lifestyle,  Uncategorized

Slot Akasia TV3 ( KAMAR KAMARIAH )


Sinopsis Cerita Kamar Kamariah

Mengisahkan seorang wanita(GRO) dianiayai oleh sahabatnya dengan memasukkan dadah ke dalam minuman Kamariah semasa dia berada di kelab disko.Maka bermulalah peristiwa hitam berlaku keatas dirinya.

Kamariah dijodohkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki alim Murad lakonan dari Fizz Fairuz.Murad dikenali sebagai seorang pemuda yang baik dan alim didalam kampungnya.Pada mulanya,bapa Kamariah tidak bersetuju dengan menjodohkan anaknya Kamariah dengan Murad.Murad digelar pemuda liar,walau bagaimanapun ibu Kamariah mengatakan Murad telah insaf.

Sebenarnya, Murad masih terlibat dengan kegiatan maksiat dan jenayah di Kuala Lumpur. Dia hanya mengaburi mata ibunya, Hafsah (Ku Faridah) dengan mengahwini Kamariah. Di depan Hafsah, dia seorang anak yang baik.

Satu hari, Murad terkejut apabilan kepulangannya disambut dengan tangisan bayi yang baru lahir. Kamariah telah melahirkan anaknya, Qhalif berseorangan di rumah. Selama ini Kamariah merahsiakan kehamilannya dari Murad. Murad terkejut, bagaimana Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baharu enam bulan berkahwin.

Murad mula menjadi baran dan mendera Kamariah. Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Genre : Drama Cinta/ Konflik

Pengarah : Raja Ahmad Alauddin

Waktu tayangan : Isnin-Jumaat 7 petang

Bilangan Episod : 13 Episod

Penerbit : Rosyam Noor

Syarikat Penerbitan : Suhan Movies and Trading Sdn Bhd

Penyiaran : TV3 (Slot Akasia)

Siaran bermula : 17 April – kini

Pelakon Drama Kamar Kamariah

  • Fizz Fairuz sebagai Murad
  • Nabila Huda sebagai Kamariah
  • Tasha Shilla sebagai Sally
  • Syafie Naswip sebagai Qhalif
  • Riena Diana sebagai Ratna
  • Aidil Aziz sebagai Hisyam
  • Ku Faridah sebagai Hafsah
  • Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
  • Zetty Shahibullah sebagai Maimun
  • Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
  • Rose Aida sebagai Ummu Jannah
  • Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
  • Halimah Naim sebagai Kak Peah
  • Syaza Irwinie sebagai Shila

Sinopsis drama slot akasia,Kamar Kamariah,Lakonan NABILA HUDA,Fizz Fairuz pukul isteri,lagu aku bukan malaikat,lagu siti Nurhaliza
Kamar Kamariah Slot Akasia TV3

Lirik Lagu OST Kamar Kamriah dari Dato’ Siti Nurhaliza ( Aku Bukan Malaikat )

Aku bukan malaikat
Yang tak pernah berbuat salah
Aku bukan bidadari
Yang selalu menyenangkanmu


Aku adalah separuh sayapmu
Bawalah aku selalu bersamamu
Menuju keabadian yang bahagia selamanya


Kau bisa syurga bisa neraka
Kau bisa malam bisa siangku
Kau bisa luka bisa bahagia


Dalam hidupku
Kau bisa syurga bisa nerakaku
Kau bisa tawa bisa tangisku Hantarkan aku dengan cintamu
Pada sang maha cahaya


Tenangkan aku kekasih
Jangan biarkan merapuh
Jagalah diriku jagalah jiwaku
Tenangkan aku kekasih
Jangan biarkan merapuh
Jagalah diriku jagalah jiwaku


Kau bisa syurga bisa nerakaku
Kau bisa malam bisa siangku
Kau bisa luka bisa bahagia
Dalam hidupku
Kau bisa…


Episod KAMAR KAMARIAH

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

EPISOD 9

EPISOD 10

EPISOD 11

EPISOD 12

EPISOD 13

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!