kesihatan,  lifestyle

Bantulah..Ketika di Fasa Mood Down

Assalamualaikum…

Hai,setelah beberapa hari berada dalam fasa Mood Down.Subhanallah! Betul-betul terasa di uji allah dengan kesihatan.Kali ini,Ina sememangnya seorang loser.Asyik berfikiran negatif sahaja.

Ermm,jika tidak silap.Ina di uji dengan batuk yang agak lama.Tetapi tak lah sehingga berbulan lamanya.Dalam tiga minggu batuk semakin hari semakin teruk dan berkahak.Batuk ina bersambung selepas pergi mendapatkan rawatan di Klinik Wong,Kuantan

Tetapi sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Wong,ina jatuh sakit iaitu mengalami cirit-birit yang teruk sehingga 4 hari di susuli migrain.

 

Kesihatan Di Uji

 

Di Kuantan ketika itu,dengan keadaan cuaca kejap hujan dan panas membuatkan selsema dan batuk pula datang menyinggah kepada Ina.Huhh! Ketika ini,masih lagi boleh menerima.Pelbagai jenis ubat batuk iaitu dari klinik , farmasi , dan akhirnya last choice baru lah menemui doktor klinik kesihatan.

Pada Isnin yang lepas.Ina ke Klinik Kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.Setibanya di sana,pembantu klinik mengambil sampel darah dan juga injection detect TiBi.

Yup,di klinik.Jika korang batuk sahaja.Korang akan di suspect TiBi.Huhuhu.. Seperti ina sendiri,walaupun simptom demam tiada tetap di claim sebagai berpotensi di jangkiti TiBi (Batuk kering).

Dan.., pada hari yang sama.Kiri kanan lengan di cucuk.Adeiii! Yang paling sakit,detect TiBi tu lah yang sakit.Sebab jika tak silap,batang jarum halus.Dan selepas beberapa saat jarum di tarik keluar dari kulit lengan,Nahh!!! Berbintat. Sama seperti di gigit nyamuk.Huhuhuhu!

Selepas di cucuk,sudah terasa gatal dan pedih.Staff di klinik memberitahu agar jangan di garu walau gatal macam mana pun.

 

Apa Yang Buat Ina Serah Diri Ke Klinik Kesihatan

Pada satu malam tu,Ina batuk tanpa henti.Puas lah makan ubat batuk dari pelbagai jenis.Batuk? Semakin teruk dan berkahak.Baju banyak juga lapisnya.Huuuh! Kot baju nipis,risau sejuk.Kemungkinan batuk semakin galak.Tetapi,sangkaan meleset.

Batuk semakin rancak.Asyik berulang setiap 5 minit sekali.Dan paling kerap satu minit sekali,bangun ke tandas bagi membuang kahak.Aduiii! Penat weiii.

Jam 12 tengah malam,seperti pesta batuk.Suami dan anak-anak semuanya sudah tidur ke alam mimpi masing-masing.Nak kejutkan suami,tak sampai hati sangat.Ini kerana keesokan harinya suami bekerja.Jadi..,seorang diri lah melayan batuk.

Sampai satu tahap,Ina batuk berkahak dan termuntah sebanyak tiga kali.Fuhhh! Memang penat sangat nihhh.Terasa nak pitam pun ada dah sorang-sorang. Muntah pula di hujung kaki katil.Memang tak sempat berlari ke tandas ketika itu.

 

Petua Batuk

Rasa kecewa sangat! Kali ini batuk luarbiasa.Maklumlah,batuk pun sekali pakej bersama selsema. Kahak memang aktif! Di hidung pula berhingus dan tekak pula batuk.

Setiap malam sebelum tidur,memang Ina ada amalkan segala petua bagi meredakan batuk.Seperti makan telur separuh masak,minum air masak sebanyaknya (tak mahu bagi tekak kering) dan perah limau nipis bersama kicap.Semuanya tak berhasil.

 

Segala jenis Ubat Batuk

Yup,kali ni memang ekstrem sangat.Segala jenis ubat batuk semuanya di beli.Baik klinik,farmasi dan di beli dikedai.Fuhhh!!

Ada pelbagai ubat batuk cecair hitam jenis manis,pahit,bacing dan tawar.Jenis ubat batuk pekat dan cair pun ada.Semuanya di minum mengikut dos yang disyorkan oleh doktor.

Tablet lozeng untuk sakit tekak,yang dapat tiga biji antibiotik pun ada.Ermm..

Botol demi botol berjaya dihabiskan ubat batuk.Tetapi batuk semakin rancak!

Ada satu ubat batuk tu pula,makan jer terus tidur.Mata jadi berat dan jika tak silap,ia memberi kesan buruk terhadap Ina.

Akibat makan ubat batuk,rasanya ina berhalusinasi.Bermimpi yang pelik-pelik.Nauzubillah minzalik..

 

Mood Semakin Down!

Ketika ini,kehidupan rasa tidak bermakna.Yup! memang betul.Seolah betul-betul terasa diri ni dalam keadaan tertekan.Serabut tu lain macam. Tetapi takdelah sampai nak bunuh diri itu semua.Solat masih Ina kerjakan lagi lima waktu sehari semalam.

Dan, ketika ini jugalah. Rasa ingin memencilkan diri! Tambahan lagi,suami asyik sibuk bekerja.Siang malam.. Urmm. Jika tak bekerja ofis, ada kerja sampingan pula yang menanti suami.

Mood down ni datang apabila Ina mendapatkan rawatan susulan batuk berkahak di Klinik Kesihatan.Walaupun keputusan dari Klinik belum mengesahkan ina mempunyai TiBi.Tetapi sedikit sebanyak telah mengganggu gugat fikiran Ina.

Tambahan lagi..,ada satu kisah yang mengingatkan kisah TiBi ini.Abang kepada kawan Ina ni,meninggal di sebabkan penyakit TiBi.

Airmata pula,laju mengalir di pipi.Apabila teringatkan kisah itu.Rasa memang sangat down dah..

Semasa Ina berada di fasa down ini,ada job yang terpaksa reject oleh Ina sendiri.Walaupun terasa berat hati.Tetapi apa yang lebih penting ialah emosi yang sihat sangat penting!

 

Tips lain ina amalkan ialah : 5 Cara Tangani stress

 

Beri Semangat

Alhamdulillah! Setiap apa yang kita rasai.Hendaklah di luahkan.Itu apa yang Ina amalkan.Terima kasih kepada Ciknor , Kak Azni , keluarga dan juga suami yang setia mendengar luahan hati Ina.

Sekarang..Ina sudah kembali SIHAT! Sihat dari segi mental.Tiada lagi fasa Mood down.Ehehehe.Selagi masih mengingati Allah.Insyallah! Takkan membuat perkara di luar jangkaan.

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu.Menulis diruangan blog berdasarkan pengalaman hidup.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha.Micro Influencer di Instagram @azlina6861 Sebarang Event, Collaboration,product review,sponsorship please Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *