grand continental hotel,  kuala terengganu,  review

Grand Continental Hotel > Kuala Terengganu

Sesudah kami pulang dari majlis sambut menantu di BERA pada hari sabtu lepas.Kebetulan sangat, adik bongsu pula ada sesi temuduga di Marang.Hajat di hati, kami memang ingin pergi balik hari sahaja. Entah bagaimana, kakak ina yang dari Johor itu pulang..bagi menghantar adik ke Marang ,Terengganu.Kami laki bini, memang sudah tidak mahu pergi.Sebab sudah ada yang hantar.Hendak dijadikan cerita, Alhamdulillah..suami ina terus cakap. Jom lah,, besok kita pergi ke Kuala Terengganu ya.. Dalam hati ina ( emm,yealah tuh.. propa aje lebihh..)


TEMPAHAN BILIK HOTEL MELALUI EXPEDIA.COM.MY




Keesokan harinya, kami bersiap dahulu.Last minit, baru google …cari hotel area Terengganu.Kami daftar di Expedia.com.my .Sebelum ni, kami suka menginap di homestay aja jika travel ke mana mana. Tapi bila di fikirkan harga lebih kurang sahaja.Hotel menjadi pilihan kami.. Dan tempat untuk kami berehat  itu ialah Grand Continental Hotel. Lokasi hotel ini sangat strategik,iaitu di tengah bandar.Hanya beberapa minit ke pasar payang,di kelilingi kedai kedai makan dan 20 minit ke Pantai Batu Buruk.


Grand Continental Hotel Kuala Terengganu

 

PILIHAN BILIK  

 
Standard Twin Room, 2 Twin Beds 
 
Ina request bilik yang bukan untuk smoking… (bebas bau asap rokok) iaitu di tingkat 9

KELEBIHAN MENGINAP DI GRAND HOTEL CONTINENTAL,KUALA TERENGGANU

 
Setiap bilik Dilengkapi Toilet yang mempunyai Bathtab, bilik mandi peribadi, TV skrin rata,Wifi , pengering rambut dan penyaman udara.
 
 
Antara kemudahan lain yang di tawarkan ialah Wifi percuma, kolam renang luaran, parking percuma, Pusat kecergasan (gym), dan khidmat pembersihan. Yang paling best sangat sangat.. Grand Continental Hotel ini mempunyai pemandangan laut..Syok sangat!

 
Haritu, ina tak sempat nak peergi ke kolam renang tu bawa anak anak, sebab sibuk kejar masa lagi.Mklumlah, nak cari keropok lagi.. ada orang tu dari rumah lagi asyik nak ke pantai batu buruk. Kikkikiki.
 
 
ruang menunggu 
 
 
 
dewan makan hotel grand continental




 

 








lift  






tandas yang selesa..mempunyai bathtab



Anak-anak seronok sangat mandi di toilet ni tau.Lain dari lain katanya.. hahaha. Tapi memang tak puas kalau menginap hanya semalam sahaja di sini.Banyak lagi tempat menarik yang boleh di kunjungi di  Kuala Terengganu.

Untuk sebarang tempahan Hotel Grand Continental,Kualla Terengganu, bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah :
 
 

Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, City Centre, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *