makaroni cheese, keju cheesedale, cheddar digunakan untuk sos makaroni cheese
resipi

cara memasak MAKARONI CHEESE

Dah lama sangat mengidam nak makan makaroni cheese ni. Lama betul tunggu masa nak cari yang dah siap masak. Tetapi agak payah nak jumpa kedai western yang jual makaroni cheese ni.Akhirnya, masaklah sendiri.

MAKARONI CHEESE

bahan-bahan

2 mangkuk Makaroni
4 keping keju Mozarella Emborg
( 100ml )1 Botol susu segar Dutch Lady ( botol kecil)
4 batang hotdog
1 Tin Cendawan ayambrand
3 Sudu Butterlite
Sedikit tepung gandum
Sedikit Mix Herbs
Sedikit garam

Cara Buat Makaroni Cheese

  1. Rebuskan makaroni tadi ke dalam periuk ( air menggelegak) sehingga makaroni kembang. Dan ketepikan sebentar.
  2. Potong hotdog secara membulat atau memanjang secara nipis.
  3. ( Buangkan air cendawan yang dalam tin) Potong cendawan secara nipis.
  4. Potong halus bawang holand

Cara Memasak Sos Putih Makaroni Cheese

  1. Panaskan periuk dan masukkan butter.Tunggu butter cair dan masukkan bawang.Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Ia agak berketul ketika ini.
  3. Masukkan susu segar dan kacau dengan senduk.
  4. 4 Keping keju Cheddar di tambah ke dalam susu segar tadi. Cairkan dan kacau agar keju tersebut cepat cair.
  5. Letak sedikit Mixed Herbs.
  6. Hotdog dan cendawan dimasukkan.Gaul lagi sekali.
  7. Biarkan mendidih sebentar.
  8. Masukkan makaroni yang telah di rebus tadi ke dalam kuah makaroni cheese.Gaul dan biarkan ia sebati.
  9. Last sekali, semasa makaroni cheese nak dihidangkan korang taburkan sedikit parmesan cheese diatasnya. Menambahkan lagi kesedapan makaroni cheese tu nanti.

Tips Memasak Makaroni Cheese

Jika korang nak kuah makaroni cheese cair. Lebihkan susu segar n kurangkan keju.

Untuk kuah sos makaroni Cheese pekat. Korang lebihkan kuantiti keju.Tetapi akan cepat muak.Tetapi kalau hantu keju.Bolehlah cuba.

Untuk dapatkan sos makaroni cheese bewarna sedikit oren.Korang cari cheese brand Anchor yee.Ina guna brand cheesedale aje.Sebab ia mudah didapati.

cara masak makaroni cheese, Sos makaroni cheese sedap, Cara mudah memasak makaroni cheese sos putih
sedap betul dia hirup kuah makaroni cheese tu ekk. Tetapi bila dah lama, sos makaroni cheese akan sedikit pekat

Mudah je kan memasak Makaroni Cheese ni? Makaroni Cheese ni Ina biasa dapat dalam 7 pinggan sekali memasak menggunakan resipi ini. Jimat dah kat situ kan.Alhamdulillah.. lepas dah mengidam nak makan makaroni cheese ni tau. Korang cuba lah, tak susah pun nak memasak makaroni cheese ni.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *