kuala terengganu

Percutian Tak Dirancang – Kuala Terengganu

 

anak-anak,planning bercuti
soffea dan sarra tak sabar nak pergi bercuti..get ready depan pintu

PERCUTIAN TANPA DI RANCANG KE KUALA TERENGGANU


Alhamdulillah..memang tak jangka percutian kali ini.Hurmmm..walaupun hanya 1 malam sahaja.Percutian mengejut.. gitew!! hahaha. Last minit tempah hotel (time nak gerak dari kuantan, baru terkial kial cari hotel..kikiki… Kisah lanjut boleh baca disini) Tapi ia satu pengalaman paling berharga bagi ina dan anak anak.Sesekali berkunjung di pantai timur pula kan..sebelum ni memang ina sudah pergi ke Kuala Terengganu.Cuma kali ini kan, berbeza sedikit.Mujur lah ada kenalan seorang blogger yang menetap disana iaitu Gee ( dari blog sisgee.)Eheheeh.Mudah betul .. sebelum ni nak makan atau nak pergi le tempat tempat menarik ni..kami laki bini memang tidak tahu sangat.




percutian tak dirancang,kuala terengganu,pantai kuala terengganu,pantai
on the way ke kuala terengganu

 

PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU ( JALAN PANTAI )


Kami memilih untuk menaiki kereta serta mengikuti jalan pantai..(Selain dapat menjimatkan kos Tol..ehehe). Sepanjang perjalanan kami tidak bosan sebab di sepanjang perjalanan mempunyai pemandangan yang cantik iaitu tumbuh tumbuhan menghijau (pokok pokok kelapa)selain rumah rumah kampung di sepanjang jalan. 

Anak anak ina pun tidak meragam semasa perjalanan.Perjalanan dari kuantan ke terengganu mengambil masa 3 jam setengah ( setelah beberapa kali kami berhenti untuk mengisi minyak dan juga makan). Kalau korang nak tau.. perjalanan kami kali ini sangat jimat petrol.


PETROL JIMAT 


Sehari sebelum ke kuala Terengganu, kami menghadiri majlis sambut menantu sepupu di BERA,Pahang yang menelan belanja petrol sebanyak RM 180.Berbanding kos Petrol ke Kuala Terengganu sebanyak RM 100 sahaja.. ermm..agak agak korang?



pantai Paka,Terengganu




kuala terengganu,Hotel kuala terengganu,holiday
soffea dah tak sabar..nak terjun ke air laut dah ni



NIKMATI PANTAI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU 

Okay, berbalik pada pemandangan melalui jalan pantai.Kami berhenti makan di Paka,Terengganu.Pemandangan yang sangat cantik! Memang awesome giler la.. tengok pantai jer. seolah nak terjun terus ke pantai.Hahahahah..Dengan air pantai yang berwarna biru kehijauan macam itu.Perghhh! anak anak ina pun teruja tau. Dorang pun sibuk nak turun ke pantai waktu itu.Suhu waktu ini 32 darjah celcius.. panas terik oi! Nasiblah ina sudah siap siap pakai Sunscreen Protect UV (SPF krim).Kalau tidak,hangus  muka tau.


MAKAN TENGAHARI DI TEPI PANTAI TERENGGANU

Oh ya,, semasa kami makan tengahari itu..,kami makan di kedai makan yang berhampiran pantai.Jam 11.30 pagi sampai kesana terus makan.Makanan nya pun boleh tahan.Alhamdulillah,sangat sedap! Habis dalam RM 17.50 (menu : ikan goreng, asam pedas, sayur, ayam goreng, ulaman dan air sirap).


CHECK IN HOTEL GRAND CONTINENTAL,KUALA TERENGGANU


Tepat jam 3 petang, kami tiba  di Grand Continental,Hotel Kuala Terengganu.(Baca SINI untuk review ina)Cuaca di Terengganu waktu ini hujan sekejap sekejap. Kata blogger Sis Gee,” baru lepas ribut petir disini”.Okay,sampai sini dahulu cerita ina.Ikuti sambungan berikut ya..

18 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *