lego, arif turn 3
parenting

Moga kamu Membesar dengan Bijak dan sihat | Furqan 3 Tahun

Buka jer Facebook, naik memory pada tarikh 15 Oktober. Tarikh ini sangat penting bagi Ina sebagai seorang ibu.Iaitu detik-detik semasa melahirkan anak yang ke-3.

Flashback Sewaktu 38 weeks Mengandung

Sebenarnya contraction sudah datang malam sebelum 15 Oktober 2016,huhu.Tetapi contraction pada malam itu masih main-main. Malam tu juga Ina pergi jalan-jalan sekitar Pantai Teluk Cempedak bersama keluarga.Sempatlah round satu kali di pantai. Nak cepatkan bukaan sahaja sebenarnya.Sambil tu juga, baru selepas dinner western. Baby nak makan, ahaks~

Contraction makin kerap dan kuat

Hohoho~ masa ni memang tak boleh dibayangkan macam mana. Celik sahaja pagi tu, memang dah berniat nak ke hospital. Nak serah diri sudah, 38 weeks.Kali ini anak yang no – 3 berjaya capai ke minggu 38 pula.Hehehe.. Betul-betul masak dah ni orang kata.

Pada pagi tu, suami baru bersiap untuk keluar bekerja.Hari Sabtu ketika itu, kerja sendiri.Jadinya memang suami bekerja. Plan asalnya nak serah waktu tengahri, sebab nak makan lagi puas-puas. Tetapi, semasa nak mandi bersihkan badan pada pagi itu. Jika tidak silap jam 8.00 pagi, contraction yang sangat kuat. Masyallah! tak pernah seumur hidup mengandungkan anakanak contraction yang begitu kuat begini.

Bayangkan bagaimana.. nak berdiri tegak pun tak boleh dah ketika dalam tandas ketika itu. Contraction dia ni sakit dari pinggang ke atas.Lepastu dari atas sakit ke pinggang pula. Iskhh~ berpeluh masa ni tau. Nasib baik masa ini, mak ayah duduk sekali bersama Ina. Jadinya mak lah yang banyak membantu Ina ketika ini. Mak suruh bertenang, ingat allah.

Masa ni juga lah, mak suruh minum air rebusan akar fatimah. HIhihihi~ disebabkan pengalaman anak pertama dahulu. Jadinya Ina sudah tak berani nak minum air rebusan akar fatimah ni. Hanya menyapu pada perut sahaja.Tetapi mak aiiiih~ kuat giler contraction masa ni tau.

Pergi ke hospital tengahari, doktor cek bukaan VE. Dan kata doktor 3cm ketika itu, tetapi baby masih diatas.Masih belum masuk laluan lagi. Sedih sangat tau. Dan jika tak silap Ina di ketika itu doktor pelatih agaknya. Dia bantu turunkan kepala baby dengan kaedah menarik kepala baby dari luar perut. Agak sakit, tetapi redha sahaja. Berserah sahaja ketika itu dengan harapan, boleh bersalin dengan normal ketika ini pada hari yang sama.

Beberapa minit ( mungkin hampir sejam macam tu) doktor cek kali ke-2 dan bukaan sudah ke 4cm serta darah sudah mulai banyak yang turun beserta lendir. Masa ni dah bersyukur sangat dah. Tak perlu operate,boleh normal. Lebih kurang jam 6.30 petang, selamat melahirkan baby boy. Memang tak jangka anak lelaki kali ini sebenarnya.

Masa ni menangis suami, memang dia inginkan anak lelaki sangat. Ina pula? Sangat bersyukur, terasa seperti baru memiliki anak.Walhal ini anak yang ke-3. Rasa syukur dia tu lain macam. Sepanjang malam semasa di wad hospital pun Ina tak tidur, asyik berzikir tanpa putus untuk baby boy ni tau.

baby boy, selamat hari jadi Furqan
Furqan di usia 3 bulan

Gambar semasa baby rasa macam takde snap pula.Hihihi~ masa tu memang nak surprise kan orang sekeliling.Sebab kebanyakan yang meneka katanya baby yang sedang dikandung Ina adalah anak perempuan.

Dengan ucapan semoga anak mama ni Muhammad Arif Furqan menjadi anak yang soleh serta membesar dengan bijak. Happy birthday Furqan ke 3 tahun! Malam ni kita makan malam di luar jee. Takde sambutan birthday party pun. Cukuplah sekadar kami sekeluarga pergi makan di restoran dan ada potongan kek . Itu sudah cukup memadai. Hidup kami amat simple. Tidaklah membazir.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *