Be Happy

ekzema,anak ekzema

Ohhh,EKZEMA anakku ini | Sungguh tak sangka,sebenarnya Sara anak sulung Ina yang kini berusia 7 tahun baru sahaja disahkan mempunyai penyakit kulit iaitu Ekzema.

Sebenarnya,di usia 6 bulan lagi Sara sudah pun mempunyai alergik telur.Satu hari itu,ada benjolan semacam bisul yang timbul di permukaan kulit pada bahagian belakang leher Sara.Waktu itu,Ina tak kisah sangat lah.Kan.. bisul jer.Tunggu dia pecah sendiri.Ketika itu,langsung tak tahu lagi bahawa Sara ni alergik terhadap telur.Dan satu hari,Sara ni makan banyak telur rebus..(makan pun sebab menghadiri kenduri kahwin,jadi memang banyak la dia ni habiskan telur tuu).

Keesokan harinya,benjolan seperti bisul itu bernanah dan semakin membesar.Kesian pula, semasa Sara berusia 6 bulan.Ina memang sedikit sibuk,mengejar duniawi.Aktif berniaga.. em,memang kesian sangat.Lagipun waktu itu juga,Ina sudah berhenti kerja.Jadinya,memang kerja bekerja kejar sales 2-3 kali ganda lah.Kadang tu,mak yang banyak membantu menguruskan Sara.Allahu! Terasa memang belum layak menggalas tugasan sebagai seorang ibu ketika itu.Alhamdulillah,sedikit demi sedikit allah bukakan pintu hati untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Dan keadaan benjolan itu semakin teruk.Akhirnya ia pecah dan menjadi kudis.Bagi anak amalkan minuman untuk masalah kulit sensitif,Masa tu langsung tak tahu Sara mempunyai Ekzema.Sudah ke klinik,tetapi doktor bagi ubat sapu sahaja.Katanya sejenis bisul..

Disahkan EKZEMA

Selepas hampir sebulan,benjolan itu sembuh dan hilang parut.Beberapa tahun ia muncul kembali.Dan pada penghujung tahun 2018,barulah penyakit kulit sensitif Sara itu diklafikasikan sebagai masalah kulit Ekzema.Dusshh! Terasa batu besar menghempap dada ketika itu apabila doktot pakar kulit mengesahkan Sara mempunyai masalah Ekzema.Sebelum ini hanya mendapatkan rawatan di klinik-klinik biasa sahaja,tetapi entahlah.Terdetik hati suami bawa anak terus ke klinik pakar kulit di Kuantan.Segalanya terungkai jawapan kepada kulit Sara yang begitu alergik atau bertindak balas dengan udang,sotong mahupun makanan laut yang bercengkerang.

Seperti MELECUR

Ingatkan Sara mempunyai penyakit kurap.Rupanya Ekzema,itulah yang berlaku terhadap Sara apabila kulit bertukar menjadi ruam dan mengalami kegatalan kulit.Asyik menggaru.Tetapi apa yang peliknya,jika betul Sara ada masalah kurap,kenapa mama dan adik-adik yang lain tidak berjangkit.Betul tak korang? Kebiasaannya,penyakit kurap jer yang berjangkit kerana berkongsi tuala dan juga pakaian betul tak? Ini yang membuatkan bertambah pelik lagi tentang penyakit kulit ni.

Sebelum dapat tahu akan penyakit Sara sebetulnya ini.Ina sapu pula dengan ubat kurap.Adeeeii~ kesian sangat Sara.Mama memang tak tahu dan panik ketika itu,sehinggakan sel-sel otak mama ni dah tak boleh berfikir nak google ke apa punca masalah penyakit Sara itu.Lastnya,kulit Sara seperti melecur setelah di sapukan dengan ubat cap kaki tiga tu.Ubat tu khas untuk kurap dan panau sahaja.Pfffffft~~

Jangan Pandang Seakan GELI

Okaylah,korang jika ternampak budak-budak mahupun dewasa yang mempunyai masalah kulit terutamanya ekzema ni.Tolonglah jangan pandang seperti geli atau buat mimik muka seperti geli.Tak baik tau,pandang hina begitu.Sedikit sebanyak,korang dah buat mereka yang mempunyai masalah tersebut jadi kurang berkeyakinan diri.Sedih tau! Dan satu lagi jangan pulaukan mereka ni.

Ehhh,tetiba teringat satu ketika dahulu.Kejadian semasa Ina dan Sara baru sahaja selesai makan kenduri dan ingin bersalam dengan tuan rumah serta pengantin perempuan.Yang sedihnya,pengantin perempuan tu boleh pula dia berbisik pada anak saudara yang kecil dengan berkata “tengok tu.. eeeeei,geli kan?” Errrmm,sampai sekarang masih lagi terngiang di telinga Ina walaupun ia beberapa tahun lalu.Dan Pengantin perempuan itu pun sudah meninggal dunia.Tetapi amat berbekas di hati Ina selaku ibu kepada Sara.

Dan,bagi mengelakkan masalah ekzema semakin berlarutan.Ina mengawal pemakanan sara tentang pengambilan makanan laut.Hmmm,walaupun doktor sendiri yang bagitahu bahawa,tak perlu berpantang makan makanan laut.Tak mahu dah berlarutan.. sekali pergi ke klinik pakar kulit pun sudah mencecah RM 80.00 hanya untuk 2 jenis ubat sahaja iaitu krim sapu dan makan.

Bukan itu sahaja,dari segi penjagaan pakaian iaitu detergent dan minuman susu.Ina berikan Sara Lazz susu kambing sahaja. Untuk pengetahuan korang,ekzema Sara ni menyerang pada bahagian badan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!