happy birthday,Nur Wardina Soffea,Amalan mudha bersalin
parenting

Flashback ! Happy Birthday Soffea. Suka Duka Mama Semasa Mengandung dan Berpantang

Assalamualaikum..

  Happy Birthday Nur Wardina Soffea | Bila tarikh 18 April tiba,mula berlegar segala memori pada hari tersebut.Dan korang tau tak? Ina berjaya melahirkan baby perempuan yang comel pada tarikh tersebut.Alhamdulillah..

Diuji Sepanjang Mengandung

Nak dijadikan cerita,sangat lah terganggu emosi ketika mengandungkan zuriat ke-2 ini.Fuhhhh~ panjang kan tarik nafas tuu. Kisahnya ni pun,silap-silap boleh masuk drama jalan penceritaan ni tau.

Sepanjang mengandung,airmata memang murah betul.Ada jer yang menitik.Sangat sensitif tau perasaan Ina tika ini.Tak kisah lah,dengan suami ke.. tak dapat makanan ke.. hajat tak dapat dipenuhi ke. Airmata laju jer turun..hahaha. Penangan mengandungkan baby girl.Betulll!

Awal kandungan dah bleeding.Ermm,itu sebab terlalu ikutkan tekak sangat.Baby dalam perut suka makan pedas tau.Sudahnya ni..,bila Sofea dah besar dia pulak tak suka makan pedas. Erkkkk…

Bleeding bukan biasa-biasa

Iya,jenis bleeding seperti ingin keguguran.Nauzubillah minzalik, betul.Tak tipu. Memang macam betul gugur.Hampir sebulan turun darah.Tetapi tak lah macam period tu kena pakai pad.Ini darah keluar seketul,.kadang-kadang lendir darah dan ada masa seperti senggugut.Bayangkan lah, ada simptom kekejangan kaki.

Bila checkup di klinik.Doktor bagitau,dah takde baby.Kantung sahaja.. diri Ina ni siap jadi bahan ujikaji doktor.Kamera masuk di bawah bagi mengesahkan sama ada betul atau tidak kandungan tu tak jadi.Kamera tak dapat detect!

Sebelum ke hospital,dah refer ke klinik swasta 2 kali dan hospital swasta pun meminta lakukan segera proses mencuci. Tetapi naluri seorang ibu kuat,Ina tunggu selepas seminggu.Hajat nak lakukan proses DnC di WYKO,sebelum proses dilakukan.Doktor Cina scan terlebih dahulu,dan alhamdulillah. Kuasa allah! Ada heartbeat berdenyut. Allahuakbar! Suami menangis-nangis depan doktor dan automatik suami sujud sambil berdoa dalam bilik rawatan tu jug secara spontan.

Jadinya, memang tak lakukan proses DnC tersebut.Doktor cina pun marah, dia tanya kenapa perlu gugurkan baby ni? Allahu…

Emosi Terganggu

Disaat ini,emosi sangat terganggu.SEhinggakan masih bleeding kandungan Ina ni.Yang aniaya Ina,diharapkan ada kifarah apa yang berlaku ketika itu.Suami sentiasa disisi ketika itu.Lagipun Allah ada kan? Nasib baik baby kat dalam ni selamat.Dan Soffea pada hari ini sudah berusia 4 tahun

Mudah bersalin

Paling mudah bersalin kali ini.Apa yang Ina hajatkan,allah izinkan.Iaitu nak bersalin semasa suami cuti.Alhamdulillah,dikabulkan allah.Tengahari jumaat dah ada simptom nak bersalin iaitu rasa senggugut dan lesu.Dan satu lagi,berak tanpa sedar,hahaha.Sedar-sedar dah ada najis pada panties.Hikhikhik..

Check In hospital selepas isyak ,doktor check bukaan vagina ( VE ) sudah 5cm ketika itu,terus masuk labour room jam 12 malam. 1.40 pagi dah bunyi suara baby.Alhamdulillah,syukur sangat!

Ujian Lagiiiii Ketika Berpantang

Hari ke-2,Nur Wardina Soffea mula menunjukkan tidak sihat.Cirit birit yang luar biasa.Dalam hati dah tak sedap,tetapi sebagai ibu yang masih dalam pantang.Cuma buat tak tahu,abaikan segala yang bermain di benak fikiran.

Pada waktu malam, 10 pampers asyik kena tukar.Bayangkan macam mana.Ermm,dengan pusat pula yang bermasalah.Rupanya ada kaitan pusat dengan masalah cirit birit tu.

Hancur hati seorang ibu,apabila Soffea tak normal. Hernia pusat! Yeah…,kemungkinan terkenan sewaktu mengandungkan dia.Ada satu tabiat yang Ina suka main belon dan suka sangat tekan-tekan belon pada bahagian tiup tu kan.Ada bunyi.. dan,macam tulah juga pusat Soffea. Pusat Soffea timbul,sebiji sama seperti belon pada bahagian muncung belon tuu.

Dalam pantang hari ke berapa,entahlah. Pusat dia berjaya turun.Alhamdulillah,korang baca kisah kat sini yea

4 Tahun Usia Soffea

kanak-kanak 4 tahun,parenting

Alhamdulillah,Soffea sudah normal.Pusat dia dah tak macam dulu lagi,jika berlarutan,doktor nak operate.Semoga kamu menjadi anak solehah dan bijaksana.Sudah-sudahlah manja,hihihi.Sebab tengok dia lebih status dari adiknya.Hermmm,selalu kena buli dengan adiknya si Furqan yang berusia 2 tahun 7 bulan tu..

Permintaan birthday girl kali ini dia nak kasut tumit haaa. Berapa inci nak tu yeee Soffea? Nanti mama carikan.Soffea suka minta dengan mama.Takut kot nak minta dengan abah nya itu.Huhuhhu… Okay, duit abah juga yang geraknya.Hihihih..

Kali ni,kek takde.Tak tahu lah tu.Sebab abah dia suka surprise.Ermmm,Soffea nak kek Princess tau! Harap abah baca lah hasil nurkilan mama ini.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *