lifestyle

5 Cara untuk elak daripada kes pecah rumah

Pagi tadi kecoh group whatsapp kejiranan ina mengenai kes pecah rumah di kawasan perumahan yang berhadapan sekolah Pelindung.Alhamdulillah,walau bukanlah berlaku di kawasan ina.Tetapi tetap menjadi kerisauan buat diri ina dan anak-anak.

Pandangan ina sendiri mengenai kes ini ialah suspek mungkin telah lama memerhati kawasan kejiranan tersebut.Untuk pengetahuan korang,kawasan perumahan ini boleh dikatakan golongan pertengahan.Dan boleh juga di katakan kawasan perumahan yang agak sunyi.Rata-rata penduduk disini telah keluar seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas..(walau Kuantan bukanlah taraf kotaraya lagi).

“Rumah beli memang tak sama dengan rumah yang dibuat sendiri kan. Maklumlah harga rumah di kawasan bandar kan mahal. Kemudian hari kalau berhasrat bina rumah sendiri, rekaan pelan rumah pun boleh membantu menambahkan keselamatan rumah & penghuninya. Boleh baca panduan yang diberikan NAS NURI CONSTRUCTION untuk tips melukis pelan yang bagus.”

1. JANGAN SOMBONG

  • Rajin-rajinkan bertegur dengan jiran tetangga di kiri kanan rumah.
  • Elakkan dari menaikkan tembok tinggi di antara jiran. (Ini biasa berlaku dikalangan kita.. berdasarkan pengamatan ina sendiri).Macam tak mahu berkawan dan berjiran. ( Tapi kalau sesuatu berlaku..macam mana? ina tak minta,tapi faham-faham kanlah ya)
tapi bila dah menyombong..lori angkut barang jiran pun orang tak nak ambil tau disebabkan sikap korang yang sombong itu.Tapi jika korang sering bertegur sape,boleh lah juga pesan kepada jiran sebelah rumah bahawa akan semasa ketiadaan korang di rumah.

2.  JOIN GROUP WHATSAPP

Aktif di group whatsapp.Sebenarnya tak salah join group ni.Sekurang-kurangnya segala aktiviti kejiranan korang akan tahu juga melalui update daripada jiran tetangga lain.Siapa jiran baru berpindah..sambil-sambil itu..kena lah rajin juga berjumpa jiran.

3. AKTIVITI KEJIRANAN

Di kawasan perumahan ina,kawasan kami telah di jaga dengan ahli rondaan SRS.Walaupun berbayar secara bulanan.Moga selamat hendaknya.. Bayaran bulanan sebanyak RM20 akan dikutip pada awal bulan.

4. ALARM SYSTEM / Sistem penggera

Bagi korang yang berkemampuan.Dinasihatkan pasang sistem penggera bagi tujuan keselamatan kediaman.Insyallah,mungkin ini salah satu untuk membendung masalah pecah rumah dari berlaku.

5. Kamera litar tertutup CCTV

Pantau juga keadaan sekitar rumah, luar mahupun didalam dengan kamera litar tertutup.Pastikan kesemua kamera korang berfungsi dengan baik.Untuk  dapatkan fungsi jelas pada waktu malam,pastikan kamera tersebut mempunyai fungsi Infra Red serta kebolehan FOKUS gambar dan kualiti yang cantik.

Juga dapatkan sekali pakej yang mempunyai Hard disk iaitu segala aktiviti yang berlaku dapat di rakam serta dimainkan semula.Ini sangat penting,jika berlaku sebarang kes tak diingini.Boleh dijadikan bahan bukti kes tersebut.

Ini adalah pendapat peribadi ina sahaja.Jika ada sebarang tambahan,boleh lah drop komen di bawah.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

1 Comment

  1. […] Kes pecah rumah ini berlaku berlarutan di kawasan perumahan yang sama.Suspek warga asing ialah seramai 3 orang.Waktu kejadian ialah jam 4 pagi. Wang ringgit serta barangan beharga di larikan oleh perompak tersebut. Selepas beberapa hari kemudian,lokasi berlainan.3 buah rumah turut menjadi mangsa kes pecah rumah.Namun,cubaan gagal. Baca artikel : Elak rumah menjadi sasaran perompak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *