parenting

Detik Menjadi Ibu Buat Pertama Kali

Harini adalah tarikh ulangtahun  ina bersalinkan Sara.Pada 23.7.2012 ina selamat melahirkan Sara secara Normal.Jatuh pula pada bulan  Ramadan..maknanya,,sebulan lah berganti puasa.Huhuhuhu.Bila sampai jer tarikh lahir sara..mesti moment ni akan berlegar-legar di fikiran ina.


Ketuban Air



Tanda-tanda bersalin turun pada minggu kehamilan 35 minggu.Masa tu..,pelbagai perasaan ada.Sedih dan gembira.Sedih sebab baru jer kandungan mencecah 35 minggu kehamilan,ketuban mulai pecah.Mungkin disebabkan faktor ina stress bekerja dan juga penat yang melampau.Gembira pula..,sebab tak sabar nak jumpa baby ni.


Awal pagi,iaitu selepas azan subuh berkumandang.Ketika itu,ina terlelap sekejap diatas katil.Secara tiba-tiba.Terasa seolah seperti terkencing.Lantas ina membuka mata dan menangis.Saat itu Ina panik.Maklumlah,suami takde kat rumah (solat subuh di masjid).Dengan segera..,Ina menelefon mak.Mujurlah time tu kredit tak expired lagi tau.Huhuhuhu..


Mak memesan supaya gunakan pad bagi menampung cecair ketuban yang telah keluar tu.Pada awalnya,air sedikit sahaja yang keluar.Tetapi,basahlah kain batik tu juga.Ermm,semakin dibiarkan makin lencun kain batik yang digunakan ina.Ya allah! 2 helai sudah tukar kain batik..


Yang Ina paling takutkan,air ketuban tu turun bersama helaian rambut-rambut halus.Huihhh~ Risau tau.. Menangis ina masa tu.Dahlah seorang diri kat rumah.Risau pula baby terkeluar semasa ina berseorangan di rumah.Hampir 2 jam,Ina bercakap dengan mak di telefon bagi mengurangkan ketakutan.


Panik


Apabila suami pulang ke rumah.Ina bagitahu pada suami,bahawa ina dah nak bersalin.Suami..?apatah lagi.Lagi panik dia tu,sempat pergi ke klinik ibu dan anak di Indera Mahkota masa pagi tu (7.30pagi).Dan Nurse disitu bagitahu..sudah masanya nak bersalin.lagi bertambah panik suami ina.Dengan pecut suami membawa ina ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Mujur lah pagi tu..,jalan tak sesak.Pagi Sabtu kot.. ehehe.

Hari ke 3 Warded


Mungkin anak pertama,mengambil masa yang agak lama untuk ina bersalin.Hanya pecah ketuban sahaja.Tetapi kontraksi tiada langsung.Huuuhhh~ masa ni macam-macam buat amalan yang diberikan oleh orang.Tetapi..,masih tiada tanda nak bersalin.Hampir memasuki 3 hari,ketuban hampir kering.Dan hari 3 tu jugalah,ina selamat bersalin.Alhamdulillah.. syukur tak terhingga.Walaupun banyak kali push..,Doktor bagi peluang ina untuk bersalin secara normal.


Baby Pramatang


Hampir seminggu lebih Ina dan baby di tahan di hospital.Lagi-lagi..,anak ina ni tidak cukup bulan lahir.Diklafikasikan sebagai kelahiran pramatang.Iyalah,dari semasa mengandung lagi sudah ada tanda-tanda nak bersalin (awalnya Ina minum air GAU..itu kot jadi penyebab salah satu faktor.Orang kata..,air kedua terbaik selepas air zamzam.)


6 Bulan mengandung,sudah menunjukkan tanda kelahiran pramatang.Sempatlah kena inject bagi mematangkangkan paru-paru baby.Huhuhu


Hari ke 2 ketuban pecah,barulah rasa sakit bersalin tu datang.Hmmm,boleh tahan sakitlah.Sebab itu pengalaman pertama Ina.


Saat Sara dilahirkan,dia mempunyai berat sekitar 2kg lebih.Berat tepat,memang dah lupa.Tetapi memang kecil sangatlah.Sehingga..,ada tetamu yang melawat ina dan baby masa tu..kata “Eh,kecil macam anak kucing”. 


Sifat SABAR



Sara ialah cahaya mata kami yang pertama, mengajar erti menjadi seorang ibu dan ayah yang penyabar dalam melayan kerenah nya. Dulu first time jadi ibu,Ina terkejut dan panik apabila,baby buang air besar.Ehehehe..menjerit ina dalam ward masa tu.Kikkkiki..ibu-ibu dalam ward,semua tengok ina.Hahahaha..dengan suami sekali menjerit.Najis berwarna hitam..,maklumlah.Baby pertama masa tu kan? Najis awal baby.

Membesar dengan sempurna



Sekarang Sara sudah menginjak ke angka 6.Banyak dah dia belajar untuk menjadi seorang anak yang baik dan rajin menolong mama.Boleh diharap tolong tengokkan adik-adik dia yang dua orang tu.Alhamdulillah.


Buat Ina tersentuh dengan Sara ialah..jika mama sakit ke.Cepat-cepat dia tolong mama sapu ubat.Teringat dahulu semasa mengandungkan Soffea,perut sakit.Sara yang bantu mama,sapu lotion pada perut mama bagi melegakan ketegangan di situ.Rasa lega sangat-sangat.


Mama doakan,agar Nur Iman Qhaisara menjadi anak solehah dan bijak serta dalam lindungan allah s.w.t selalu.Salam sayang dari mama.


Artikel ini,mama khaskan untuk Sara.Nanti dah besar,Sara bolehlah baca cerita mama ni yer. Iskk..tetiba jer rasa sebak.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *