MAjlis graduasi pra sekolah,pra sekolah graduasi

Assalamualaikum…

Aktiviti kami pada hari ini ialah menghadiri majlis Graduasi Pra-Sekolah Sara di Sekolah Pelindung,Kuantan.Alhamdulillah, selesai.Walau ada pelbagai drama daripada Sara dan si bongsu kami (Furqan).

Jika ikutkan hari ini,kami sekeluarga berangkat ke Melaka bagi percutian yang ditaja (atas tiket blogger) oleh homestay Durian Tunggal.

Tetapi kami memilih korbankan tiket Free tersebut,demi anak kesayangan kami iaitu Sara.Walau seedikit kecewa,jika tidak weekend ini ingin celebrate birthday mama di Melaka.Apakan daya,allah maha merancang..

 

majlis graduasi pra sekolah

 

Tepat jam 8.00 pagi,kami tiba di perkarangan sekolah Pelindung.Eheheh..Double parking,tapi tidak menyusahkan orang lain.

Kami bertiga sahaja iaitu (Ina,Sara dan Soffea) . Suami dan Furqan, masih di rumah lagi.Sebab yang bongsu tu,jika tidak cukup tidur.Dikhuatiri akan meragam sepanjang  majlis berlangsung.Huhhh! Lagi haru nanti.

Berkejaran lah Ina pagi tadi sekejap.Nak siapkan Sara pagi tadi.Ehehehe..

 

nasyid pra sekolah,pra sekolah bernasyid,persembahan nasyid

 

Sebelum Bermula acara 

Lagu NEGARAKU ..

Para jemputan di minta bangun bagi menghormati lagu Negaraku dan Doa pembuka majlis di bacakan oleh seorang ustaz.

Jam 8.30 pagi, setelah selesai jemputan dari staff SSPN tentang kesedaran pelaburan pendidikan.Menarik juga dengan pelan pendidikan itu..RM 30.00 sebulan.. ehehe.

Ucapan dari Guru Besar pula, antara intipati yang menarik minat Ina adalah pemakaian kasut hitam pada tahun 2019. Jika diikutkan, ia belum WAJIB lagi. Ada kelonggaran dari pihak sekolah.Tetapi di dalam masa yang sama juga.Pihak sekolah juga, ingin keseragaman.

Iyalah…,takkan seorang pelajar memakai kasut putih. Dan segelintir pelajar lain pula memakai kasut bewarna hitam pula.Tak ke pelik macam itu? Keseragaman tu..,takde. Hmmm..

Bagi pendapat Ina sendiri,tak salah jika ibu bapa belikan kasut hitam pada anak-anak ni. Jadinya, takde lah isu kasut kotor diawal persekolahan nanti.Nampak kotor ke kan? Macam belacan. Tetapi jangan pula didik anak sampai tak basuh pula kasut itu.Dah kata hitam,mentang-mentanglah hitam kan? Jadi bau pun belacan.. ehehehe.

Kini dipersembahkan pula nyanyian nasyid dari pelajar Pra-sekolah.Semuanya comel-comel.Bermekap.. memakai gincu dan eyeshadow biru.Cantik!

Sempatlah tadi,Ina merakam nyanyian mereka ini.Ehehehe..Nak tunggu download terlebih dahulu,hihihi.Entah bila lah dapat siapkan.Sebab mneggunakan kamera..,bukannya smartphone.Lecehlah sikit. Kot nak kena edit ker..

 

petting,rabbit

 

Tengah sedap duduk di dalam dewan sekolah.Macam biasa lah,budak-budak.Bila dah boring duduk setempat macam tu,peel dia dah keluar.Soffea ni..,serba salah.Ada aje yang serba tak kena.

Sekejap baring lah atas kerusi,meniarap.. lepastu menangis. Dengan diri Ina dan anak-anak yang tak berapa sihat.Batuk berkahak.Haihh,lagi lah mencabar!

Akhirnya,kami berdua mengambil keputusan untuk keluar dari dewan. Ambil udara luar dewan pula lah. Ehehehe. Dan Soffea terus jadi ceria apabila ternampak kanopi yang mempunyai kiosk haiwan iaitu arnab.

Dengan segera,membayar sebanyak RM 3.00 kepada si penjaga kiosk tersebut.Dapatlah Soffea bermain dan memberi makanan kepada arnab tersebut.Gembira betul Soffea saat ini.

Sambil menunggu Soffea bermain dengan arnab-arnab tersebut.Furqan dan suami baru sampai di dewan.Alhamdulillah! Sedikit kelegaan disitu.Apabila anak-anak berada di depan mata semuanya.

 

candid sara

 

Jelas terpancar di muka Sara,apabila selesai majlis penyampaian hadiah.Jenuh juga lah nak menunggu tadi.Jam 11.30 kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Soffea dan Furqan sudah mulai meragam.

Jika diikutkan,masih ada lagi majlis.Tetapi majlis kecemerlangan bagi pelajar Sekolah Rendah pula.Hihihi.. Anak jiran Ina pun ada juga tadi,katanya tempat ke-2 dalam kelas.Tahniah Haziq! Gambar pula takde nak letak,sorry tau.

 

sara dan rakan-rakan beratur menunggu giliran

Sebelum upacara penyampaian hadiah bermula.Kesemua pelajar di arahkan beratur duduk di luar dewan sekolah iaitu bersebelah kantin sekolah.

Sempat juga lah bawa anak-anak dan suami sarapan terlebih dahulu semasa menanti Sara siap.Eheheh.

Seriously.. pagi ni,memang tak sempat langsung nak memasak untuk sarapan pagi.Kesian pula Sara tu.. katanya kenyang. Ermm,mungkin sebab nak berjumpa rakan-rakan di sekolah lah tu..

Okaylah,selepas ini. Sara bakal ke darjah satu  pada tahun 2019.Segala kelengkapan sekolah iaitu buku sekolah dan baju t-shirt sukan akan di beli pada 22-23 Disember 2018, di kedai buku sekolah.

Alhamdulillah,setakat ini.Beg sekolah dan peralatan tulis telah diberikan oleh pihak sekolah pada hari Jumaat (semalam).Dapatlah sedikit meringankan beban sekolah.

Buku-buku ,lencana dan t-shirt sekolah pula anggaran dalam hampir seratus juga.Urmm..,nasib baiklah Sara ada sedikit duit belanja dari entri review.Syukur sangat!

 

 

4 thoughts on “Majlis Graduasi Pra Sekolah (SARA) di S.K Pelindung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!