lifestyle

Happy Birthday Buat Suamiku

Assalamualaikum…

 
Apa yang di rancang,tak semuanya menjadi.Seperti planning surprise birthday suami lah,GAGAL! Sedih gila.Hmm..
 
surprise birthday

Sambutan Birthday Berbeza

First time buat surprise macam ni kat suami tau.Hhihihi..Sebelum ni,hanya beli kek jer.Bosan kan? Tetapi kali ni luar biasa lah.Walaupun tiada kek,tetapi ina tetap ada surprise untuk Mr.Z tu.Harap tak bosan lah dia.
 
 
 

Tepat Jam 12.00 malam

 
 
Kali ni..,lain dari lain sebelum-sebelum ni nak celebrate.Celebrate birthday Mr.Z tepat jam 12 pagi iaitu ia jatuh pada hari Jumaat malam Sabtu (22.9.2018).Planning ni  seminggu sebelum tarikh Birthday tu.Sebab bila teringatkan Mr.Z ada job this weekend.Terpaksa lah serba awal..hihii.Kacau pula kalau hantar surprise ni kat tempat dia buat kerja (maklumlah suami ni technician pasang barang kat rumah client,memang tak sedap lah tak nampak eksperisi  muka Mr.Z tu macam mana).
 
 


Celebrate Birthday di Pizza Hut

 
 
sambutan birthday di PIZZA HUT
 
 
 
Jumaat malam sabtu,kami makan-makan di Pizza Hut.Pizza Hut jer yang kena dengan tekak kami sekeluarga.Hihihi.. Lagipun favourite suami Pizza Hut tu.
 
 
Order 2set pizza Regular didatangkan sekali bersama 4 jenis air + mushroom soup (4)+ garlic bread + jejari ayam + 4 aiskrim .. Ohhh.Heaven betul dinner malam tu.Anak-anak lah paling gembira.Hehehe.. Set yang kami makan ni berharga RM 80.XX
 
 
 
 
 
Tadaaaa! Setiap kali order pizza,mesti akan Add ON crust..extra cheese.Huiiihhh..Topping favourite suami Super Supreme dan Chicken Supreme.Ehehehe..
 
 
Extra cheese
 
 
 

Siapa yang kena SURPRISE niii?

 
 
Haaaa…,yang ni sedih sangat-sangat.Beberapa minit seller surprise delivery hantar ke rumah surprise itu.Tak sampai 10 minit..,Ina baru jer nak letakkan Surprise jambangan coklat tu tepi dinding bilik.Tiba-tiba belon tu meletup dengan sendirinya… Hmmm…,lastnya..,ina lah yang kena surprise kan? Suami sempat pegang beberapa saat jer jambangan coklat tu.Huhuhu.Memang tak sempat untuk selfie langsung.Gambar di atas tu..,seller yang hantar whatsapp.Huhuhuhuhu..
 
 
 
Semoga ulangtahun kelahiran kali ini,Mr.Z sentiasa di murahi rezeki serta di lindungi allah s.w.t selalu.Dan bahagia bersama kami ini.. 
 
 
Alhamdulillah.. seronok bila tengok suami pun gembira dapat surprise macam ni.
 
 
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *