lifestyle

Pandangan Mengenai Dato Aliff Syukri Terlajak Laris Memuat Naik Video Isteri Semasa Proses Bersalin

Berikutan memuat naik  video Isteri bersalin,Dato Alif Syukri di kecam hebat Netizen | Ohhh! Abang Kosmetik.. Kenapa dan mengapa lah Dato Upload video ini untuk tontonan umum? 


Tahniah di ucapkan kepada Dato’ Aliff Syukri dan isterinya atas kelahiran cahaya mata yang ke 3,pada 2 hari yang lepas.Dengan seberat 3.2kg baby lelaki yang bernama Yusoffalqadarwi.Banyak video yang telah di kongsikan oleh Dato Aliff Syukri di akaun Instagram nya https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris dari proses kontraksi sehinggalah kelahiran.


video Dato Aliff Syukri






Adeii,bila di lihat video yang di kongsikan itu.Wahhh~ rasanya macam baru jer lagi Ina bersalin yang bongsu si Muhammad Arif Furqan.Walaupun sekarang Furqan hampir memasuki 2 tahun.Perasaan bercampur baur di ketika itu.Saat  ketika kontraksi berlaku sehinggalah proses bersalin.


Tapi kan,bila difikirkan memang tak patut lah di muat naik di laman sosial media.Walaupun ia menutup aurat,tetapi macam mana pula perasaan isteri beliau? Aib isterinya? Dengan muka pucat .. Si isteri sedang menahan kesakitan.Dengan ketidakselesaan si isterinya itu.Tetapi si suami? Di saat isteri sedang meneran,sewajarnya si suami hendaklah mengusap ubun ubun isteri sambil membaca ayat-ayat suci alquran bagi mengurangkan kesakitan tersebut. Dan bukannya menjerit sebegitu. 


Datin Shahida di khabarkan bersalin tanpa sebarang jahitan.. Tahniah! 



Disaat isterinya berjaya meneran baby keluar.Dato menjerit kegembiraan.Mana sikap seorang muslim..? Tiada ucapan syukur diberikan.. 


Hmm…,bagi Ina sendiri ada sisi pandangan negatif dan positif nya.Apapun kita sebagai  netizen,tak boleh buat apa-apa.Hanya mampu melihat keletah beliau sahaja.Mungkin itu salah satu cara Dato Aliff Syukri berkongsi kehidupan bersama netizen di luar sana tentang pengorbanan seorang suami terhadap isterinya yang patut suami-suami di luar sana contohi beliau.


Dan,kesimpulannya.Memang baguslah marketing Dato’ Aliff Syukri ni.Set bersalin yang di jual tu pun,nampak keberkesanan produk.Teehehehe.. nampak banyak feedback yang kata bagus. Buat isterinya..Datin Shahida,selamat melalui proses berpantang.. 




2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *