tempat makan di beserah, warung kuyoe

Selepas beriadah di Tasik Pelindung.Kami sambung makan-makan di Warung Kuyoe yang terletak di belakang Stesen Minyak Petron Beserah. Sampai kat warung sini,menu utama akan dicari adalah Mee Kari.

Jika ingin sampai ke warung Kuyoe ini,korang kena memasuki lorong kecil yang di belakang stesen minyak tersebut.Seterusnya straight sehingga jumpa warung yang mempunyai kerusi kuning. Berada di sebelah kanan jalan yang juga berhadapan perumahan klinik desa.

Rasanya agak lama tak singgah ke warung Kuyoe ni.Lastnya masa Furqan berusia setahun.Sebab anak-anak buat perangai waktu itu.Bukan perangai apa pun. Warung ni di tepi jalan,semasa Ina membayar makanan,masing-masing tak boleh nak control diri.Ermm…

Kami tiba di warung Kuyoe ini hampir maghrib. Sebab keluar rumah dah jam 6.40 petang. Pusing-pusing Tasik Pelindung jer. Biarkan anak-anak berlari kat tasik tersebut.Kasi keluar peluh mereka ni semua. Sebenarnya sebelum ke Tasik, anak-anak tolong mama pasang wallpaper. Itu yang jadi lambat keluar petang tu.Suami pula bekerja sabtu lepas. Mama lah yang take over tugas abah bawa anak-anak jalan-jalan.

tasik pelindung, tasik, riadah di tepi tasik

syukur sangat! Belakang rumah jer Tasik Pelindung ni. Besar juga Tasik ni. Trek jogging kat sini memang luas.huhuhu.. kena keliling satu tasik ni.Hirup udara kat sini jer,jika malas nak pusing satu tasik..

Warung Kuyoe

Berbalik ke warung Kuyoe. Disini mempunyai beberapa menu sahaja. Antaranya Mee Kari,Mee Sup,Nasi Ayam Penyet,Fries dan Wedges. Petang tu,Ina order Mee Sup,Mee Kari dan Wedges bersama air jagung dan air suam.

Sejurus sampai je Mee Kari dan minuman,azan maghrib pun berkumandang. Mee Kari kat sini memang rekomen.Best! Pekat kuah kari tu. Mungkin ini antara menu tarikan yang buat orang ramai untuk singgah kesini. Kali ini,Ina makan dengan penuh kesyukuran.


Nikmat sebenar makan kali nii..
kunyah makanan smpai sebak.
Daripada seketul kerang dalam mee kari. Betapa struggle kerang tu nak boleh hidup.. 😅
Pastu pula nelayan pula berkeringat nak boleh tangkap,seterusnya di bawa ke penjual, dan sampai ke tukang masak.
Struggle juga dia memasak.. nak hasilkan mee kari ni siap sempurna untuk customer.
Ohhh.. betapa sebaknya,rupanya sudah tertulis pada badan kerang khas rezeki tu utk Ina . Syukur dapat merasai mee kari nii.Alhamdulillah..
.

mee kari beserah, mee kari KUYOE, Mee kari belakang petron
Mee Kari Warung Kuyoe

mee kari,kanak-kanak,makanan
Soffea tengah menghrup Kuah Mee Kari

Ala,menyesal pula.Bila order satu jer Mee Kari.Berebut pula nak makan ni anak-anak. Cheezy Wedges selepas 3 minit,baru siap. Lega lahh.Ahaks! Bukan anak-anak makan pun Mee Kari, jenis suka berebut.Yang sikit tu dorang memang suka.Bila cheezy wedges dah sampai, tinggal dah Mee Kari mama tu.Urmmm..

Macam biasa, air suam memang menjadi pilihan Ina setiap kali makan di luar.Rasa selesa dengan air suam berbanding air sejuk.

Minum air jagung,kegemaran anak-anak

welfie skeping, welfie bersama anak-anak

Tanda bukti kami terjah makan di warung Kuyoe. Nak lah belanja welfie kami.. Kali ni dah kali-3 dah kami singgah sini. 2 kali yang tak sempat nak bawa kamera.Kali ini,terasa macam nak bawa kamera Sony pula. Boleh lah snap beberapa keping.Kamera lebih jelas,berbanding smartphone Ina ni.Hihihihi..

Facebook : Warung Kuyoe

beroperasi setiap hari (kecuali ISNIN) : 12.00 tengahari- 11.00 malam

Hubungi : 013-992 9330

artikel lain:

One thought on “Mee Kari Sedap! Di Warung Kuyoe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!