parenting blogger,cc cream guardian
kesihatan,  lifestyle,  parenting

Lemah Semangat

Assalamualaikum..

Selamat petang,harini kan.Tak tahu lah.Kenapa dan mengapa bila ON PC aje,ada jer nak update itu ini.Walhal sebenarnya,mission utama nak siapkan job di Instagram tu.Haihh!!

Sejak dua menjak ni jugaklah,idea menulis tu akan datang petang.Pufffff~~ Serabut kan? Ermm.. Pelbagai idea nak menulis ni untuk blog kesayangan wp ku ini.Ahaks!

Kisahnya pula.. suami tadi dia dah ON pc,maka teruslah melekat Ina ni ha pula p sambung kerja.Arghh! Dalam waktu yang sama kena uruskan FB page bisnes suami dan blog dia juga tu.Dah lama bersawang.

Haip! Apa pula yang Ina ni membebel kan? Haihh..Kusut-kusut.

Okay,back to the topic lahhh.Ehehehe..

Tak Pernah Sertai aktiviti perkhemahan di sekolah

Yup,dulu kan.Ina ni seorang yang sangat lemah.Dah boleh di kategorikan sebagai jadi tahap lemah semangat pun ada. Lemah semangat,lembik dan seangkatan lah.Memang sedih betul diri Ina ni bila mengenangkan.

Semasa dari zaman kanak-kanak lagi,mak memang tak bagi Ina menyertai sebarang aktiviti perkhemahan di sekolah.Sedih kan? Dalam kelas tu,sebarang aktiviti begitu.Ina di kecualikan.Entahlah apa alasan mak abah gunakan.Pelik juga,macam mana boleh ‘lepas’. Tetapi,itulah.Kesannya berlaku masa hadapan Ina pula.

Jadinya,kesan begitu telah menjadikan diri Ina seorang yang lemah.Tetapi Ina tak salahkan mak abah.Jika nak dibandingkan dengan along dan angah yang aktif di sekolah.Penjaga kita,mesti kenal anak dia macam mana,takutlah terjadi sebarang kejadian tak diingini.

Entahlah,nak kata.Tapi kan,memang akui diri Ina seorang yang sangat lemah semangat.Penakut gila-gila lah.Hihhihhi.. Sehinggakan,sampai satu tahap,nak kencing berak pun takut nak ke tandas bila waktu malam menjelma.Ahaks! Rela tahan kencing tau,sehingga subuh jika tengah malam nak terkencing.Hihhhi..

Zaman Kanak-Kanak

Ketika ini,mak abah hantar ke tempat mengaji.Kami adik beradik setiap hari akan pergi menuntut ilmu agama pula iaitu membaca al-quran.Selepas waktu sekolah tamat,sebelum maghrib kami di suruh ke rumah orang yang mengajar mengaji.

Terletak lebih kurang 15minit jarak untuk ke rumah mengaji itu.Bukanlah orang lain,ada pertalian persaudaraan dengan abah.Arwah mengajar memang garang orangnya,sekali dia jegilkan mata jer pun.Anak didik dah ketakutan,diam.Hihihi..Ops! tak baik pula kan,duk mengata orang yang meninggal.Tetapi itulah cara nak bagitau korang semua.

Suaminya masih ada lagi,uzur.Masih tinggal di teratak lama..Urmm,rindu betul zaman dahulu kala ni.

Berbalik dari kisah mengaji tu kan. Setiap kali ingin ke rumah mengaji.Kami adik-beradik akan melalui satu pokok besar.Seramlah juga.. Pokok kekabu..Huihhh.Along lah,asyik duk kata.Tu ada benda kat pokok tu.Jadinya,kena cakap macam ni semasa melintasi pokok kekabu tersebut.

kami : assalamualaikum.. Anak cucu cicit nak melintas pokok ni (agaknya lah ayat ni.. sebab dah lama sangat.Lupa pula)

Bila diingatkan kembali,terasa kebodohan ada disitu.Hahahaah.. Mana lah belajar benda karut marut ni semua.Tahyul betul.Ehh,tambahan lagi tahun ni..tengah hangat cerita SUZANNA.Lagi lah bertambah sikap penakut tu tau.Hahahaa.

Bekerja Selepas SPM

Bila dah besar pula,selepas tamat sekolah.Ina ni suka jalan-jalan ke bandar.Bukan menghabiskan masa.Tetapi usaha untuk mencari kerja bagi membantu mak abah walaupun mereka tak paksa untuk bekerja.Bekerja bagi menambah duit poket katakan,tambahan lagi masa tu juga tengah menggila nak guna jam tangan berjenama.Kerja pertama yang Ina pernah dapat ketika itu adalah sebagai pembantu buat kek di sebuah kedai kek di Benteng,Kuantan.

Gaji tak seberapa,iyelah kan? Lepasan SPM.Mana lah ada pengalaman tu semua.Memasak pun tak pandai.Ini kan pula nak masak kek.Harommm! Jadinya,terima jerlah kerja di situ untuk permulaan dengan gaji sebanyak RM 400.Tolak EPF dan SOCSO (tapi ni kan,taktahulah betul ke tidak majikan masukkan,erkkk) .Berapa lah sangat..Memang tak boleh menyimpan langsung ketika itu.Tambang bas lagi pergi balik untuk sebulan.

Ada satu hari tu,Ina pulang ke rumah dengan menaiki motor kawan.Sebenarnya kami melencong,sampai ke rumah dah malam.Dan,dengan diri Ina yang lemah semangat ni..Ehehe.Bolehlah pula ternampak susuk kelibat di atas divider bertengek.Menggigil.. balik tu terus menangis teresak-esak.Ketakutan..

Abah dan mak pun memarahi.Pulang ke rumah lewat sangat.Jadinya,abah mandikan Ina dengan ais waktu tu  di baca dengan sedikit bacaan ayat-ayat al-quran. Selepas beberapa minit,keadaan bertambah okay.Alhamdulillah..

parenting blogger,lemah semangat,penakut

Dan,alhamdulillah.. Sejak usia semakin meningkat ni.Semangat tu semakin kuat..,banyak juga yang Ina telah pelajari dari kehidupan masa lalu.Kini,solat dan mengaji memang takkan Ina tinggalkan.Kerana itu semua adalah perkara WAJIB bagi umat islam.Syukur sangat! Allah telah bukakan pintu hati.

PS: Banyak lagi,jika nak diceritakan.Hihihi..Cut sampai sini lah dulu..

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata yang aktif dan bijak membesar.Juga seorang isteri yang positif.Suka mengambil gambar dengan menggunakan kamera Sony Alpha dan berkongsi pendapat dan pengalaman melalui ruangan blog.Amat tertarik tentang kecantikan.Sebarang pertanyaan Email : norazlina181@gmail.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *