Be Happy

Checkup ke 15 weeks mengandung Ina bertukar appointment ke Klinik Kesihatan kepada hari Khamis dan pada jam 2 petang. Rasanya bila tukar ke petang,barulah tak rushing pun.

Kali ni checkup berjumpa dengan doktor. Walaupun petang appointment di klinik kesihatan.Yang peliknya, seperti checkup pagi pula dahhh. Alahaiii~ penuh weii orang di klinik. Ermmm,mungkin batch sama Ina ni ramai yang pregnant kot. Musim ibu-ibu mengandung katakan.Ahaks!

Hantar anak-anak ke Rumah Mak

Terpaksa hantar ke rumah mak anak-anak untuk appointment klinik ni. Suami pula kerja, kena masuk site haritu.Jadinya memang lah tak boleh bawa anak-anak masuk ke site. NAsib baik ada mak ayah yang duduk berdekatan,dalam Kuantan juga.Hihihi~ syukur sangat. Mereka alhamdulillah, masih sihat walafiat lagi.

Sampai ke klinik dah jam 2.15 petang.Huhuhu~ Bertolak dari rumah mak (batu hitam) ke Beserah.Fuhhh~ letih lah sedikit.

Cepat penat semasa mengandung

Tengahari tu memang tak memasak lah,sebab risau penat.Maklumlah, sejak mengandungkan yang ke-4 ni.Memang cepat letih. Erm, jika menjemur kain pun dah mula mengah,terbongkang atas kerusi dah. Tu belum lagi melipat pakaian.Yang itu, memang dah surrender awal.Memang tak melipat. Kadang-kadang suami yang tolong. Kandungan ke-4 ni jer nampak macam weak sikit dari kandungan sebelum-sebelum ni. .

Checkup 15 weeks Pregnancy

Macam biasa, ambil nombor di kaunter pendaftaran terlebih dahulu. Kemudian barulah masuk ke bahagian Ibu dan anak-anak iaitu tempat rawatan bagi ibu mengandung , bersalin dan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Agak ramai appointment petang ni. Hahahahadoi lah. Sabar lah. Kali ni lama juga nak tunggu giliran dipanggil tu. Bahagian sini pula bagi nombor bilik rawatan untuk appointment .

Seperti biasa, rutin ibu mengandung ni kena ambil urin test,. Bilik makmal ni jauh ke belakang dari bahagian Ibu dan anak-anak.Keluar lah sekejap. Makmal ni bercampur dengan pesakit lain.Ada warga emas juga yang datang untuk check urin dan darah di bahagian makmal ni.Itu yang kadang kala agak lambat menunggu giliran disini.

Check up kali ni, tak payah ambil darah untuk cek HB. Sebab masih baru lagi ambil itu hari. Jadinya, ambil urin jerlah.Proses ini bagi mengesan samada protein ada atau tidak didalam urine ibu mengandung.

Selesai ke makmal, giliran masuk ke bilik 15 pula, Nurse kat bilik ni baik sangat.Mesra pelanggan. Rasanya nama dia Nor Zaihan. Timbang disini, berat tak naik mendadak. pada 15 weeks checkup, berat Ina ialah 51kg sahaja. Berat terkawal bagi ibu mengandung.Sebelum ni ada nurse tanya, kot-kot Ina ni ada tiroid.Iyerlah Ina ni kurus dan tinggi. Dan alhamdulillah, memang tiada tiroid. Kandungan ke-3 dulu dah pernah buat ujian Tiroid.

Bilik Doktor

Kali ini bilik doktor yang ambil appointment Ina adalah doktor India perempuan. Soft spoken orangnya. Ada juga doktor tanya mengapa buka buku lewat.Hihihihiks~ Bukan sengaja tau. Sebab di a wal kehamilan dulu, macam nak alami keguguran sebab ada bleeding dan spotting. Jadinya 12 weeks baru buka buku merah .

Adehh, sekarang ni pula doktor mintak kertas yang Ina scan perut tu semasa 10 weeks di Klinik Wyko pula. Mana lah nak cari kan? Sebab haritu excited tunjuk pada 3 orang anak-anak Ina.Entah kemana simpan dan sorok.

Appointment 15 weeks ni, doktor scan bagi memeriksa kesihatan baby.Doktor ukur panjang janin, kaki ,tangan dan kepala janin. Bukanlah nak tengok jantina. Bagi doktor kerajaan, yang menjadi keutamaan mereka adalah kesihatan janin yang dikandung. Kalau korang nak tau jantina, baik pergi scan di Klinik private jer. Haritu scan dan ubatan adalah RM 120 Sahaja.Dibekalkan bersama 3 jenis ubat.

Sebelum pulang, doktor KK ni bekalkan ub at tahan muntah kepada Ina.Sebab alahan tu kerap juga datang.Kalau dah start muntah, memang tak berhenti. Jadi doktor bekalkan ubat tahan muntah.Dan ubat ini memang mengantuk.Huhuhuhu~ Sedar-sedar dah subuh.Tak sedar langsung nak bangun malam.

Okaylah, itu sahaja pengalaman Ina checkup 15 weeks di Klinik Kesihatan untuk kandungan ke-4. Next appointment adalah pada 17 Oktober pula dan kena minum air gula pada kandungan 6 bulan.

buku merah ibu mengandung, checkup 15 minggu kehamilan, 15 minggu cek apa di klinik
Buku merah ni wajib di bawa semasa appointment

artikel lain

2 thoughts on “Checkup 15 weeks | Apa yang dilakukan oleh Klinik Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!