product review,sponsored post,sponsorship,collaboration blogger
beauty tips

Elak kulit kusam | Amalkan tips kecantikan (rutin penjagaan) wajah ini

Assalamualaikum

Terpanggil untuk menulis tips ini.Tips bagaimana ingin dapatkan kulit bersih dan tidak kusam.

Sebenarnya,nak dapatkan kulit bersih bebas jerawat mudah aje.Semua bermula dari sikap kita,samada malas atau rajin untuk membelai kulit setiap hari.Jika rajin,dapatlah memiliki kulit flawless bak kulit tomato ni.Tetapi jika sikap malas lebih menguasai diri,blackhead dan whitead ada di muka.Janganlah pula merungut..ehhehe.

Walau kulit Ina tak putih.Tetapi Ina ada satu tips perkongsian yang ingin dikongsikan kepada korang semua.Antaranya ialah:

Rutin penjagaan kulit agar bersih

Pore Purifying Serum Clenser : Pencuci muka yang Ina gunakan sekarang.Rasanya,ini adalah pencuci muka yang Ina paling berkesan setakat ini.Ia bertindak 2In1,pencuci muka yang begitu berkesan dalam mencuci sisa mekap pada wajah.

pencuci muka penanggal mekap,serum cleanser

Scrub muka Setiap Minggu

Dalam seminggu akan lakukan 2 kali untuk rutin ini sahaja.Scrub yang Ina gunakan adalah dari Innisfree iaitu Pore Clay Mask. Yang ni pun sedap jer bila sapu pada muka,muka akan terasa efek nyaman dan berangin.Tunggu sehingga 1 minit atau sehingga mask betul-betul kering,baru lah muka tu boleh disental.Kemudian baru lah cuci muka.. dan apa yang best lagi tentang Pore Clay Mask ini ia juga bertindak mencerahkan muka.Ehehehe.. segala whitehead dan blackhead pun berkesan tercabut semasa proses menyental tu. Tak mahal pun,RM 45.00 jer.. jimat sangat!

scrub muka,scrub muka untuk cerah kulit,clay mask korea,produk innisfree

Pobling cara mencuci muka dengan bersih

Seterusnya,Ina gunakan beauty device ini pula.Yup,terdapat banyak sangat perbezaan bila cuci muka dengan menggunakan tangan.Walau kita dah cuci muka dengan menggunakan pencuci muka sekalipun,masih terdapat lagi sisa kotoran mekap yang masih melekat di muka dan seterusnya menyebabkan liang pori tersumbat.Dan sangat berbeza kulit Ina selepas menggunakan pobling ni tau.Pakai krim muka pun dah tak bercapuk lagi.. bila muka betul-betul bersih.

pobling,beauty device,berus cuci muka
pobling

Kat mana Ina beli? Beli di althea.Semua barangan diterbangkan khas dari Korea.Harga pun berbaloi beli.

Sedut Whitehead / Blackhead

Satu lagi,beauty device yang Ina gunakan adalah remover blackhead dan whitehead.Digunakan setiap hari pun boleh.Tiada pantang larang.Kulit memang bersih lah,bebas dari blackhead dan juga whitehead di sekitar muka.Selain itu,dapat massage muka juga dengan beauty device ini.

Ohhh,satu lagi.. setiap malam sebelum nak masuk tidur,Ina massage muka dengan aloe vera soothing terlebih dahulu.Bagus juga untuk pulihkan sunburn tu.Bangun esok pagi,lembut dan kekal moist kulit.

Okay,sekian perkongsian dari Ina.Ini semua adalah rutin harian dan mingguan penjagaan wajah Ina.Kita spa di rumah sahaja,hihi.Nak cut cos kan? Hihihi.Yang penting,sikap rajin itu yang mendatangkan hasilnya.Hihihi.Dan,sekarang ni juga.. kulit muka Ina dah tak perlu lagi tempek tebal-tebal foundation.Cukup sekadar ada cc cream dengan krim spf aje untuk muka.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

2 Comments

  1. Avatar

    Teringin nak ada pobling cleanser tu juga

  2. Avatar

    Pore Clay Mask tu best !! Sejuk dan nyaman je rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *