemak

    Resipi ini,khas untuk ibu ibu yang sibuk.Macam Ina sendiri,terdetik di hati nak buat Cornflakes ni.Di sebabkan anak yang bongsu tengah melasak.Maka tercipta lah,Cornflakes ini.Super mudah dan sedap..Itu yang penting.Anak-anak pun suka ni..   Biskut Raya Cornflake Lemak Bahan – bahan : 500gm Cornflakes 3/4 cawan Madu 3/4 Cawan Marjerin @ boleh gunakan Butter 250gm 1/4 Cawan  Dry Mix Fruit Cup kertas ** Rendam Mix Fruit kedalam air suam sehingga kembang.. untuk menghilangkan rasa manis buah kering tersebut. Cara-caranya : 1. Cairkan butter atau marjerin kedalam kuali yang telah dipanaskan. 2. Masukkan Dry mix fruit tadi kedalam butter. 3. Campurkan madu tadi sekali dan gaul bahan bahan supaya mesra. 4. Masukkan…

  • resipi

    Daging Masak Hitam

    Kali ini,Ina share resipi Daging Masak Hitam.Walaupun lambat masuk ke dapur.Alhamdulillah,daging cepat empuk.Daging masak hitam,sesuai di gandingkan bersama Nasi Minyak mahupun Nasi Beryani.Kali ini,hanya gunakan daging pindang sahaja.Sesuailah untuk yang nak masak cepat.     Daging Masak Hitam   Daging Masak Hitam     Bahan-bahan:   1/2 kilo Daging Pindang 10 ulas Bawang Merah (ditumbuk) 5-8 Tangkai Cili Kering (ditumbuk) 4 Ulas Bawang Putih (ditumbuk) 1/2 Sudu Besar Rempah Kari Babas 4 Sudu Besar Kicap Pekat 1 Sudu Besar Kicap Cair 1 Batang Kulit Kayu Manis 2 Biji Cengkih 2 biji Buah Pelaga 1 Batang Serai (diketuk) 1 Inci Halia Minyak untuk menumis   Daging di potong terlebih dahulu serta…

  • resipi

    Ikan Percik

    Menu berbuka kelmarin ialah ikan percik dan juga Rendang Ayam tanpa santan.Pagi ini,baru lah berkesempatan untuk mengupdate Resipi masakan pula.Bagi korang yang ingin mencuba Resipi Ikan Percik ini,di persilakan.Cara penyediaan nya amat lah mudah.Masa penyediaan tak sampai satu jam pun.  Ikan Percik    Ikan Percik   Ikan Percik Bahan-Bahan Ikan Percik 4 Ekor Ikan kembung 8 Ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus ) 2 Ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus ) 2 Inci Halia ( ditumbuk halus ) 3 Sudu Besar Makan Cili Boh 2 Batang Serai ( diketuk) 8 Tangkai Cili Kering (ditumbuk halus) 2 Sudu makan  Rempah Kari Baba’s 1 Sudu Besar makan Serbuk Kunyit @ 2 Inci…

  • Rendang,  resipi

    Rendang Ayam Tanpa Santan

    Sedar tak sedar, sepanjang berpuasa hari ke -7,Ina kerap juga masak rendang ayam.Ehehehe.Haritu masak Rendang Ayam tanpa daun Kunyit,sebabnya di kedai runcit tiada jual.Tetapi kali ini.Ina tak letakkan langsung santan di dalam Rendang Ayam ini. Okay,bagi mereka yang takutkan kolesterol tu.Ina rasa korang patut mencuba resipi ini.Ia mudah dan cepat! Rasa tetap sama..,yang membezakan tiada santan.Paras Kolesterol korang pun selamat. Rendang Ayam Bahan-bahan Rendang Ayam Tanpa Santan 8 Ulas bawang Merah ( di tumbuk halus) 2 Ulas Bawang Putih ( di tumbuk halus) 5 Tangkai Cili Kering ( di tumbuk halus) 2 Keping Ayam Bahagian dada (di potong dadu) 1 Pek Rempah Rendang Baba’s 1 Helai Daun Kunyit   ( di…

  • resipi

    Cara Mudah Buat Agar-agar Sirap

    Selalu buat agar-agar,mesti failed.Kadang kala,agar-agar terlalu keras lah.Terlalu cair sangat.dan Terlebih manis pula agar-agar.Jadi macam mana nak ikut resipi yang betul yer?  Jikalau kita perhatikan,mak mak kita dahulu,tak payah pun tengok resipi.Semuanya main agak-agak sukatan.Emmm..Okaylah,kat sini.Ina nak berikan resipi mudah untuk menghasilkan Agar-agar sirap.Pasti anak-anak suka kan. Agar-agar Sirap    agar-agar sirap       Bahan-Bahan Agar-agar Sirap     20gm Agar bertali  2 (Senduk nasi) Gula Pasir 4 Ketul Gula Batu ( bersaiz duit 10 sen) 1 Helai Daun pandan  4 Cawan air  1 Sudu Besar Pewarna Sirap     Cara-cara memasak Agar-agar Sirap     1. Masukkan agara-agar dan daun pandan yang telah diikat kedalam periuk. 2. Masukkan…

  • resipi

    Udang Masak Lemak Cili Padi Style Negeri Sembilan

    Bulan puasa ni,sedap juga jika makan masakan yang pedas-pedas kan? Ubat untuk anak tekak lah katakan.Eheheeheh.. Tapi tak tahu lah korang punya citarasa kan? Tekak masing-masing. Kali ni,Ina nak share resipi Udang Masak Cili Padi ala Negeri Sembilan.Haaaa.. walaupun Ina bukanlah berasal dari sana.Tetapi suami yang sukakan pedas.Ina jarang makan pedas.Orang kata tekak budak-budak lah boleh di kategorikan Ina ni..Ehehehe.Okay,Jom tengok Resipi Masak Lemak Udang Cili Padi. Udang Masak Lemak Cili Padi Ala Negeri Sembilan gambar : google Masak Lemak Cili Padi Ala Negeri Sembilan   Bahan-bahan Masak Lemak Cili Padi ALa Negeri Sembilan 13 Ekor Udang Bersaiz (2 jari dewasa) 2 batang Serai 2cm Kunyit Hidup 6 Tangkai Cili…

  • Biskut Raya,  resipi

    Biskut Raya – Snow Almond

                           Antara pilihan Biskut Raya yang menjadi kesukaan ramai.Kaya dengan rasa badam dan di saluti coklat.Juga merupakan Top sale dari dapur Ina pada tahun lepas.Biskut Snow Almond.     Bahan-Bahan Biskut Snow Almond: Bahan A 250gm Buttercup 150gm gula kaster 1 tsp esen vanila 50gm serbuk badam 1 Biji Telur (ambil kuning telur sahaja) Bahan B 300gm tepung red rose 50gm tepung kastard 50gm susu tepung 40gm tepung jagung     Bahan hiasan :   1 Kg Coklat Bar  500gm Breadcrumb   Cara buat Biskut Snow Almond:   1. Keluarkan buttercup dari peti ais, cairkan terlebih dahulu. 2. Masukkan gula…

  • lifestyle,  resipi,  Resipi roti

    3 Rahsia PENTING dalam menghasilkan Tekstur Roti yang lembut

    3 Rahsia Penting dalam menghasilkan tekstur doh roti yang lembut | Terasa berat betul jari jemari nak menaip entri resipi ni tau.Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga release.Ehehehe.. Bukanlah kedekut nak share resipi ni tau.Tapi itulah,masa nak mengedit video sebenarnya ni.. Di tambah lagi dengan masa semakin berkurangan.Tehehehehe..          Sebenarnya lama sangat dah tak menguli dan bermain tepung.Background tu,yg bongsu ler duk kacau. Tutorial ni sebenarnya nak hasilkan roti. Buat sikit jer. Nak hasilkan doh yg LEMBUT meh sini.Satu adunan ini mampu menghasilkan 6-8 biji roti,mengikut anggaran saiz doh 60 gram. . . Bahan-Bahan: 1. Tepung High protein (3 cawan setengah tepung HP) 2. Air sejuk 3. Telur (1biji) 4.…