celebrate di RIMBA LOFT
Uncategorized

( Celebrate anniversary adik Ipar) Makanan Sedap di Rimba LOFT,Kuantan

Assalamualaikum..

   Ahad yang lepas merupakan hari yang paling sibuk.Erkk.. Siang malam asyik makan di restoran.Ahaks! Bukan setiap hari pun.Ehehehe.. Syok lah.Gantung betul kuali dan periuk belanga hari tersebut. Lagipun, makan ni pun sebab nak celebrate anniversary adik ipar.

   Dan kebetulan pula,kaklong suami pun balik bercuti.Kiranya,besar-besaran lah juga celebrate tuu.. Makan tengahari di sponsor oleh suami manakala sebelah  malam hari pula si adik ipar pula giliran dia belanja kami semua.Tuan punya anniversary pula yang belanja 3 buah keluarga..

makan sedap di kuantan,makan western sedap kuantan

   Masing-masing tengah sibuk bersembang,menceritakan hal-hal semasa mereka.Ahaks! Iyealah,dah lama tak berjumpa.Tambahan lagi kak ipar baru sahaja berpindah ke Seremban ( sebelum ni menetap di Melaka).Mungkin menceritakan pengalaman sebagai seorang suri rumah sepenuh masa,sebelum ini Kak ipar bekerjaya.Dah berpindah,jadinya.. kena lah jadi suri rumah.Ada ganjaran di akhirat kelak, dan rezeki..Insyallah. Memang ada sebagai seorang suri rumah. 

menu makanan di RIMBA LOFT

  Gigih tak gigih adik ipar yang sedang mencari menu kesukaan untuk mak saudara.Ehehehe.. Gaya macam sedang membincangkan projek juta-juta pulak.Hehehe~ 

  Kami memilih untuk makan di dalam restoran,sudah semestinya keselesaan untuk anak-anak yang mash kecil ni semua.Lagipun,meja ni kami sudah siap booking pada sebelah petang lagi.Hihih.. Jika tak booking,memang tiada tempat lah.Sebab restoran RIMBA by Loft ni adalah satu-satunya restoran yang top di  Kuantan.

  Selain tempat makan yang sedap di RIMBA by Loft ni.Juga tempat selfie dan welfie yang cantik juga.Korang rasa? Cantik tak ? Dengan lighting dan design wallpaper begini dan keselesaan yang dititik beratkan.Mempunyai ruangan aircond dan berkipas di dalam restoran tersebut.

western food best di kuantan
Adik ipar yang celebrate anniversary buat pertama kali
chicken chop grill rimba loft
Chicken Chop Grill 

  

squid fried
Fried Squid
matcha yen
Matcha Yen

   Tadaa! Itu aje menu-menu yang diorder sempat snap.Sebabnya masing-masing kelaparan nak makan.Eheheeh.. menu semua menggiurkan.Ina sendiri yang snap photo pun tak tahan menelan air liur. Hahaaha.. Betul-betul mengancam menu kat sini tau. Lagi pun,sayang pula jika tangan kotor nak pegang kamera nii..ehehe.

Shoot by : mirrorless sony alpha 5000

  Okay..review keseluruhan restoran Rimba By LOFT ini adalah 5 bintang.Berbeza dengan restoran-restoran lain yang pernah Ina terjah sebelum ini.

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu.Menulis diruangan blog berdasarkan pengalaman hidup.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha.Micro Influencer di Instagram @azlina6861 Sebarang Event, Collaboration,product review,sponsorship please Email : norazlina181@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *