beauty,  lifestyle,  review

Guardian CC CREAM (Water Based) Dengan SPF 50 UVB

parenting blogger,cc cream guardianAssalamualaikum..

Heyy,sesekali bercakap pasal beauty lah pula.Asyik parenting jer kan? Hehh…,jemu dek korang nanti.Silap-silap muntah hijau dah.Ehehehe..Okay,baiklah.Entri kali ini nak tunjuk kat korang satu Sun Protection Factor (SPF) juga bertindak sebagai CC cream yang baru jer cuba beberapa kali pakai.Bhaya tau kalau tak lindung kulit dengan krim spf..kesan jangka panjang ialah kanser kulit manakala jangka pendek,terjadinya jeragat..Huhuhuhu.Jom baca dulu entri ni.

Haritu nak cari krim SPF jer kat guardian.Tup-tup terjumpa yang ni.Kebetulan yang sedia guna tu,buat kulit berminyak.Terus lah tanpa rasa ragu,ambil dan bayar di kaunter.

 SPF 50 PROTECTION FROM UVB 


Dalam banyak-banyak krim SPF yang ina pernah gunakan.Ini kali tersangat selesa.Sebab salah satunya ia tidak membuatkan kulit wajah ina semakin bertambah berminyak.Yup,kulit kombinasi ni sebenarnya,agak cerewet sedikit.Walau bukan memiliki secara keseluruhan kulit berminyak,tetapi jika silap memilih produk.Bolerh bertambah teruk kulit berminyak..



Kenapa UVB? 



Ini lah dia,jenis yang patut kita cari bagi melindungi kulit wajah.UVB,iaitu Ultra Violet Burning.Yang mana UVB ini sangat berkesan dalam melindungi kulit dari terbakar dek terkena panahan cahaya matahari terik. 




WATER BASED 100% ORGANIC ALOE VERA 

 
kRIM SPF Tidak berminyak,Guardian produk,
 
 



Oh ya,jenis yang ina gunakan ini ialah dari Guardian.100% Organic Aloe Vera.
Tidak melekit dan smooth sahaja pabila di gunakan pada wajah.

Selepas sapu di wajah kulit tidak seperti memakai krim SPF sebab ia all in one CC cream.Hebat tak? First time  ina jumpa krim SPF macam ni.Dia ada 2 pilihan warna kod.Medium dan light.. 


Kod : 02 light

ALL IN ONE CC CREAM 

SPF,GUARDIAN,CAHAYA MATAHARI,Jeragat terjadi sebab tidak memakai krim SPF




Untuk ina yang malas nak tempek pada wajah ni sebab nak ambil anak jer setiap hari.Ini lah yang sesuai sangat,calit jer All in One CC krim ni.Guna jer satu muka dah lengkap dah tak perlu lagi nak gunakan foundation.Hihihihi.Sebab sebelum ni ina ada banyak step jika nak bersiap walaupun nak keluar ambil anak..seperti memakai krim spf lepastu ha tempek pula founfation.Leceh kan?



5 Dalam 1 

CC CREAM,SPF 50,Beza UVB,



Coverage 


menutup cela di wajah


Perlindungan 


SPF50 bantu kulit daripada terkena Sinaran panahan UVB


Melembabkan Kulit 



Dengan adanya khasiat aloe vera didalam,ia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah.


Anti Oksidan



Mempunyai khasiat vitamin E di dalam ramuan CC cream.Yang mana ia bagus untuk meremajakan kulit agar kekal muda gitu..



Okay..pendek kata.Memang rekomen habis  bagi sesiapa yang berkulit kombinasi.





Harga bagi CC ream ini ialah RM 15 dalam packaging 300ml.



Boleh dapatkan di Guardian terdekat..


Nak beli secara online pun boleh.. ni Website : Guardian Beli Online

Ohh,,yee.Gambar diatas tu Ina gunakan cc cream dari Guardian.Puashati sangat! Muka pon tak comot.Makin lama semakin glowing.Kult tak terasa berat akibat memakai foundation.Hihiihi.. So,lepasni goodbye lah foundation yang ina beli tu.Huhuhu..Guna CC cream dan sapu althea petal powder aje.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *