air terjun,pemandangan di air terjun,air terjun maran
lifestyle parenting

Mandi-Manda di Air Terjun,Teladas Maran

Assalamualaikum..

Cerita dah basi ni,tetapi biarlah kan.Sebagai kenangan Ina bersama keluarga dan ipar duai.Suami Ina tak join sesi perkelahan kami ni oleh sebab sibuk dengan bekerja.Heehh.. Lokasi kami berkelah kali ini ialah di Air Terjun Teladas,Maran Pahang.

Tersesat di Air Terjun Jerangkang

Ini adalah pertama kali dalam hidup,pergi berkelah di Air Terjun yang boleh dikatakan agak jauh.Heehh~ Jika terdahulu,hanya berkelah di air terjun panching sahaja.Tetapi.. sejak mempunyai kes kematian disitu,kami mematahkan plan untuk kesana serta memilih lokasi Air Terjun,Teladas Maran sebagai lokasi berkelah kami.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang sejam.Oleh sebab,sebelum ini kami tersesat jalan.Erm,biasalah tempat yang tak pernah kami terokai,memang akan tersesat punya.Guna google maps pula.. tak berupdate,sudahnya memang tersesat lah kami ni.Ahaks!

Lokasi pertama yang kami jumpa itu ialah Air Terjun Jerangkang.Agak seram juga nak masuk ke laluan tersebut.Ada gaung lagi tu,erkk.Tetapi memang sangat cantik! Subhanallah,indah betul ciptaan allah.Beberapa minit kami berehat disitu bagi menghirup udara segar.Tetapi tak lama lah,sebab abang sulung mempunyai anak yang masih berumur bawah setahun.Sebelum apa-apa terjadi,baiklah kami berundur.Heee..

Agak seram nama tempat ni.Jerangkang.. dalam kepala tetiba teringat cerita hantu jerangkung.Haaaaaa~ parah betul.



Akhirnya,sampai juga ke lokasi Air Terjun Teladas,Maran

air terjun maran,pemandangan air terjun,mandi manda di air terjun



Sesudah sampai ke lokasi tersebut.Anak-anak ina semuanya excited nak mandi.Yang bongsu tu,langsung nak terjun terus ke dalam air.Hahahah.. Kalau korang nak tau,last pergi ke berkelah di air terjun semasa Ina mengandungkan yang sulung pada tahun 2013.Hiiiii~ Suami memang agak keberatan sedikit jika nak pelepasan ke tempat-tempat sebegini.Maklumlah kan,banyak sangat kes kematian berlaku.Tetapi itu semua asbab sahaja.JIka allah izinkan berlaku,kat mana-mana pun boleh jer berlaku.

Psttt~~ ehh,macam makcik bawang pula nak membawang kan? Ahaks! Korang perasan tak erk.Gambar diatas tu kan,yang Ina bulatkn itu..Erm.. ceritanya begini.Okaylah,sebelum nak cerita lebih lanjut lagi sebenarnya pakcik tua yang di atas buaian tu,bukanlah saudara mara Ina tau.

Penjahat ada di mana-mana

Sesudah kami sampai di Air Terjun Teladas ini,Ina ada perasankan seorang perempuan berbadan gemuk.Pada mulanya,dia hanya duduk jer di tempat meninggu pondok di depan pintu masuk ke air terjun ni.Gayanya seperti menunggu seseorang.Tetapi pelik lah pula,pabila ternampak kami sekeluarga sampai.Secara tiba-tiba sahaja dia pun ikut kami masuk sekali ke lokasi air terjun tersebut.

Errr..dalam hati Ina nii. Ehh,ada pula orang yang sudi jemput kami masuk ke dalam.Macam pelik niii. Rupanya,kakak Ina pun dah mula perasan akan kehadiran perempuan itu yang mencurigakan.Apabila kakak mematahkan plan untuk ke tapak yang dia nak pergi itu.Dan apa yang mengejutkan lagi,perempuan terbabit turut mengikuti langkah kakak ina.Pelik lah,dari sini.Kami semua sudah mula mengesyaki sesuatu.Kemungkinan perempuan tadi ingin mencuri beg dan barangan berharga pengunjung yang leka bermandi-manda di situ.

Baiklah,berbalik pula kepada kisah pakcik tua itu.Apa yang membimbangkan kami sekeluarga.Apabila,secara tiba-tiba pakcik tua itu dengan selamba nya mengambil tempat iaitu buaian yang juga berhampiran kami.Kami terasa seolah tiada privacy,seolah mata nya sedang memerhatikan kami sekeluarga yang sedang bermandi manda.Dan ternyata sangkaan kami sekeluarga tepat! Abang sulong Ina ternampak pakcik tua itu merakam gambar keluarga lain yang sedang menukar pakaian di dalam kereta.Uishhh~~ takut kan?? Dan abang sulung juga memberitahu kami,pakcik tua tersebut tersenyum sambil memegang handset nya.Eiii~~~ Takutnya.. Ini kali terakhir kami sekeluarga datang ke sini.Tak mahu dah datang lagi kesini.

waterfall,gambar di air terjun

Beberapa keping gambar yang sempat di ambil semasa berada di Air Terjun Teladas,Maran

bergambar di air terjun,mandi manda di air terjun,waterfall

air terjun,gambar air terjun,waterfall

Setelah 2 jam kami bermandi-manda disini,akhirnya kami beransur pulang.Lagipun,makanan yang di bawa telah habis dimakan dan tambahan lagi di sini tiada kemudahan awam seperti tandas.Ada kemudahan tersebut,tetapi di seberang jalan.Agak jauh dan sunyi sepi,amat menakutkan.Bukanlah apa,risau pula jika pakcik tua dan ada lagi penjahat menunggu di sebalik semak kan? Air pun tiada tau,untuk kami melepaskan hajat.Jika serius nak,kami kena angkut air dari air terjun tersebut.Huhuhuhu… sedih sangat.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *