kerabu perut,kerabu perut pedas,kerabu perut masam,aneka kerabu
resipi

Kerabu Perut Pedas

Dah lama sangat tekak nak makan kerabu perut.Hari ini baru tertunai hajat berkesempatan memasak menu kerabu perut.

Modal tak besar pun untuk menyediakan Kerabu perut ni.Perut lembu Rm 6 tak pasti 500gram atau 1kg.Sebab yang Ina beli ni frozen je.HIhihi… Keseluruhan nak memasak kerabu perut ni dalam kos anggaran RM 10 sahaja.

Kerabu Perut Pedas dan Extra Masam

Bahan-bahan Kerabu Perut

500 gram Perut

10gm Udang Kering

1 biji tomato

3 tangkai Sayur kacang buncis

1 Kuntum Bunga Kantan

2 tangkai cili padi ( cili burung )

2 biji Limau kasturi

2 ulas bawang merah kecil

2 sudu Besar makan Cuka Epal

Cara Memasak Kerabu Perut

  1. Basuh sebersihnya perut lembu tadi.Dan rebus terlebih dahulu perut lembu tersebut.Untuk hilangkan bau hanyir perut,korang boleh rendam sebentar bersama asam jawa.
  2. Ketepikan perut lembu yang telah direbus tadi.Biarkan ia sejuk sebentar.Kemudian potong nipis seperti dalam gambar.
  3. Goreng udang kering tadi dan tumbuk halus.
  4. Potong secara nipis sayur kacang buncis tadi.Potong membulat yee.
  5. Potong halus cili padi tadi.
  6. Potong halus juga bunga kantan sehingga habis 1 kuntum.
  7. Potong 2 ulas bawang kecil tadi.
  8. Potong tomato secara dadu.

Didalam mangkuk besar,masukkan perut yang siap direbus tadi bersama bahan-bahan diatas iaitu udang kering,kacang buncis,tomato,bawang merah,bunga kantan dan gaulkan biar ia sebati.

Akhir sekali,perahkan limau kasturi dan masukkan juga 2 sudu besar makan cuka epal.Gaul sekali lagi. Dan sedia dihidangkan.

kerabu perut, cara masak kerabu perut,kerabu pembuka selera ketika berbuka puasa,Kerabu,aneka kerabu
Kerabu perut extra pedas dan masam

Bagi Ina,jika takde selera untuk makan.Kerabu ni sangat sesuai dengan selera anak tekak. Sesekali bikin juga kerabu.Walau dalam rumah ni,takde yang makan.Jadinya,memang Ina sahaja yang habiskan.Anak-anak memang takkan usik,sebab utama mereka nampak lada tu.Hahaha.

Okay,korang yang nak cuba menu kerabu ini,dipersilakan.Jika ada sebarang pertanyaan sila komen kat bawah entri resipi ni.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *