Dungun resort, Ulek Beach Resort , Rate resort dungun
percutian Uncategorized

Ulek Beach Resort,Dungun | Resort Selesa dan Menenangkan

Ehh, akhirnya tercapai juga hasrat nak menginap di resort.Memang dah pernah berangan dulu, nak cuba pula duduk di Resort. Kali ini, Ina bersama 2 keluarga bermalam di Ulek Beach Resort yang terletak di Dungun, Terengganu

Dari Kuala Terengganu singgah ke Dungun semata-mata nak check In semalaman di Ulek Beach Resort. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bermalam disini.

Menjadi kebiasaan kami suami isteri suka sangat last minit cari tempat untuk bermalam. Hahaha, sehari sebelum nak pergi baru gatal tangan nak google mana tempat untuk menginap. Ikutkan kami nak bermalam di Kuala Terengganu jer, memandangkan Pasar Payang yang terdekat di kawasan sana.Tetapi nasib tak begitu baik, hotel semuanya penuh. Cuti Kemerdekaan kan? Haruslah full book semuanya. Fuhhh

Ulek Beach Resort

Nasib baik juga lah ada kenalan yang bekerja di Ulek Beach Resort ni. Adalah 2 bilik yang masih kosong.Rezeki betul lah ni. Kali ini kami 2 buah keluarga menghadiri jemputan kenduri di Seberang Takir. 1jam lebih juga dari Seberang Takir ke Resort ni.

Kami menempah 2 bilik iaitu jenis bilik family suite dan premium. Family suite tu best tau, sebab bilik ke belakang. Ada lah sedikit privacy. Bilik berhadapan dengan tumbuhan menghijau.Suasana malam agak sunyi dan gelap di kawasan belakang resort ini.

Room Facilities

Dalam bilik resort ni mempunyai :

Katil standard 2x,Almari dan hanger, Iron, Kettle, mugs, sachet (nescafe dan teh), bilik aircond, heated showers, dan peti ais.

peti box keselamatan, simpan duit dalam peti box
Okay,simpan duit dalam peti box ni yea. Barulah selamat
suasana tandas resort, bilik resort yang bersih,percutian
mandian, syampoo, hair cleansing,body shampoo
ada 4 botol mini hair shampoo dan bath essence
jakuzi, tab mandi
jakuzi di resort Ulek Beach Resort

Masuk jer bilik, tumpuan utama anak-anak ialah tandas. Mereka akan check terlebih dahulu tandas jenis apa. Apa kelebihan tandas kat Resort ni. Dan memang excited lah anak-anak Ina bila lihat tandas di sini.

Tab mandi yang serba moden macam ni. Ala-ala jakuzi. Memang best. Puashati anak-anak mandi.Dilengkapi 3 jenis pancuran air. Di tab mandi ada 2 jenis dan atas jenis pancuran jenis biasa. Best sangat..

Sesungguhnya tandas dalam bilik resort di Ulek Beach Resort ni jenis moden. Tandas tidak menggunakan batang paip. Air untuk mencuci keluar di bahagian bowl.

Kebetulan masa booking bilik tu,semua bilik dah penuh. Jadi, terpaksa lah pilih bilik premium. Mempunyai 2 katil saiz standard sahaja. Huhuhu, nasib baiklah Sara dan Soffea tumpang tidur dalam bilik mak abah. Bilik tu pun premium juga cuma ada tambahan extra bed.Alhamdulillah, muat lah tidur.

Entri lain : Pantai cantik di Dungun

Selepas check-in, untuk melalui ke bilik resort. Akan melalui depan kolam renang ini dahulu. Anak-anak dah menjerit dah, excited nak mandi kolam. Adeii~ walhal masa tu kami check-In pun dah lewat petang.Sepatutnya jam 3 petang dah boleh check-in resort.Tetapi kami shopping di Pasar Payang terlebih dahulu,makanya jarak perjalanan dah mengambil masa selama 1 jam setengah. Terpaksa lah..

Kolam renang ni pun dah dipenuhi tetamu resort petang tu. Plan nak mandi malam, tetapi takde pula orang kat sini.Ehehe~ seram lah.

Keesokan hari, jam 7.30 pagi kami dah turun ke kolam renang. Risau full je nanti.Mak, abah, adik-adik , anak-anak dan suami sambil sarapan pagi depan kolam renang tu. Memang santai habis lah. Tenang je suasana masa tu tau.

staycation di Resort,breakfast di resort, harga menginap di resort dungun
Breakfast di Ulek Beach Resort

Sarapan pagi di Resort ni mempunyai pelbagai pilihan makanan.Sorry, gambar memang tak sempat ambil. Sebab masing-masing kelaparan. Ina pula dah 2 kali angkut makanan kat sini.Ehehehe~

Ohh, yea. Sorry sangat-sangat. Gambar tak banyak sangat ambil. Sebab kebetulan cuti merdeka ada majlis perkahwinan di Resort ini.Agak serabut. Crowded, dah tak nampak kat mana signboard. Ada hiasan-hiasan yang mengacau kat sini. Kecewa lah sikit. Huuuuuuu.. Pesan Ina, korang nak datang sini jangan pilih tarikh cuti umum.Nanti macam Ina ni. Tak best.. Checkout pun terpaksa awal, sebab taknak serabut dengan majlis disini.

Harga penginapan kami di Ulek Beach Resort ..

2x bilik Standard , 1x extra bed = RM 530 ( 1 malam )

Jom, tonton video semasa kami sekeluarga berada di Ulek Beach Resort

Video di Ulek Beach Resort

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman website Ulek Beach Resort

website : https://www.ulekbeachresort.com.my

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

1 Comment

  1. […] entri lain : Ulek Beach Resort, Dungun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *