parenting

Pengalaman Menghadiri Event Parenting Blogger

Pengalaman Menghadiri Event sebagai Parenting Blogger | Alhamdulillah,macam mimpi sebenarnya bila dapat jemputan untuk menyertai event pelancaran supplemen tambahan kanak-kanak iaitu CHAMPS. 

First time juga menggunakan mirrorless camera sebagai medium penting untuk snap photo dan rekod video.Biasanya kamera Ina hanyalah snap untuk produk review sahaja.Kali ni di event.

Ina
bersama blogger ninamirza,selfie bersama blogger
Selfie skit

Oleh sebab event ini bersama anak-anak,makanya Ina dengan ini hanya menggenakan t-shirt sponsor sahaja iaitu dari ZY PYTO Trading.T-shirt berlengan panjang yang sangat selesa.Mudahlah nak kejar anak-anak nanti.

T-shirt ini juga ada tulisan dan logo team Kelab Blogger Ben Ashaari.Ada kartun comel di depan dengan tulisan kembara KBBA9.

Launching Champs,Event champs,Guardian,Supplemen kanak-kanak,Champs terbaru,ever
Champs Vitamin C With Zinc Plus

Sesudah sampai di event tersebut,terus mulakan kerja dengan snap photo sana sini.Nasib baiklah sampai awal disana.Jam 11 pagi kami sampai tau.Erm,tetapi nak boleh jumpa pentas Champs ni,jenuh.Memang bercinta sangat.

One Utama Mall ni sangat besar,cari starbuck pun dalam ni memang tak jumpa.Ehh,bukan Ina lepak Starbuck lah.Cuma pergi collect hamper Champs ni aje.Rupa-rupanya,dalam One Utama Mall ini mempunyai 2 starbuck yea.Hahaha,jenuh.


Event Champs bersama Maskot Didi and Friends di One Utama Mall

Nasib baik sangatlah,jumpa troli kat tepi kedai emas itu.Terus ambil dan gunakan.Letakkan Soffea dan Furqan tu ke dalam troli.Alhamdulillah,jika takde troli ni,mau mengamuk anak Ina yang kecil tu.Letih berjalan.Ina pun dah tak larat nak dukung tau.Fuhhhh~

uji vitamin Champs,pelancaran supplemen CHAMPS di One Utama Mall
Salah satu gambar yang di snap semasa majlis pelancaran CHAMPS di One Utama Mall

pilihan mama CHAMPS Vitamin
Piilihan mama ialah vitamin CHAMPS untuk anak-anak

Dulu masa adik-adik kecil.Abah belikan CHAMPS ni lah.Kini Ina pula menyambung tradisi mengamalkan vitamin Champs ini.Ia mudah diamalkan sebab ia berbentuk tablet yang perlu dilarutkan ke dalam air.

event bersama blogger,rakan bloggers ,Kelab blogger ben ashaari
welfie

Yang kecil kat depan tu,memang pantang diajak untuk selfie.Free style katanya tuu. Mama pula,automatik kepala senget setiap kali selfie.Hahahaha..

Gambar ehsan dari ninamirza

Meriah tak? Ini bergambar beramai-ramai bersama KOL.Mak-mak dan anak-anak semuanya happy di majlis pelancaran CHAMPS ni. Enjoy sangat tau,ada game, sesi bergambar bersama maskot dan juga sesi menari bersama maskot.

Event pula berakhir pada jam 4 petang.Seronok sangat.Event habis,terus Ina dan anak-anak pulang terus ke Kuantan. Kami pergi balik hari sahaja.Tak menginap pun,lagipun suami tak ikut ni.

Korang jika nak tengok lebih update mengenai event CHAMPS ini boleh ke Instagram : @azlina6861

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!