anak-anak suka dofi donut,topping dofi donut

Yay,memang dah jumpa donat gebu di kuantan.Kali ini repeat lagi,tak pasti ke berapa kali berkunjung ke Dofi Donut.Petang semalam juga adalah pertama kali jejakkan ke Dofi donut pada waktu siang hari.Kebiasaaannya,kami sekeluarga makan donut waktu malam.Heeee..

Petang semalam juga adalah kali pertama juga sempat nak snap photo di kedai Dofi donut.Heee…

DOFI DONUT

Rasanya,di Kuantan ada 3 kedai donat.Tetapi berlainan jenama.Bagi pendapat Ina sendiri,Dofi ni adalah satu kedai donat yang menjaga kualiti.Buktinya, Dofi donut di cawangan Kuantan ini tekstur donat dia gebu dan tidak muak apabila dimakan.Dengan saiznya yang sebesar tapak tangan dewasa.Singgah Dofi donut ni pada sebelah malam pun,donat masih lembut lagi.

donat gebu di Kuantan,Dofi Donut,Makanan,foodie
pelbagai topping di Dofi Donut

Pelbagai topping donut yang ada di Dofi donut.Seperti Strawberry,Tiramisu,Cheese Leleh,Peanut Butter,chocolate dan pelbagai lagi.Hahahaha,banyak sangat pilihan.

Keadaan petang semalam,sangat crowded dengan customer.Fuhhh~Hampir penuh meja yang ada disitu.Mujurlah ada satu meja khas untuk kami sekeluarga seolah di book khas untuk kami sekeluarga.Ahaks! Perasan kan Ina niiii.

Dah jumpa donat paling sedap dan mengekalkan kegebuan donat tersebut.Patutlah ramai customer disini beli berkotak kotak bawa balik,Dofi donut ni yeee.

donat tersedap di Kuantan,Donat gebu kuantan,dofi donut kuantan
Mama,saya dah tak sabar ni.Asyik nak ambil gambar jee
anak-anak suka dofi donut,topping dofi donut
Soffea dah tak sabar,sampai je donat..terus ngapp.Tak pandang lain dah

Ala,sayang betul semalam.ambar semua shoot lebih kurang jer.Sebab ada ramai yang beratur.Ina pun tak sampai hati nak lama-lama dalam kedai tu.Jika diikutkan lagi,jika takde gangguan.Memang Ina akan shoot gambar sampai puashati.Mungkin makan masa lah,mungkin sejam kot.Cabaran! Kesian pula anak-anak dan suami menunggu nak makan donut tu.Hahaha~

selfie kat dofi donut

One thought on “Sepetang di DOFI Donut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!