kesihatan

Mesti Mempunyai Kerajinan Untuk SIHAT!

Assalamualaikum..

 

air detoks,Kesihatan,Sihat semulajdi,bahan di dapur untuk kesihatan

Agak lama sangat tak minum air jus buah-buahan ni.Kali ini,setelah lama Kami laki bini tinggalkan minuman ini.Maka,kami mula lagi.Hihihihi.Beetroot ni jika tak silap agak mahal sedikit.Berbanding buah lemon.Lemon pun dah dijual pada harga RM 1 sebiji tau.Huhuuhu.Alasan jer kan? Walhal ina malas sangat hasilkan jus buah-buahan ni.Pelbagai alasan lah yang keluar.Ekeekkeke.. 


CABARAN MENGHASILKAN JUICE


Agak leceh nak menghasilkan jus buah-buahan ni tau.Salah satu sebab,semasa nak mengupas tu pun sudah ambil masa yang agak lama.Heeehhh.Guna manul jer kupas kulit beetroot,dan carrot tu.Huuuuuh! Itu yang agak leceh.


Beetroot pun rumit.Sudah kupas kulit,nak kena potong dadu pula beetroot tu.Dengan isi yang keras.Bertabahlah nak kena potong halus untuk di masukkan di dalam mesin jus buah tu.Jika tak potong kang..,rosak pula mesin jus tu.


Tapi yang lemah nak hasilkan juice tu lah,kena ada kerajinan mencuci peralatan selepas menggunakan mesin juice tu.Dah guna,kena secepat mungkin cuci.Jika lambat,habis warna air juice tersebut melekat pada mesin.Huuuuu…boleh meraung di buatnya.


Takpelah,pandang jer sebelah mata ni semua.Demi suamiku tercinta! Ececehh.. Sanggup lah.Heee.. Syurga kan di bawah tapak kaki suami.Ehhh,sebenarnya demi kesihatan juga kan? Kita kena sayangi diri kita ni.Kena jaga sebaiknya,nyawa 1 jer.Bukan macam game..dah mati ada lagi nyawa sambungan.Huhuhuhu.



 MENUKAR GAYA HIDUP



Okay,sekarang ni ina dalam fasa menjaga kesihatan.Jika dahulu,ada jaga.Cuma tak serius.Kali ini,amalkan workout selama 5-6 minit sebanyak 2 kali sehari.Workout kat rumah pun boleh.Tak perlu kat gym pun.Buka youtube dan ikuti langkah demi langkah.

Fokus sekarang semasa workout ialah kawasan perut,dada dan punggung.Itu yang penting buat ina.Berpeluh sehingga lencun baju dan peluh tu tak pernah ina rasai nikmat sebegitu.Kepuasan semestinya! Stress pun tidak.



AWAK KAN DAH KURUS???



Haaa,,yang ni masih ramai yang tak tahu.Workout tu tak semestinya untuk orang yang berbadan gemuk jer tau.Ina yang kurus pun perlu workout.Gaya workout ni sebenarnya banyak sangat pecahan.Ada untuk kuruskan lengan,besarkan punggung,besarkan dada,cantikkan kaki,kecilkan lengan,kempiskan perut dan juga kurus.

Workout ni untuk bakar kalori jer.. dan selebihnya,pemakanan tu yang korang kena jaga.Heeeeee… Tapi kalau jaga pemakanan sahaja,tak workout.Pun lagi susah.Sampai bila tak kurus.Huhuhuu.. Tak tahu lah,masing-masing punya pendapat dan badan kan?





cara detoks semulajadi,air kesihatan,Tips untuk hidup sihat




Selepas workout malam,ina minum segelas beetroot ni.Berkesan untuk pelawasan.Huuu..,Furqan yang bongsu tu pun dah pandai minum beetroot ni,siap berak lagi tu sebelum tidur.Ahaks!


Pssst :  Ina recommended korang supaya beli mesin juice yea.Sebab korang dah tak payah tambah air dalam juice tu tau.Minum Pure dari buah-buahan.Barulah rasai buah Fresh.Sangat berbeza tau! 

 

BEETROOT



Aisehh..dah kenapa orang kata air kat atas tu untuk diet aje.Boleh jer orang kurus minum.Sebab minuman ni ada banyak sangat kelebihan pada beetroot itu.Dah kata nak sihat? Mestilah kena detoks terlebih dahulu kan? Ehehehe..



KELEBIHAN BEETROOT

 

1.Membersihkan Hati dan Ginjal serta Hempedu


Ubi bit sesuai sebagai bahan detoksifikasi ia membersihkan racun dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh.

Campuran jus campuran ubi bit merah , lobak merah dan timun adalah jus terbaik untuk membersihkan ginjal dan hempedu dari lambakan racun di dalam kedua organ penting tubuh ini.

2.Membunuh sel tumor atau sel kanser


Ubi bit merah amat kaya dengan kandungan antioksidan, ia sekaligus di percayai boleh membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko kanser.

3. Memperkuatkan kapilari darah dan fungsi darah amat bagus untuk wanita

4. Juga memperkuatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh.

5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel-sel darah merah.

Kandungan ZAT BESI yang tinggi dalam BEETROOT dan warna merah gelap Beetroot cukup untuk mengaktifkan sel darah merah dan mengenerate sel darah merah dengan mengaktifkan bekalan oksigen dalam tubuh sekaligus menghidupkan sel-sel darah merah yang diperlukan tubuh.

Sangat Bagus Untuk kaum wanita 


1. Menguatkan stamina dan tenaga dan nafsu syahwat

2. Membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh

3. Mengurangkan masalah pencernaan

4. Sebagai pewarna makanan dan pewarna asli untuk gincu bibir serta sebagai tambahan dalam inai untuk warna rambut yang cantik.

5. Membantu menurunkan tekanan darah sekaligus menyihatkan jantung dan pembuluh darah.

 
 
Akhir kata,nak lakukan sesuatu mesti istiqamah.Jangan malas..kena lawan sikap malas tu.Macam ina lah..hehehe.Ada juga rasa malas jer nak workout ni tau.Tetapi kena kuatkan diri.Ina tahu,dulu ina ni lembik sangat-sangat.Buat sedikit aktiviti zaman study dah cramp kaki.Ni salah satu sebab juga..,urat keras sebab tak pernah workout.



You may also like...

1 Comment

  1. Sepetang di Pusat Rekreasi Taman Bandar Indera Mahkota,Kuantan – Nor Azlina says:

    […] kan.. nasib tak selalu baik orang kata. Sudahnya ina tak jogging lah kat track tu.Hanya workout dirumah sahaja lah.. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *