Dahulu,semasa Ina bujang.Langsung tak pernah memasak cekodok pisang.Yup..memang langsung tak tahu.Sebab dalam keluarga ina,semuanya suka makan jejemput ‘bodoh’ ataupun lebih dikenali sebagai jejemput daun kucai..huuuh. 

Lepas berkahwin barulah kenal cekodok pisang ni..eheheh.Itu pun resah gelisah di dalam hati ni hah duk terfikir..,macam mana lah nanti nak memasak cekodok  pisang untuk suami.Favourite suami pula tuu.. huuuu.Menangis tau..,telefon tanya mak macam mana nak buat cekodok pisang tuu..Sekarang ni,,dah mempunyai anak 3.Semakin tak kekok lah nak memasak cekodok pisang ni.Ehehehe..kat bawah ni,Ina sediakan sekali resipi Cekodok Pisang.



Cekodok pisang atau jemput pisang

Resipi CEKODOK PISANG KEMBUNG

 
 

Bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Kembung

 
1 ikat pisang Emas
3 atau 4 cawan Tepung Gandum (Ina gunakan tepung cap Bunga Rose) *atau boleh ikut keselesaan adunan..jangan lembik atau terlampau banyak tepung)
1 Sudu Kecil YIS (boleh guna mauripan atau jenama SAF)
1 Sudu Kecil Gula 
Air sejuk 
Air Panas (Sedikit sahaja)
Minyak masak untuk menggoreng
 
 

Cara – cara membuat Cekodok Pisang Kembung

 
 
1. Masukkan yis bersama gula dan bancuh bersama air suam serta biarkan yis hdup seketika.
2. Buang kulit pisang dan lumatkan isi pisang tersebut.
3. Masukkan tepung gandum kedalam isi pisang serta gaulkan.Tambah gula sedikit.
4. Campurkan yis yang telah hidup tadi (yis yang telah berbuih) ke dalam (nombor 3)
5. Letakkan sedikit air panas dan gaul.Agak sebati,campurkan pula sedikit air sejuk dan gaulkan adunan tadi sehingga adunan boleh di sudukan.. (Agak-agak tak terlalu lembik)
6. Panas kuali terlebih dahulu dan masukkan minyak masak dengan banyak..sesuai untuk menggoreng.
7. Petua : Celupkan sudu terlebih dahulu di dalam minyak yang panas.Tujuan adalah untuk menggelakkan bancuhan cekodok pisang melekat pada sudu.
8. Sudukan kecil-kecil cekodok tersebut ke dalam kuali (Cekodok akan membesar dua kali ganda disebabkan adunan cekodok mempunyai YIS)
9. Goreng cekodok sehingga betul-betul garing (warna kecoklatan seperti dalam gambar)
10. Toskan cekodok di dalam tapis agar cekodok tersebut kurang menyerap minyak.
 
 
Siap!! Mudah jer kan buat cekodok pisang ni.Hahaha..,setiap kali masak cekodok pisang ni.Memori lama pasti terimbau.Iyealah,masa first time baru kahwin,suami dah mintak masakkan cekodok pisang.Errrrkkk… panas sejuk badan masa tu tau..request dari suami.Memang kelakar sangat.Cekodok jadi keras lah kejung lah,siap boleh campak ke dinding.Hihihhi
 

 

2 thoughts on “Resipi : Cekodok Pisang Kembung

  1. My favorite juga cekodok pisang..
    Biasa LZ buat mesti lembek pastu melekat kat kuali.. Give up lama dah tak buat cekodok pisang tapi suka makan..

    By the way thank you for sharing.. Next time boleh cuba pula resepi Ina..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!