Sebenarnya,ternampak status blogger yang update tukar template blog.Kebetulan,memang Ina nak sangat tukar template dari bulan lepas.Dan,lepas Ina stalk fb Mai,tetiba rasa.Eh,macam sesuai lah,nak cuba pula guna khidmat orang lain.

Tak sampai lagi setahun tukar template blog.Kali ini bertukar lagi template ina.Kali yang ke 3 ni.Ehehehehe.. Alhamdulillah,dapat juga template begini. Tak serabut.Jenis Ina tak suka bewarna warni..,untuk blog sendiri.Tetapi jika blog orang lain,suka jer tengok blog warna warni.

Template blog simple

Nampak sangat kan,pengaruh mak mak.Tak suka dah warna warni ni.Bunga-bunga pun tak suka.Jadi,Ina memilih template kali ini jenis simple tetapi kemas.Hitam putih tema pilihan.

Yang paling penting,mesra pembaca.Memudahkan pembaca untuk scroll


HEADER BLOG


Betul-betul simple,kena dengan citarasa ina.Cakap jer nak blog macam mana,nanti Mai akan cadangkan dekat korang yang mana sesuai.Nak jenis macam mana,berbunga ke kartun ke apa.Hihihihi.. 


PEMBACA KELIRU

Ina gunakan header blog atas nama ina dahulu.Sebelum ini,ina gunakan nickname ini di facebook.Sebab rindu,ina gunakan kembali.Url blog ina itu,nama anak Ina.Taknak kelirukan lagi para pembaca di blog Ina ini,sebab ada yang mesej panggil ina dengan gelaran nurimanqhaisara.

Pelaburan demi suatu blog

 
Ina tak kisah,minat punya pasal.Dapat apa yang kita idamkan.Lepas ni memang dah tak perlu risau lagi mengenai blog.Dah cantik! eheheeh..sorry..terpuji blog sendiri pulak.Lagipun,blog tempat cari makan.Mestilah kena cantik-cantik,peluang tinggi lah untuk client pilih.
 
Tetapi memang sangat puashati.Selalu tengok blog orang jer kan cantik-cantik.
 
 
 

Edit template blog berbaloi

 
 
Bagi Ina,harga yang di tawarkan oleh blogger Mai sudah cukup murah serta berbaloi.Dan,alhamdulillah.Mudah untuk bekerjasama dengan dia.Kerja pun cepat siap.Lancar jer,tanpa halangan.. Mungkin rezeki ina dengan mai kali ini.
 
Adsense Ina pun,Mai sudah tukarkan kembali kepada non hosted.Selepas tukar domain bulan lepas.Adsense sudah tak keluar lagi.Sedih betul.. Sekarang tunggu emel dari pihak adsense sahaja.
 
Terimakasih banyak Mai..Sebab tolong setting sekali dengan adsense yang tak aktif itu.Moga murah rezeki awak lepasni.

Okay,jika sesiapa nak tukar template blog atau edit blog.Bolehlah cari Maizan
 
 



5 thoughts on “Ini kali terakhir tukar Template BLOG!

  1. Sekarang juju perasan, konsep hitam putih semakin di gemari oleh rakan blogger…cantik dan sedap mata memandang blog ina ni tau…seperti macam baca blog juju sendiri…juju suka yang simple dan tak nak dh fikir tukar template lg hehe…tahniah ina!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!