resipi

Rahsia Cempedak Goreng Rangup!

Assalamualaikum..kepada pengunjung blog ina.Hai.. korang.Entri kali ini nak share resipi Cempedak Goreng.Telan air liur tengok kawan-kawan di sosial media asyik up cempedak goreng.Haishhh~ nak tunggu cempedak rumah mertua,memang tahun ni takde rezeki.Mana tidaknya..,asyik kera ajer yang makan cempedak tu.Huhuhu. tahun lepas cempedak menjadi.Isi cempedak pun penuh dan tiada ulat.Ehehehe..berdasarkan hasil 2 tahun lepas.Teruk cempedak tu sekali dengan ulat dan lagi isi pun tak banyak.

 
 
okaylah..berbalik kepada tajuk entri.Ina nak kongsi kan resipi Cempedak goreng.Mungkin ada yang tau resipi ni kan? Bukan susah pun nak bikin.Petik cari jer dah boleh buat.Tetapi kan nak garing tu macam mana? Ada yang buat,macam jejemput rupanya.Tak garing langsung.Tetapi kalau ada yang sukakan jenis gitu,teruskan.Ina resipi lain..ehehe.
 
 
RAhsianya adalah..
 
 
rangup
 

Bahan-bahan Cempedak Goreng Rangup

 
 
1 biji Buah Cempedak (masak ranum)
1/2 beg Tepung Beras
Secubit Garam
Air Sejuk
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning (efek warna cantik..kalau taknak letak pun takpe)
 
 

Cara-cara menghasilkan Cempedak Goreng Rangup :

 
 
1. Masukkan 1/2 beg Tepung Beras bagi sebiji Buah Cempedak kedalam bekas yang bersih.
2. Tambahkan air sejuk ke dalam Tepung Beras tadi,ikut tahap kepekatan tepung.Jangan terlalu cair.Agak-agak yea..
3. Perasakan dengan garam dan masukkan pewarna ataupun serbuk kunyit sedikit.Gaulkan biar sekata.
4. Last sekali,barulah masukkan sedikit demi sedikit isi cempedak tadi kedalam bancuhan tepung beras.
5. Bancuhan sudah menyaluti isi cempedak,dah boleh mula menggoreng.
6. Panaskan minyak terlebih dahulu.Minyak sudah panas,baru masukkan bancuhan cempedak tadi ke dalam kuali tersebut.
7. Agak garing.. terbalikkan cempedak goreng tersebut.Goreng sebelah lagi tu..
8. Setelah masak,bolehlah angkat cempedak goreng tersebut.
9.Alas pinggan dengan tisu.Sediakan tisu bagi membolehkan minyak menyerap.
10. Sedia di makan! Biji cempedak pun,boleh makan tau.Hihhhhi.. 
 
 
 Yayyy~ dah baca kan? Pergi lah cari cempedak tu.Buat minum petang pun sedap ni.Ina beli haritu 2 biji.Ehehehe.. Terliur sangat,cempedak goreng lalu lalang kat wall facebook ni kan.Cempedak goreng ni,janganlah makan terlalu banyak sangat.Angin nanti..,hihii.Lagi-lagi lawan pula dengan tea O..huhhhh! Berangin. Ina dan anak-anak sahaja yang makan ni.Suami memang tak makan.Dia paling takut angin.. maklumlah,darah tinggi.Pantang salah makan sikit jer.Dah menjadi-jadi anginnya tu.
 
 
Okay…selamat mencuba.. 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!