kerabu kaki ayam masam dan pedas
resipi

Kerabu Kaki Ayam Extra Masam dan Pedas!

Alhamdulillah,sudah lama sangat teringin nak masak sendiri sebenarnya kerabu kaki ayam ni.Sebabnya,beberapa bulan yang lepas beli kerabu kaki ayam ni di Festival food thai.Rm 5 Sebungkus,tetapi tak cukup weiiii. .

Kerabu Kaki Ayam

kaki ayam,kerabu kaki ayam pedas dan masam,kerabu,menu berbuka kerabu

Bahan-bahan Kerabu Kaki Ayam

Kaki ayam ( 15 ketul )

Sayur Kacang ( 1 batang )

Cili Padi ( 2 tangkai )

Bawang Merah ( 2 ulas )

Bawang Putih ( 3 Ulas )

Tomato ( 1 biji )

Sos Ikan ( 3 Sudu Besar)

Limau Kasturi ( 4 Biji ) Kalau taknak masam,kurangkan limau kepada sebiji.

Minyak masak

Cara Buat Kerabu Kaki Ayam

  1. Pastikan kaki ayam direbus terlebih dahulu. ( nak cepat,masukkan dalam pressure cooker.Siap cepat! Empuk.. kaki ayam pun lembut nanti)
  2. Rebus kaki ayam selam 20 minit.
  3. Tomato serta bawang putih dipotong dadu,bawang merah dihiris nipis dan sayur kacang buncis tadi di hiris nipis secara membulat.
  4. Panaskan kuali,masukkan minyak sedikit cukup sekadar menumis.
  5. Masukkan bawang merah,bawang putih,tomato dan sayur kacang buncis gaul rata.
  6. Masukkan 3 sudu Sos Ikan kedalam bahan-bahan tadi.Kacau rata.
  7. Akhir sekali masukkan kaki ayam (air rebusan tak perlu masuk) yang telah direbus kedalam bahan-bahan tadi.Gaul biarkan bahan-bahan mesra.
  8. Biarkan menggelegak seketika.Siap! Dah boleh makan panas tu..

Okaylah,bahan-bahan diatas tu jika nak kurangkan pedas atau kurangkan masam.Boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.Kerabu kaki ayam yang sedap terletak pada tahap kepedasan dan rasa yang masam,Jadinya.. lagi masam,lagi sedap.Lagi bertambah makan.Heeee.Dan satu lagi,kaki ayam pun penting ni.Kalau liat,potong selera tauuuuu.

Alhamdulillah, rezeki harini ada stok kaki ayam di kedai runcit selalu Ina singgah tu. Sepeket tadi berharga Rm 5 jer,banyak pulak tuuu.Agaknya berapa lah menu nak kena habiskan tu.Agak lama juga tekak ni teringin kerabu kaki ayam.Pada mulanya,memang geli.Tetapi bila cuba sekali,terus melekat dengan kerabu kaki ayam ni tau.Erm,,anak-anak dan suami memang tak makan menu ni.Heee,makanya buat sedikit ajerlah ni.

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu.Menulis diruangan blog berdasarkan pengalaman hidup.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha.Micro Influencer di Instagram @azlina6861 Sebarang Event, Collaboration,product review,sponsorship please Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *