last miss period, tanda hamil jika period tak datang
ibu mengandung parenting

Last Miss Period Penting untuk Bakal Ibu atau Ibu ingat

(Tarikh akhir haid) Last miss period ni selalunya doktor akan tanya jika kita pergi mendapatkan rawatan susulan di Klinik mahupun hospital bagi mengesahkan usia sebenar janin yang di kandung.

Perlu diingatkan juga, para ibu yang pernah mengandung ataupun buat pertama kali mengandung. Tarikh last period ini amat penting kita ingat. Dulu semasa mengandungkan anak pertama, selalu keliru tak tahu macam mana tarikh akhir sebenarnya ni. Selalu silap beri tarikh dengan tepat dan sudah tentulah due date pun lari banyak dari sepatutnya.

Bahaya jika silap memberi tarikh last miss period

Tetapi bila difikirkan kembali, jika kita salah memberi tarikh last miss period kita ni kepada doktor. Kemungkinan doktor akan sahkan janin yang dalam perut kita ni berbeza usia dari scan. Bahaya tau! Kemungkinan juga doktor akan beritahu kepada kita, baby tak sama usia dengan usia yang di scan dengan mesin scan tersebut. Nanti mulalah doktor akan beritahu janin tak berkembang dan sebagainya. (Ini berdasarkan kes Ina)

Baru-baru ini pun, Ina silap berikan tarikh last miss period. Hahaha~ Iyealah,period pun datang 2 bulan sekali sejak nak mengandung ni tau.Perubahan hormon awal disitu. Nasib baiklah, suami yang ingatkan.Katanya last miss period Ina hari raya ke-2 2019. Hihihi~ Terkejut sangat bila suami boleh ingat. Ina memang tak ingat, siap cakap pada doktor last miss period bulan 5 lepas semasa bulan puasa.Adeiii~

Last Miss Period dikira

Ohh,last miss period ni dikira pada tarikh akhir kita period. Iaitu bulan terakhir tetapi pada hari pertama period.Ingat tu! Bukannya hari terakhir habis period.Itu lah kadang-kadang tarikh bersalin tak sama dengan tarikh bersalin yang diberikan doktor ataupun nurse.

Okay,itu sahaja la yang ingin dikongsi bersama pembaca. Semoga jelas tentang bagaimana tarikh last miss period diambil kira. Share pengalaman ni pun sebab anak pun dah nak masuk 4. Kiranya jika tak share,rasa bersalah pula.Teringat dulu-dulu semasa mengandungkan anak pertama. Apapun tak tahu, nak tanya macam malu kan. Heeehhh~ Malu yang tak patut.

last miss period, tanda hamil jika period tak datang
last miss period dikira
Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *